Selasa, 19 Ogos 2014

Minat Terhadap Buku Konspirasi

Walau sesibuk manapun, waktu rehat kena ada. Luangkan masa untuk menenangkan fikiran dan itulah masa untuk menjalankan hobi anda.

Saya minat membaca buku tapi bukan novel.Hehe... Buku kegemaran saya adalah buku-buku non fiction dan setakat ni topik pilihan adalah 'konspirasi'. Buku yang mengandungi banyak teori sememangnya boleh diterima akal, dan itulah realiti sebenar dunia. Naik seram apabila melihat benda yang kita rasa berguna tapi sebenarnya adalah racun kepada kita. Contohnya televisyen. Berhati-hati dengan mainan Dajjal. ( Nak tahu lebih lanjut cuba layari topik konspirasi di dalam Internet).

Setakat ini dah kumpul beberapa buku bertopik konspirasi. Maksud saya, konspirasi Dajjal, Freemason dan Illuminati. Paling terbaharu adalah berkenaan MH370. :-) Ya.... MH370. Maaf. Bagi saya ada hidden agenda di sebalik nahas itu. Yang lain-lain termasuk buku berkenaan Walt Disney, filem-filem Hollywood dan teori Dajjal.

Mungkin ada orang yang tak percaya dan menganggap semua teori itu satu kebetulan. Namun saya bersetuju bahawa ianya adalah perkara yang dirancang sejak lama dahulu. Dari kewujudan Facebook, kebijaksanaan ahli sihir Merlin hinggalah terjadinya monumen-monumen pelik di dalam dunia ini.

Dahulu saya tidak tahu apakah Freemason. Tapi saya start baca buku Mastika yang sering mengatakan tentang perkara ini. Even di Malaysia sendiri ada bangunan kuil Freemason! Dari situ saya start tengok dalam Internet, membuat beberapa kajian dalam artikel dan sejarah, seterusnya membaca buku-buku ilmiah. Tambahan pula kawan sekerja saya pun suka mengkaji topik ini. Bila tengok wayang sama-sama, kami teliti wayang tu betul-betul dimanakah hidden message diperlihatkan. Ternyata.... teori ini relevan.

Berhati-hati dengan penipuan Dajjal. Rasulullah S.A.W telah berkali-kali mengingatkan kita tentangnya.

P/S - Mereka wujudkan permainan ini dan menyerang kita dari dalam supaya ia meninggalkan kesan, turun ke anak cucu. Saya simpulkan sebagai kuman yang kecil menyerang dan membunuh manusia dari dalam, lalu berjangkit kepada orang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!