Selasa, 19 Ogos 2014

Jadual Pack... Nak Sambung Study atau Tak dan Lain-Lain

Cam best juga dengar lagu-lagu kegemaran zaman remaja dulu. Heheh....

Okaylah. Start awal bulan Ogos sampai la minggu seterusnya jadual tetap pack seperti biasa. Isnin minggu depan ada meeting, Selasa dan Rabu kursus di Arkib Negara Malaysia, Rabu meeting, Khamis dan Jumaat baru ada okay sikit (tertakluk kepada jadual juga!). Ahad dan Isnin depannya lagi big boss turun padang, Selasa boleh buat kerja di office. Rabu nya ada meeting, Khamis meeting, Jumaat okay sikit. Then berada di luar kawasan, then..... National Day... Hadir kawan kerja kahwin... end of August. :-) 

Masih ingat lagi dengan cita-cita nak sambung belajar. I don't know bila la masa yang sesuai untuk menyambung. My BFF dah nak habis PhD dah. Tahun depan konvo dah kot. Bestnya. But then... bila boss cakap ngan saya, "ko mau jadi orang akademik ka?" So, start terfikir balik. Kalau boss yang cakap memang maksudnya dalam. 

However, kalau saya diberi peluang untuk pursue my study, memang akan laksanakan juga niat tu. In Shaa Allah.  

-
-
-
-
-
-
-
-

Memandangkan hari ni hari Jumaat, jadi masa rehat panjang sedikit berbanding hari lain. Cam best juga makanan di restoran baharu di Alam Mesra tu. Harga pun berpatutan. Ntah tak ingat sangat namanya. Restoran Malay Thai? Tak pasti. 

Esok nak pergi tengok album post wedding. Yeah! (Mata bersinar-sinar). Saya tak bawa Hafiz la kali ni. Lagipun esok Hafiz nak pergi tengok rumah. Dalam otak macam-macam terfikir. Nanti nak buat open house kecil-kecilan la, nak hias bagai style la bla bla bla.

Cakap pasal rumahtangga ni, di office ada dua tiga orang dah preggy. Beginilah ceritanya, tahun depan mesti kurang sikit orang dalam office sebab ada beberapa orang yang akan bercuti. Tiga bulan woooo....! Sigh....

Yalah. Cam rindu pula nak pegang kucing bila balik rumah nanti. Setakat ni tak ada pertambahan bilangan kucing. Nak tambah tapi mummy takkan suruh punyalah. Di kampung ada sembilan ekor extra anak kucing, semua comel belaka. Rasa cam nak amik bawa balik satu, tapi macam saya katakan... mummy takkan suruh punya! Meriah kucing kalau di kampung. Tengahari mereka duduk diam tido. Petang main di halaman. Kita tinggal masak ikan dan nasi untuk mereka saja. Mandi? Bagi saya tak perlulah. Memang nature dia tak perlu mandi. Ngehehe..... Apa-apapun, it will be fun kalau ada pet di rumah. :-) Kecuali time kucing sakit. Nah! Sendiri pun ikut sakit.

Yeah. Tadi ada beli satu lagi buku mengenai konspirasi. Yalah. Seronok baca buku ni. Tapi saya lebih suka buku yang ada color dan gambar. Dan mesti buku non fict. Sebab tu novel memang fail la.... tak leh sentuh langsung. -_- hiuuuuhhh.....

Ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!