Selasa, 30 September 2014

Lawatan ke Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan : My Perspective

Bekerja di UMS memberi banyak pengalaman kepada saya. Saya amat bersyukur ke atas peluang ini. 

Pada 21-23 September 2014, kami mengadakan lawatan ke Fakulti Pertanian Lestari di Sandakan. Kunjungan ini adalah kali ke-3 sepanjang saya berkhidmat di UMS. 

Kami bersyukur segalanya berjalan lancar. :-)

Bersama ahli-ahli Senat

YABhg Tun Pengerusi Lembaga Pengarah merasmikan projek kandang kambing

View tepi pantai di bandar Sandakan

View dari tempat penginapan

Sempat relax sebentar sambil tengok pemandangan laut yang indah

Makan di Restoran Salut, Sepanggar

Salah satu tempat makan makanan laut yang paling best adalah di Restoran Salut, Sepanggar. Restoran ini dah lama dibuka dan menjadi tumpuan pelbagai individu. Pelakon Hong Kong, Cheung Wai Kin (ingat lagi tak drama Sun Wukong) pun pernah datang ke sini tau! (nampak dari gambar yang digantung di Restoran Salut). 

Antara menu utama di sini ialah ketam, ikan kerapu, udang fresh dan lain-lain. Kawasan tempat makan terletak di atas air. Fasiliti yang disediakan seperti tempat membasuh tangan dan tandas juga begitu memuaskan. 

Pada hari itu, saya order beberapa jenis menu seperti:

Udang steam

Tidbit (memang disediakan)

Kerang (clam) masak bawang putih

Ketam kulit lembut goreng

Water cress masak bawang putih

Nak perisa yang lebih sedap, boleh minta cili potong, bawang putih, limau kasturi dan kicap. Memang terbaik!

Harga yang ditawarkan juga berbaloi. Tempat makan luas dan boleh memuatkan ramai pelanggan. Terdapat juga minuman jus seperti jus tembikai, jus longan + lemon, jus oren dan lain-lain lagi. 

Jika datang melawat Sabah, jangan lupa singgah ke Restoran Salut di Sepanggar. ^^

Hujung Minggu yang Bermakna (Kundasang) - Part 2

Masih belum sempat upload gambar-gambar dalam kamera DSLR lagi. (Klik sini untuk gambar-gambar menggunakan DSLR)

By the way, ini adalah aktiviti pada hari kedua berada di Kundasang... menghirup udara segar + membeli belah + melihat keindahan alam. 

Bangun awal pagi dan breakfast di resort, then tengok betapa cantiknya Gunung Kinabalu. Tak tau la kalau orang lain, tapi kalau saya... tak pandai jemu tengok Akinabalu. Bila jauh, rasa rindu. Bila dekat, mata tak lekang tengok. Apa macam tu?

Okaylah. Pagi tu dah puas amik gambar gunung, terus jalan ke Desa Cattle. Bayar admission fee dulu RM4 dan bagi kanak-kanak boleh dapat half price. Buat masa ni Desa Cattle tengah sibuk dengan proses naiktaraf tempat. Jadi ada sedikit destruction di sana. Walaupun begitu, pada masa akan datang, tentu Desa Cattle akan menjadi kawasan yang lebih cantik dan menarik. Wah! Dah pergi ke sana, jangan lupa membeli susu lembu segar berperisa coklat atau original. Dijual dengan harga RM3.50 (kecil) dan RM5.30 (besar). Aiskrim pelbagai perisa juga dijual seperti vanilla, coklat, vanilla + coklat, yogurt dan yam (weekend only). Harga RM5 per cup. Selain itu ada jual jual wafel dan snek yang lain. Perlu diingatkan supaya membayar di kaunter terlebih dahulu, then baru dapat menikmati makanan dengan memberikan resit kepada staff yang bertugas di kaunter.

Kebetulan masa tu juga saya terserempak ngan my cousin. And.... my friend dengan wife dia juga berada di Kundasang untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Waaahh..... ramai yang menjadikan Kundasang sebagai destinasi pelancongan dalam negeri. Jika dilihat, kewujudan homestay baharu tumbuh bagaikan cendawan.


