Jumaat, 22 Ogos 2014

Kursus Pengurusan Rekod & Fail di Arkib... Teringat Zaman Belajar Dulu

Selama dua hari saya berada di Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah (jangan confuse dengan Arkib Negeri Sabah) hadir ke Bengkel Pengurusan Rekod & Fail untuk Pegawai Rekod Jabatan. 

Masuk sahaja ke dalam Arkib, terus teringat masa belajar dulu selalu pergi arkib untuk buat research. Rindu pula dengan kenangan masa tu. Dapat tengok isi kandungan newspaper tahun 60-an, microfilm, dan banyak lagi  rekod yang lain. Yang lagi seronok bila buat research kat Arkib RTM di Kuala Lumpur.

Okaylah. Sepanjang dua hari berbengkel, kami dapat menimba banyak pengetahuan baharu. Walaupun banyak benda yang diterangkan tu saya dah belajar dulu, tapi ada lagi benda lain yang saya tak tahu. Seriously, bengkel ini memang bagus. Penceramah pertama disampaikan oleh Pegawai di Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan seterusnya oleh Timbalan Pengarah Arkib Cawangan Sabah. Para peserta sempat dibawa melawat ke gedung arkib yang menyimpan pelbagai khazanah negara.

Bukan rezeki saya untuk bekerja di Arkib.

Rekod penting untuk mengekalkan kemakmuran negara. Tanpa rekod-rekod yang lengkap, pelbagai kejadian boleh berlaku. Contohnya kes Pulau Batu Putih. Harap dijadikan iktibar untuk masa akan datang. Rekod perlu dijaga dengan baik. Bak kata pensyarah saya dahulu, jika nak bawa fail, bawalah fail itu seperti mana kita mendukung anak kita. Maksudnya peganglah fail itu sebaik mungkin kerana rekod yang berada di dalamnya mungkin penting untuk negara.

Pekerjaan sebagai Pegawai Arkib memerlukan kesabaran yang tinggi. :-)
  
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Foto kredit to cikhudazainol.blogspot.com

Life cycle of records

Fail lama. Foto kredit to Google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!