Isnin, 29 September 2014

Hujung Minggu yang Bermakna (Kundasang) - Part 1

Hujung minggu kali ni saya dah Hafiz ke Kundasang! Oh yeahh! Hajat nak amik gambar Gunung Kinabalu yang cantik + menghirup udara segar + menenangkan fikiran. Dukacitanya, keadaan cuaca yang kurang mengizinkan, tak nampak Gunung Kinabalu la pula. Dilitupi awan tebal. Tapi yang best... cuaca redup. Tak panas. Yeahh!!

Kami menginap di Celyn Resort yang terletak di atas bukit, selepas pekan Kundasang. Seperti biasa, kalau nak pergi Kundasang pada hujung minggu, pastikan dah tempah bilik awal-awal kerana selalunya akan ramai pelancong datang tak kira dalam dan luar negara. Harga bilik adalah RM200+ tapi kami bekerja dengan kerajaan, dapat special rate RM180 + breakfast. 

Kira berbaloi juga sebab ada resort yang menawarkan harga special yang "tak macam special"... dan yang paling tak best... WITHOUT BREAKFAST. Bilik yang ditawarkan juga tidak setimpal dengan harga. 

Tetapi saya suka Celyn Resort kerana layanan kakitangan yang mesra, bilik cantik dan bersih serta mempunyai view menarik. Resort ini juga sesuai kepada agensi yang nak buat retreat, bengkel atau kursus kerana ada kemudahan yang diperlukan seperti ballroom dan conference facilities. 

P/S - Bawa berus dan ubat gigi sendiri. Hehe....

Petang tu hujan. Bestnya lepak kat veranda sambil tengok view yang cantik, baring sambil tengok TV... then tidur. Haha. Malam tu turun kat pekan Kundasang, makan chicken wings yang paling special di sana. ^^

I enjoyed my weekends! Sambung di Part 2. 
  
Masa dalam keta. Sejuk mata tengok pemandangan hijau


Bilik yang selesa dan luas, dengan harga yang berpatutan. Sejuk! Tak perlu pasang kipas

View dari bilik
-
-
-
-
-
-
-
Bagi yang kurang pasti jalan ke Celyn Resort Kundasang, di sini ada sedikit maklumat

 Celyn Resort terletak jauh sedikit daripada pekan Kundasang. Teruskan perjalanan ke hadapan sehingga nampak papan tanda Celyn Resort di sebalah kanan anda (merujuk kepada perjalanan dari Kota kinabalu)

 Perjalanan naik ke bukit

 Depannya lagi jalan masih berbatu

 Dah nak sampai!
Celyn Resort

*Nak yang lebih mudah boleh guna aplikasi Waze :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!