Mt. Kinabalu

Aiskrim di Desa Cattle. RM5 per cup

My favorite

Kebetulan pada hari pertama tu ada karnival di Kundasang. Ada pertandingan memasak lagi

Dah habis sesi di Desa Cattle, kami berdua pun singgah di pekan Kundasang membeli sayur-sayuran dan bunga. Nak cari asparagus boleh cari di sana. Harga seikat RM15 dan boleh dapat lebih murah jika pandai menawar. Untuk sayur-sayuran lain dijual dengan harga RM10 untuk tiga jenis sayuran. 

Selesai sahaja di Kundasang, kami sempat singgah ke tamu Tuaran. Agak traffic jam dan susah untuk mencari parking, tapi akhirnya dapat juga ^^. Di sana ada jual jagung manis dengan harga RM1.50 hingga RM2 sebungkus. Selain itu ada juga jual pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan dan anak pokok tanaman. 

Saya sukakan hujung minggu saya! ^^

Isnin, 29 September 2014

Hujung Minggu yang Bermakna (Kundasang) - Part 1

Hujung minggu kali ni saya dah Hafiz ke Kundasang! Oh yeahh! Hajat nak amik gambar Gunung Kinabalu yang cantik + menghirup udara segar + menenangkan fikiran. Dukacitanya, keadaan cuaca yang kurang mengizinkan, tak nampak Gunung Kinabalu la pula. Dilitupi awan tebal. Tapi yang best... cuaca redup. Tak panas. Yeahh!!

Kami menginap di Celyn Resort yang terletak di atas bukit, selepas pekan Kundasang. Seperti biasa, kalau nak pergi Kundasang pada hujung minggu, pastikan dah tempah bilik awal-awal kerana selalunya akan ramai pelancong datang tak kira dalam dan luar negara. Harga bilik adalah RM200+ tapi kami bekerja dengan kerajaan, dapat special rate RM180 + breakfast. 

Kira berbaloi juga sebab ada resort yang menawarkan harga special yang "tak macam special"... dan yang paling tak best... WITHOUT BREAKFAST. Bilik yang ditawarkan juga tidak setimpal dengan harga. 

Tetapi saya suka Celyn Resort kerana layanan kakitangan yang mesra, bilik cantik dan bersih serta mempunyai view menarik. Resort ini juga sesuai kepada agensi yang nak buat retreat, bengkel atau kursus kerana ada kemudahan yang diperlukan seperti ballroom dan conference facilities. 

P/S - Bawa berus dan ubat gigi sendiri. Hehe....

Petang tu hujan. Bestnya lepak kat veranda sambil tengok view yang cantik, baring sambil tengok TV... then tidur. Haha. Malam tu turun kat pekan Kundasang, makan chicken wings yang paling special di sana. ^^

I enjoyed my weekends! Sambung di Part 2. 
  
Masa dalam keta. Sejuk mata tengok pemandangan hijau


Bilik yang selesa dan luas, dengan harga yang berpatutan. Sejuk! Tak perlu pasang kipas

View dari bilik
-
-
-
-
-
-
-
Bagi yang kurang pasti jalan ke Celyn Resort Kundasang, di sini ada sedikit maklumat

 Celyn Resort terletak jauh sedikit daripada pekan Kundasang. Teruskan perjalanan ke hadapan sehingga nampak papan tanda Celyn Resort di sebalah kanan anda (merujuk kepada perjalanan dari Kota kinabalu)

 Perjalanan naik ke bukit

 Depannya lagi jalan masih berbatu

 Dah nak sampai!
Celyn Resort

*Nak yang lebih mudah boleh guna aplikasi Waze :-)

Sabtu, 27 September 2014

Saturday Morning

Hari ni bangun awal seperti biasa. Good morning!

Suddenly terfikir.... ada ke orang nak baca my blog ni? Yang cerita pun ntah apa-apa. Hurrmmm... yalah. At least saya update blog saya selalu. Okaylah tu.

Yesterday adalah birthday saya. Dapat lagi hadiah from kengkawan. ----> Ayam Kenny Roger's. Sedapnya makan bawa balik rumah. Yang paling best my boss nyanyi lagu birthday untuk saya. He is in San Francisco now. Walala..... bukan senang nak dapat peluang cam begini. Thank you all!

Hari ni dah ada perancangan nak ke mana. Dah lama idam 'weekends penuh bermakna'. Akhirnya dapat juga. So decided to blah with my DSLR camera.... round the town dan amik sebanyak gambar yang boleh. I want to potrait em dalam my blog. (Walaupun still wonder ada orang baca or tak. Haha).

