Jumaat, 1 Ogos 2014

Menyambut Syawal di Penang

Okay. Tahun ni beraya kat Penang. Start dari raya kedua sampai raya ke empat beraya di rumah Tok (nenek Hafiz). ^^ Meriahnya sangat. Huhuhu. First time datang Penang seberang ni. Sempat lagi jalan pergi Kulim, Kedah dan Parit Buntar, Perak. Oh yeah!

By the way, masa raya ketiga tu buat majlis resepsi. Terima kasih kepada yang hadir. Dan terima kasih untuk segala hadiah. Muatkan saja dalam lugage. Nasib baik ada lugage kosong extra. Nak membeli jeruk lagi ramai ni orang kirim. Hari tu theme dah warna hijau, biru dan putih. Kali ni warna merah pula. Okaylah kan.
Semalam ada buat BBQ dan quiz untuk bebudak. Cam sedap pula asparagus panggang tu. Lepas ni nak try panggang kat rumah pula. Seronok juga tengok ahli keluarga saudara mara beramah mesra. Riuh rumah. Yalah. Setahun sekali. Angpow.... tak dapat dah sebab dah besar. Sekarang ni kita yang memberi angpow kat budak-budak.

Saya dan Hafiz balik hari Ahad sebab nak melancong ke tanjung pula. Nak jalan makan tempat best. Dan shopping skit. Hehe :-b Mama, Abah dan Nora balik awal sikit. Apa-apa pun still rindu rumah dan kampung halaman di Labuan. :-)

Bergambar dengan Ika. Haiyooo. Muka berminyak!

BBQ

Main bunga api

Jenjalan sampai ke Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!