Jumaat, 29 Ogos 2014

Lagu Negaraku Dimainkan Dalam Pawagam Sempena Kemerdekaan

Kita sebagai rakyat Malaysia begitu bertuah hidup di negara yang makmur dan aman damai. Lihat sahaja negara-negara lain yang masih belum merdeka atau berada dalam keadaan kucar kacir. Terima kasih kepada para pejuang tanah air kita yang sedaya upaya mempertahankan negara. 

-
-
-
-
-
-
-
Sebenarnya kelmarin kami berdua pergi tengok wayang. Tambahan pula banyak wayang baharu yang best di pawagam. Jadi jalankan juga niat tu. Tengok wayang Lucy. Pelakonnya Scarlett Johanson. Boleh tahan juga ceritanya. 


Secara jujurnya wayang ini menarik dan berbeza dengan yang lain. Tapi saya tidak ingin mengulas panjang  sebaliknya nak maklumkan bahawa ada segelintir penonton yang tidak menghormati lagu Negaraku yang berkumandang sebelum wayang bermula.

Ya. Sempena bulan kemerdekaan ni, lagu Negaraku dimainkan di cinema terpilih.

Tapi apa yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah.... segelintir penonton tak nak berdiri pun sewaktu lagu kebangsaan dimainkan. Tidak susah untuk berdiri selama seminit. Adakah mereka malu dengan perbuatan ini? Adakah mereka tahu bahawa mereka sedang diperhatikan oleh pengunjung yang lain serta pekerja premis itu sendiri?

Tepuk dada tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!