By the way... peringatan untuk anda semua. Jangan dulu guna apps M2U dan CIMB click sebab sekarang ada malware. Dah ramai yang kena including kawan adik saya. Suddenly bank call kata dia nak buat transfer RM5k. Bila kawan adik saya kata tak ada, so bank tak jadi pindahkan duit. Bahaya oh.

Still early masa saya tulis blog ni. Sejuk betul aircond. Padahal temperature tak low sangat dan fan pun tak kuat. Selimut lagi tebal. Apodah.

.
.
.
.

Nanti sambung...
Layan...

Ready with the DSLR

Jumaat, 26 September 2014

Terima Kasih atas Penghargaan Tulus Ikhlas

Tahun ni umur saya naik satu anak tangga lagi. Hehehe...

Dua kali dapat kek. Satu dari kengkawan UMS dan yang satu lagi dari Hafiz. Sebenarnya tak expect nak celebrate birthday tahun ni... memandangkan umur pun dah dekat-dekat penghujung two series.... lagi la tak nak sambut.

Cetanya bermula begini. 24 September 2014, Dr. Malehah ajak makan tengahari dengan kengkawan yang lain kat Secret Recipe 1Borneo. Nak bagi penghargaan kepada AJK yang telah menjayakan program Lupus Awareness Day. Dah siap makan semua, tiba-tiba datang pula kek coklat di tempat saya. Semua orang dalam restoran tu dah nyanyi untuk saya. Hahah. Cam best pula. Jadi saya dapat makan kek coklat free. Thank you to Dr Malehah, Khai, kak Izza, kak Starrine, Aisah, Hazwani, Nizam dan wakil dari Persatuan PSLEM. ^^ Walaupun simple tapi terharu juga. Kebetulan ada Sarianshah juga makan di sana, terus dia wish saya la. Yeah!

Semalam lagi best. Hafiz kata dia nak pergi amik barang ngan kawan dia. Jadi saya okay sajalah. Dalam jam 10.00 malam macam tu la Hafiz keluar. Saya tak expect apa-apa sebab kadang-kadang Hafiz pandai keluar lepak ngan kawan-kawan dia (tak selalu). Then saya duduk buka laptop, tukar blog skin (tukar ke warna pink). Lepas tu saya bangun pergi cuci tandas pula. Ntah apa penyakit.  

Lepas tu Hafiz balik rumah, dia kata ada benda nak tunjuk. Kononnya kawan dia bagi hadiah kahwin. Saya pun turun la ke bawah. (Masa tu dah siap cuci tandas). Tengok-tengok ada kek! Wahh! Red Velvet with Cheese. Tak expect langsung Hafiz buat surprise sebab hari tu dah bagi saya hadiah jam, jadi pas tu mesti tak da dah. Haha. by the way, kek ni special sebab dibuat oleh Sweet & Indulge. Ownernya adalah kawan Hafiz since school lagi. Dulu pernah rasa sikit cupcake red velvet ni dan memang sedap (makan masa pergi beraya). Lastly dapat satu biji kek. ^^ Happy lah. Dapat kek sedap. Dapat hadiah lagi. ^^ Yeah..!

Then hari ni ramai kengkawan yang wish kat saya. Terima kasih yang tak terhingga. Rasa terharu dan bersyukur kerana Allah S.W.T masih panjangkan umur saya, dikurniakan rezeki, dikurniakan kawan-kawan yang sentiasa bersama saya, dijodohkan dengan seorang yang amat saya sayangi dan tahan ngan karenah saya ni (hahaha)... dan saya masih bersama keluarga saya walaupun banyak kenangan pahit manis yang kami telah lalui. 
   
Ignore tiga batang lilin (bukan umur sebenar. Ngeh)

Dapat kek coklat! ^^

Rabu, 24 September 2014

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 3

Kini telahpun sampai ke Part 3 cerita kenangan muka saya yang berjerawat. 

Dulu sewaktu muka banyak jerawat, ramai yang terkejut kenapa boleh jadi macam tu. Tak kurang jugalah suara-suara yang... ntah.... Macam-macam la. Hehe..

Agak lama menderita jerawat ni... nak dekat setahun. Sampai saya dibelikan set pencuci muka yang mahal tapi sayangnya tak sesuai. Muka saya juga sensitif dan tak boleh menggunakan produk sembarangan.

Dulu pernah pakai SK-II tapi tu pun jarang apply  sebab takut jerawat menaik. Sampai sekarang tak habis lagi sebotol.

