Selasa, 30 September 2014

Hujung Minggu yang Bermakna (Kundasang) - Part 2

Masih belum sempat upload gambar-gambar dalam kamera DSLR lagi. (Klik sini untuk gambar-gambar menggunakan DSLR)

By the way, ini adalah aktiviti pada hari kedua berada di Kundasang... menghirup udara segar + membeli belah + melihat keindahan alam. 

Bangun awal pagi dan breakfast di resort, then tengok betapa cantiknya Gunung Kinabalu. Tak tau la kalau orang lain, tapi kalau saya... tak pandai jemu tengok Akinabalu. Bila jauh, rasa rindu. Bila dekat, mata tak lekang tengok. Apa macam tu?

Okaylah. Pagi tu dah puas amik gambar gunung, terus jalan ke Desa Cattle. Bayar admission fee dulu RM4 dan bagi kanak-kanak boleh dapat half price. Buat masa ni Desa Cattle tengah sibuk dengan proses naiktaraf tempat. Jadi ada sedikit destruction di sana. Walaupun begitu, pada masa akan datang, tentu Desa Cattle akan menjadi kawasan yang lebih cantik dan menarik. Wah! Dah pergi ke sana, jangan lupa membeli susu lembu segar berperisa coklat atau original. Dijual dengan harga RM3.50 (kecil) dan RM5.30 (besar). Aiskrim pelbagai perisa juga dijual seperti vanilla, coklat, vanilla + coklat, yogurt dan yam (weekend only). Harga RM5 per cup. Selain itu ada jual jual wafel dan snek yang lain. Perlu diingatkan supaya membayar di kaunter terlebih dahulu, then baru dapat menikmati makanan dengan memberikan resit kepada staff yang bertugas di kaunter.

Kebetulan masa tu juga saya terserempak ngan my cousin. And.... my friend dengan wife dia juga berada di Kundasang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Waaahh..... ramai yang menjadikan Kundasang sebagai destinasi pelancongan dalam negeri. Jika dilihat, kewujudan homestay baharu tumbuh bagaikan cendawan.


Mt. Kinabalu

Aiskrim di Desa Cattle. RM5 per cup

My favorite

Kebetulan pada hari pertama tu ada karnival di Kundasang. Ada pertandingan memasak lagi

Dah habis sesi di Desa Cattle, kami berdua pun singgah di pekan Kundasang membeli sayur-sayuran dan bunga. Nak cari asparagus boleh cari di sana. Harga seikat RM15 dan boleh dapat lebih murah jika pandai menawar. Untuk sayur-sayuran lain dijual dengan harga RM10 untuk tiga jenis sayuran. 

Selesai sahaja di Kundasang, kami sempat singgah ke tamu Tuaran. Agak traffic jam dan susah untuk mencari parking, tapi akhirnya dapat juga ^^. Di sana ada jual jagung manis dengan harga RM1.50 hingga RM2 sebungkus. Selain itu ada juga jual pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan dan anak pokok tanaman. 

Saya sukakan hujung minggu saya! ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!