Isnin, 4 Ogos 2014

Gambar Semasa di Pinaon Time Tunnel, Pulau Pinang

Jika datang ke Pulau Pinang, tak sah kalau tak singgah ke Pinaon Time Tunnel yang teletak di George Town. Berikut adalah harga tiket masuk ke tempat ini:

Dewasa : RM22 / Dengan MyKad RM14
Kanak-kanak : RM12 (5-12 tahun) / Dengan MyKad RM7
Pelajar : RM14 / Dengan MyKad atau MyKid RM10

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Pinaon Time Tunnel, the History Museum.

Walaupun bangunan muzium ini nampak kecil apabila dilihat dibahagian luar, sebenarnya kat dalam adalah luas! Pelbagai hasil seni sedia untuk dipamerkan kepada para pengunjung. Ada seksyen sejarah Pulau Pinang, 3D Mural Art Street Gallery (glow in the dark pun ada) dan lain-lain lagi. Setiap pengunjung akan diberikan satu kertas quiz dan jika anda telahpun menjawab semua soalan tersebut, anda boleh claim souvenir kat kaunter pendaftaran masuk. Anda juga boleh menyuarakan sebarang komen bagi menambah baik servis dan mutu perkhidmatan pihak muzium.

Sangat excited ketika masuk ke dalam muzium. Tak ada rasa bosan kerana setiap dinding dihiasi dengan pelbagai lukisan dan fakta dalam bentuk tulisan. Hanya terdapat di Pulau Pinang :-)

 Pinggan mangkuk kaum Baba & Nyonya


Matawang zaman dahulu

 Act macam Sir Francis Light

 Bersigup duluan

 Ignore saputangan dalam poket seluar. Masa ni tengah sakit demam + selsema tapi masih nak jalan-jalan







Semua gambar penuh ngan aksi yang ntah apa-apa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!