Bagaimana jalan penyelesaiannya?

Saya ada pergi klinik untuk dapatkan ubat (Jom tengok cerita Part 1). Di samping itu saya menggunakan pencuci muka Hadalabo + Aknicare + Waazu

Dan lepas saya dah stop amik ubat klinik, saya gunakan JF Solutions Anti Acne Face and Body Care Soap sebagai pengganti. Oleh itu, saya juga terpaksa berhenti menggunakan pencuci muka Hadalabo kerana khuatir jika terlalu banyak menggunakan face wash, nanti muka jadi ntah apa-apa. But still menggunakan Waazu. 

Produk JF boleh didapati di farmasi berdekatan anda. (Jom baca Part 2 dan tengok review pasal produk ini). Sehingga sekarang saya masih menggunakan produk ini. Bukan sahaja sesuai untuk muka, tetapi jerawat di belakang badan juga boleh dihilangkan.

Jika saya lihat kulit saya kering dan kurang bermaya, saya akan menyapu Hadalabo Perfect Night Gel. Itupun hanya seminggu atau dua minggu sekali dengan kadar yang sedikit. Kalau tak, saya akan gunakan face mask. No clay mask! Saya tak sesuai gunakan itu. Saya juga mendapati muka saya tak boleh KERAP disapu apa-apa produk kelembapan kulit sebab jerawat akan tumbuh. 

Selain itu, saya amalkan minum pati prune. Saya memilih jenama Innershine dan Nur Kasih. Tak perlu minum hari-hari. :-)

Saya tidak memakan apa-apa pil atau serbuk untuk kecantikan seperti collagen dan jamu. 

Muka saya semasa diserang jerawat pada tahun 2013. Di bahagian tepi lagi teruk tetapi dilitupi tudung.

Aiyoh. Scary oh

Gambar sekarang. Tiada edit. Tiada Camera 360

Tanpa sebarang mekap 
(Ignore jerawat di bawah dagu yang datang dan pergi :-b)

Terima kasih


updated 6/7/2017
Ni jenama collagen yang saya minum

Isnin, 22 September 2014

Favorite Korean Dish... Mandu

Kengkadang teringin nak makan mandu ataupun dalam Bahasa Inggeris disebut dumpling. Nyam! Nyam! Antara steam atau fried, saya lebih menggemari yang goreng. Dalam Bahasa Korea... fried dumpling disebut goon mandu.

Mandu ada banyak jenis inti. Kimchi ada... daging ada... ayam ada dan lain-lain lagi. Nak rasa mandu yang sedap boleh ke Gracepoint di Sembulan dan cari kedai masakan Korea. RM10 sepinggan. 

Masakan Korea adalah masakan yang mementingkan persembahan, kesihatan dan ramuan. Namun setiap orang berbeza rasa. Ada yang suka dan sebaliknya. 

Tapi kalau dah rasa mandu, mesti nak lagi. :-)

Sabtu, 20 September 2014

Lupus Awareness Day, Walk A Payung 2014 : My Perspective

Tak tau berapa kali la bulan yang busy tetapi nampaknya September juga adalah bulan yang jauh lagi busy. Semalam balik lambat lagi (3 urusan dalam satu masa. Toing!) Today.... semua yang diurus selama beberapa minggu telahpun berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu.

Acara Walk A Payung telahpun selamat dilancarkan di Dataran Dewan Canselor UMS pada 20 September 2014. Seramai 3000+ peserta turut serta dalam acara ini. Mesej berkenaan penyakit SLE  (Systemic Lupus Erythematosus) juga berjaya disampaikan kepada seluruh warga yang mengahadiri program pada hari ini.

Memang penat tetapi berbaloi. Berbaloi sangat! Kami begitu gembira dengan usaha yang dilakukan. :-) Acara dimulakan dengan Walk A Payung serta majlis persamian pada kemudiannya. Ada lucky draw untuk para pelajar, kempen derma darah serta pameran.

Diharapkan program seperti ini lebih banyak dianjurkan pada masa akan datang. 

Allrite! Esok nak outstation until 23rd. Tata!

