Selasa, 2 September 2014

Kilatkan Kuku dengan Nail Buffer Block

salah satu cara untuk kilatkan kuku secara express adalah dengan menggunakan nail buffer block. Nail buffer boleh dibeli di kedai menjual barangan keperluan peribadi (toiletries) pilihan anda seperti Watsons, Guardians, Cosway, dan lain-lain lagi. Range harga tidak la begitu mahal, lingkungan RM6 hingga RM13. Ada juga jenama-jenams terkenal seperti Sephora, Revlon dan Bodyshop mengeluarkan produk ini.

Cara menggunakannya senang sahaja. Boleh buka link WikiHow - How to Buff Your Nails. Biasanya blok ini mempunyai empat bahagian berlainan warna bermula dan mempunyai penggunaan yang berbeza, bermula dari 1. Fine Nail Edge, 2. Remove ridges, 3. Smooth nail, 4. Shine nail. Walaubagaimanapun, jenis nail buffer block yang paling sesuai adalah mempunyai span yang lembut.

Kebersihan ketika menggunakannya adalah amat penting dan sebaiknya jangan berkongsi blok dengan individu lain. Selain itu, penggunaan blok terlalu kerap dikhuatiri akan menipiskan kuku. Tetapi jika ingin mengekalkan kuku yang sentiasa berkilat, gunakan bahagian blok nombor 4 (Shine nail) sahaja adalah tidak menjadi masalah.
  
SEBELUM

SELEPAS
Nail buffer block saya :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!