Khamis, 14 Ogos 2014

Wahai Mesyuarat dan Minit Mesyuarat

Perkara wajib ada kalau kerja office...... MESYUARAT. Tak kira la mesyuarat tu sebulan sekali.... tiga kali seminggu atau setiap hari. 

Kalau ikut jadual saya, tiap minggu memang akan ada mesyuarat. Purata dalam empat hingga lima kali mesyuarat dari Isnin hingga Jumaat. (Itupun bergantung juga. Kadang-kadang dalam lima hari tu hanya ada satu atau dua mesyuarat sahaja).Yang paling cam best apabila mesyuarat di waktu pagi dan petang. Macam hari ni..... tadi jam 10.30AM jadi urusetia mesyuarat "SLE Awareness Day 2014" dan petang ni jam 2.30PM, akan ada "Mesyuarat Eksekutif". Jika dibandingkan, mesyuarat yang saya hadiri/urusetiakan tidaklah sebanyak mana berbanding pegawai yang berpangkat tinggi. Lagi tinggi jawatan seseorang, lagi banyak benda yang perlu dihadiri dan diuruskan. 

Yalah. Kengkadang orang lain nampak mereka ni tenang saja, duduk diam dalam office depan PC, cam tak banyak buat kerja dan lain-lain. Tapi sebenarnya otak yang penat. Banyak kena fikir. Berbeza dengan yang kerja operasi kerana kerja-kerja yang dilakukan lebih bersifat teknikal. 

Ada mesyuarat, ada la minit mesyuarat. Bagi yang dah biasa buat minit, memang tak ada masalahlah. Taip taip taip... dah siap. Buat minit ni sebenarnya tak susah dan tak lama mana pun.Sekarang pun dah ada teknologi yang canggih. Mungkin dulu minit kena catat dalam buku nota terlebih dahulu, lepas tu baru taip balik dalam PC. Sekarang bawa laptop terus dalam mesyuarat kan lebih baik. Boleh deraf minit siap-siap. Lepas minit dah ada, memorandum pelaksanaan juga perlu dikeluarkan. ;-)

-
-
-
-
-
-

Bila fikir balik macam banyak lagi minit mesyuarat yang perlu disiapkan. Apa-apa pun, kena sentiasa positif dalam melakukan kerja harian supaya hasilnya lebih bermutu. Selfeh dulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!