Nak start Walk A Payung

Interviewed by RTM

Sepanjang perjalanan

On stage TV. Kredit gambar boss

Selasa, 16 September 2014

Akhirnya Menjadi Juga

Semalam ingat nak turun ke Dewan Canselor untuk sambutan malam Hari Malaysia. Ada Amy Search menyanyi. Tapi memandangkan saya dah janji nak masakkan kari untuk Hafiz dan Hafiz pun dah memang request, saya dengan sukacitanya kena balik awal la. Dalam jam 6 petang dah blah dari office. Sampai rumah dalam jam 7 lebih juga kerana traffic jam.

Actually ini kali ke tiga kot saya masak kari.. Sebab kari adalah my least favorite tetapi Hafiz adalah hantu kari, jadi saya kena masak juga. I decided to cook fish curry. Sampai rumah.... Call Hafiz, dia belum nak balik lagi coz pergi urus Dewan Canselor.

Okaylah. Sebelum tu nak cerita sikit. Kali pertama saya masak kari dah lama dah. Second time dalam dua minggu lepas kot. Tapi mum memantau sepanjang sesi memasak. Kurang fokus. Nasib baik Hafiz kata sedap. Rating 9/10. Okay laaaaa. Third time.... semalam. Ni mum tak ada pantau saya masak. (Sebab ada anak-anak buah tido di rumah). This time buat kari pekat macam di restoran masakan India. Chop chop chop... letak terung dan tomato....Walah! Menjadi juga akhirnya. Hehe. Rating 9.99/10. Yes!

.
.
.
.
.
.

Tadi pagi bangun awal. Cuaca redup tapi best. Saya pergi goreng mihun. Lepas tu goreng keropok ikan. Tak habis dengan tu, goreng ayam lagi. Wooooo.... semua goreng oh. Goreng punya goreng, ayam tu ada yang tak berapa masak (dalam tak berapa masak. Mungkin sebab ayam segera yang baru keluar dari peti ais kot).  Masukkan ke dalam microwave, akhirnya masak sepenuhnya. Yes!


Petang tadi balik Papar. Abah suruh goreng cucur cempedak. Saya suka makan cucur tapi cempedak agak kurang sikit. Jadi tak pernah goreng cempedak la. Goreng punya goreng lagi.... jeng jeng jeng. Menjadi juga akhirnya. Yalah. Sebab cara bancuh pun sama macam cucur lain. Hahaha. Goreng comel-comel. Senang sikit makan.  Akhirnya habis juga cucur cempedak buatan saya nih. ^^

Menjadi juga semua masakan saya ♥

Isnin, 15 September 2014

Advance Birthday Present ^o^

Saya sukakan warna rose gold dan akhirnya dapat hadiah jam tangan daripada Hafiz for my birthday. Errrrmmm..... sebenarnya awal lagi nak sambut birthday. Tapi dapat awal pun apa salahnya kan? ^^ Thank you so much. Memang dia tau saya nak jam tangan sebab hari tu saya ada sebut-sebut nak beli. 

Sculptor Three-Hand Stainless Steel Watch Rose adalah new collection from Fossil untuk tahun ini. Warnanya cantik, simple dan nampak elegant. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi jam tangan dan barangan lain keluaran Fossil, boleh layari di laman web FOSSIL.

Ada pelbagai jenis jam tangan di pasaran dan salah satu jenama kegemaran saya adalah Fossil. Corak dan rekabentuk sesuai untuk semua golongan umur dan harga yang dijual juga berpatutan.

Kebetulan kelmarin sebelum Hafiz pulang dari outstation, saya ada belikan anak buah saya kek coklat dari Butterfly Bakery (cawangan di Kota Kinabalu, King Fisher dan terbaharu di Putatan) sempena birthday dia. Tak sangka malam tu saya pula dapat hadiah birthday ^^. Weeeehhheeeeee.....

Jadi malam ni saya akan masak makanan kegemaran Hafiz, kari ikan. Dan lain-lain. 


Khamis, 11 September 2014

Kisah Orang yang Berkira Sangat : Dah Bagi Duit kat Dia... Anaknya Pula Yang Kureng

Bab langgar melanggar ni... memang saya tak boleh blah. Kalau nak diikutkan... bumper depan kereta saya dah senget. Yang kereta Si Polan ni pula... nak kata kemik ... kemik sekecil batu sahaja dan tidaklah sedalam mana. Tanpa berlengah, saya terus membayar Si Polan. Malas nak cerita panjang. Dah lah time tu lewat. Tetamu kehormat dah nak sampai ke dewan!. Kalau ikutkan.... tak perlu ketuk pun tak apa. Tak tau macam mana nak cakap. Kalau tengok memang macam tak ada kemik. Cuma jika dilihat betul-betul, barulah terjumpa tang mana yang kemik. Tu pun kecil. 

