Khamis, 28 Ogos 2014

Tips Menjimatkan Perbelanjaan Harian

Antara kaedah penjimatan termasuk:

  1. Bawa bekal ke tempat kerja. Tidak dapat dinafikan, salah satu kebaikan membawa bekal sendiri ialah penjimatan wang. Sebagai contoh: Sarapan pagi berharga RM3.50. Makan tengahari pula berharga RM5.00. Di darabkan dengan 21 hari bekerja (kiraan sebulan) sama dengan RM178.50. Jika kita membawa bekal, kita tak perlu belanjakan wang sebanyak lagi. 
  2. Berjimat ketika makan diluar. Kalau tak nak bawa bekal dan terasa nak makan diluar, penjimatan yang dapat dilakukan ialah tak perlu order air yang manis-manis. Order air suam dah cukup (Kadang-kala ada restoran yang cas tapi tak mahal dan ada yang bagi free). Selain itu, kalau nak amik nasi campur, ambillah dalam kuantiti yang berpada-pada, contohnya satu lauk dan satu sayur. 
  3. Kaedah membeli barang dapur. Kalau nak pergi membeli barang dapur, mula-mula carilah supermarket yang boleh dapat barang dengan harga yang lebih murah. Biasanya kita akan membeli barang dapur untuk seminggu atau sebulan. Jadi barangan yang dibeli pun mestilah dalam kuantiti yang banyak. Kenaikan harga 10 sen juga memainkan peranan penting sekiranya setiap barang yang dibeli berbeza harga berbanding di pasaraya lain. Selain itu, membeli barangan secara pukal juga lebih menjimatkan. Satu kaedah lagi yang saya terbaca di dalam blog rajakamil.biz, belilah barangan ketika kenyang. Memang benar kerana masa kita lapar, macam-macam la dalam kepala otak nak beli air minuman la.... sausage bun la.... apa-apa la. Satu lagi kaedah ialah dengan membuat senarai barangan yang hendak dibeli. 
  4. Jangan membazir! Contohnya.... daripada beli roti simpan kat rumah tak ada orang nak makan, baik bawa pergi office share makan ngan rakan-rakan (sebelum expired). Bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran malah menambah pahala. :-)
  5. Reload telefon. Kepada yang guna prepaid, jangan reload sikit-sikit sebab tempoh aktif panggilan pun sekejap sahaja. Begitu juga halnya dengan menggunakan mobile internet. 
  6. Share kenderaan. Untuk menggalakkan penjimatan dan mengurangkan pencemaran karbon monoksida, share kereta nak pergi kerja adalah yang terbaik. Boleh cutting bayar duit minyak. 
  7. Mengawal penggunaan elektrik dan air. Kalau tak ada dirumah, makesure lampu dan air telahpun ditutup. Biasanya diri jarang menggunakan penghawa dingin dan tidak perlu memasang lampu jika sumber cahaya matahari mencukupi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!