Selasa, 16 September 2014

Akhirnya Menjadi Juga

Semalam ingat nak turun ke Dewan Canselor untuk sambutan malam Hari Malaysia. Ada Amy Search menyanyi. Tapi memandangkan saya dah janji nak masakkan kari untuk Hafiz dan Hafiz pun dah memang request, saya dengan sukacitanya kena balik awal la. Dalam jam 6 petang dah blah dari office. Sampai rumah dalam jam 7 lebih juga kerana traffic jam.

Actually ini kali ke tiga kot saya masak kari.. Sebab kari adalah my least favorite tetapi Hafiz adalah hantu kari, jadi saya kena masak juga. I decided to cook fish curry. Sampai rumah.... Call Hafiz, dia belum nak balik lagi coz pergi urus Dewan Canselor.

Okaylah. Sebelum tu nak cerita sikit. Kali pertama saya masak kari dah lama dah. Second time dalam dua minggu lepas kot. Tapi mum memantau sepanjang sesi memasak. Kurang fokus. Nasib baik Hafiz kata sedap. Rating 9/10. Okay laaaaa. Third time.... semalam. Ni mum tak ada pantau saya masak. (Sebab ada anak-anak buah tido di rumah). This time buat kari pekat macam di restoran masakan India. Chop chop chop... letak terung dan tomato....Walah! Menjadi juga akhirnya. Hehe. Rating 9.99/10. Yes!

.
.
.
.
.
.

Tadi pagi bangun awal. Cuaca redup tapi best. Saya pergi goreng mihun. Lepas tu goreng keropok ikan. Tak habis dengan tu, goreng ayam lagi. Wooooo.... semua goreng oh. Goreng punya goreng, ayam tu ada yang tak berapa masak (dalam tak berapa masak. Mungkin sebab ayam segera yang baru keluar dari peti ais kot).  Masukkan ke dalam microwave, akhirnya masak sepenuhnya. Yes!


Petang tadi balik Papar. Abah suruh goreng cucur cempedak. Saya suka makan cucur tapi cempedak agak kurang sikit. Jadi tak pernah goreng cempedak la. Goreng punya goreng lagi.... jeng jeng jeng. Menjadi juga akhirnya. Yalah. Sebab cara bancuh pun sama macam cucur lain. Hahaha. Goreng comel-comel. Senang sikit makan.  Akhirnya habis juga cucur cempedak buatan saya nih. ^^

Menjadi juga semua masakan saya ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!