Dah saya bayar duit, saya berikan number telefon. Siap saya kata kalau ada apa-apa masalah, sila hubungi saya. Lalu saya bergegas ke dewan kerana dah lambat. Selang beberapa minit... tiba-tiba ada satu mesej. Laaaaa....... Rupanya mesej anak Si Polan. Yang saya pelik, dia kata saya kurang ajar sebab tidak meminta maaf dan tidak memberi salam. Wah... wah... wah.... kalaulah saya kurang ajar... saya tengking dah Si Polan tu. Ni siap saya menghulurkan wang walau kemiknya tak nampak sangat pun. Saya siap kata kalau ada apa-apa sila hubungi saya. Dan.... cuba bayangkan kalau kita berada di situasi ketika itu. Takkan kita nak kata.... "Assalamualaikum. Kereta teruk ke kena langgar....?" dan yang lagi membuatkan saya bingung, muka dan pakaian Si Polan juga bukanlah seperti yang disyariatkan dalam Islam. Panas jugalah dituduh yang bukan-bukan. Lalu saya menelefon anak Si Polan. Saya tak marah. Saya kata saya akan hubungi orang tuanya sebentar lagi.

Lalu saya menelefon Si Polan itu. Mula-mula tak angkat... lepas tu akhirnya angkat juga. Bukannya nak berterima kasih. Nak minta duit lebih lagi ada la. Memang dasar..... ish! Sabar sahaja. Macam-macam alasan yang dia berikan. Saya dah malas dan saya pun bank in lagi sikit duit tu. Dalam hati saya, jika duit ini memang digunakan untuk repair balik kereta dia... saya halalkan. Dan jika dia menggunakan untuk tujuan lain, faham-faham sendirilah. Teruk balasannya nanti.

Saya tidak sengaja melanggar kereta dia. Lampu isyarat dah hijau... dia tak berjalan. Saya tengah kelam kabut, lalu melihat SMS. Sedar-sedar sahaja, dah terlanggar. (Viva Putih). 

Ya. bagi saya orang itu sangat berkira. Orang yang berkira ni tak ke mana. Bukan hendak menunjuk-nunjuk. Cuma nak ceritakan kembali pengalaman yang pernah dilalui. Kereta saya tidaklah sehebat mana. Pintu depan sebelah kiri pernah kemik akibat dilanggar sebuah motor. Orang itu tidak sengaja dan mengatakan dia ingin mengelak orang yang melintas jalan ketika itu. Saya kata tidak mengapalah. Saya tidak meminta sesen pun dari orang itu. Lagipun, saya tak nak bercakap lama-lama ditepi jalan. 

Satu lagi cerita mengenai orang berkira ni. Dulu pernah terjadi semasa saya cuti belajar. Saya reverse kereta nak keluar parking, ntah dari mana datangnya orang ni... tiba-tiba saya terlanggar tepi keretanya. Bagaikan dia tahu saya akan melanggar, dia terus mengeluarkan kertas nota kosong untuk meminta bayaran dan number telefon. Ntah la... Kami tengok... nak kata kereta dia kemik... tak kemik langsung. Kereta saya yang kemik ada la. Dah kena runding oleh mum, akhirnya perempuan itu tak jadi minta bayar. Seriously memang mula-mula dia tak ada dibelakang kereta saya. Tiba-tiba reverse.... muncul pula dia. 

Ish... ish... ish...

Lainlah kalau dah melanggar kereta sampai rosak teruk... Lepas tu nak kurang ajar lagi... patut minta bayar. Ni dah la tak ada rosak apa benda, lepas tu kita bagi duit sebab dia minta bayar. Dan diberikan SMS yang bukan-bukan pula. Wajarkah?

Renung-renungkanlah.

Jom baca kisah kereta saya pula dilanggar orang. You Langgar, You Salah, You Bayar

Pengalaman Mistik / Nampak Hantu - Part 3

Kali ni kisah yang saya nak ceritakan bukan hanya terjadi kepada saya tetapi pengalaman yang pernah berlaku kepada my family.

1. Obor di tepi pantai. 
Kisah ni terjadi dengan my mum semasa zaman sekolah dulu. Masa tu saya pun belum lahir lagi. Okay begini kisahnya. Dulu rumah atuk dan nenek kat tepi pantai. Suatu malam, mum nampak ada cahaya nun di hujung tanjung. Cahaya tu semakin lama semakin dekat. Bila dilihat betul-betul, ianya seperti melompat-lompat. Ingatkan ada ramai orang membawa obor tetapi alangkah terkejutnya hanya cahaya api sahaja yang berada di sana! (api yang melompat-lompat). Syukurlah benda itu berlalu begitu sahaja dan tidak ada apa-apa yang terjadi selepas itu.

2. Ilmu sihir jarum. 
Kisah ni terjadi sewaktu saya belajar di UiTM Puncak Perdana. Kolej kediaman pelajar adalah apartment. Ada tiga bilik. (setiap bilik, 4 orang, 2 orang, 2 orang = 8 orang). Tapi kami special sikit sebab hanya ada 7 orang sahaja dalam apartment. Kami tidur berempat ketika tu. Yang dua orang lagi pelajar junior dan yang satu bilik tu seorang sahaja. Tak ingat dah bagaimana boleh terjadi, tapi yang pastinya apartment kami terasa panas di waktu-waktu tertentu. Pada sebelah malam, sampai rasa nak tidur di ruang tamu (kononnya kipas lebih besar). Suatu malam tu roomate saya bermimpi tentang jarum dan limau. Lalu dia menceritakan mimpinya. Yalah. Mimpi kan mainan tidur. Tak sangka pula ia membawa petanda. Sudah bermimpi jarum dan limau, roomate saya yang seorang ni pula tiba-tiba ada jarum peniti di atas katilnya. Hairan juga sebab dia tak ada gunakan sebarang jarum. Entah berapa hari rasa panas sangat dalam bilik kami. Kan kami berempat angkut tilam ke ruang tamu. Suatu hari tu saya tak tidur ngan mereka (3 orang roomate saya) di ruang tamu dan beralih ke bilik semula (dalam fikiran saya - kalau tidur ramai-ramai nanti haba terkumpul jadi lagi panas) Setelah disedari, rasa panas tu dirasai ketika roomate saya berada di bilik. Dipendekkan cerita, rupanya ada orang mencuba-cuba ilmu sihir. Yang tak bestnya roomate saya ini menjadi mangsa keadaan. Dah lama-lama tu pergi berubat dan Alhamdulillah kami berempat dah okay.

3.  Perempuan berkepala anjing
Dulu rumah tempat saya tinggal dikelilingi paya bakau. Ada satu tanah berdekatan rumah... sampai sekarang yang ada hanyalah pagar. Rumahnya tak ada. Suatu hari mum dan jiran pergi keluar ke bandar. Jiran pun hantar mum pualng ke rumah, kebetulan waktu itu adalah Maghrib. Keesokan harinya jiran menelefon mum dan bagitau sebenarnya dia nampak sesuatu masa dia hantar mum kelmarin. (Jiran kami ni mempunyai kebolehan melihat benda-benda ghaib). Dia kata dia nampak seorang wanita berbaju putih berdiri di tepi tanah berpagar itu. Bila dilihat baik-baik, kepalanya berbentuk muka anjing.

4. Pontianak di tepi pantai
Ni terjadi kepada uncle saya di kampung. Biasalah, kalau ada masa lapang, sah-sah akan turun ke laut menangkap ikan. Tak kira siang atau malam. Suatu malam tu, uncle dan kawan pergi melihat pukat. Tiba-tiba ternampak satu lembaga duduk di tepi batu. Rambutnya panjang. Bila di amati... rupa-rupanya Che Pon. Tidak menganggu dan hanya duduk melihat sahaja. Uncle seorang yang kuat semangat. Jadi syukurlah ketika itu tak ada apa-apa yang berlaku.

Rabu, 10 September 2014

Inspirasi Fesyen Cray Cray XD

Jom kita tengok fesyen-fesyen pelik yang pernah diperagakan. Para pengkritik dan peminat fesyen pastinya tahu apakah maksud yang dibawa oleh setiap hasil seni ini. Tapi bagi orang-orang yang mempunyai "mata yang berlainan" seperti saya tentunya juga mempunyai pandangan tersendiri. 0_o 

P/S - Gambar diperolehi dari pelbagai sumber - Google Images.



Terus teringat benda-benda mistik bila tengok fesyen ni
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Durian

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-