Isnin, 11 Ogos 2014

Cuti Dah Habis!

Lagi suka taip blog dalam Bahasa Melayu sebab ini adalah bahasa ibunda saya :-)  Tapi memandangkan blog saya ni menggunakan bahasa pasar, jadi ada campur Bahasa Inggeris sikitlah. Masih boleh diterima, kan?

Sekarang dalam perjalanan balik ke rumah. Percutian dah berakhir. Esok dah start kerja balik. Sebenarnya lepas bercuti di Penang hari tu... sambung kerja balik. Then amik cuti lagi selama dua hari balik Labuan.

Sebelum tu thank you kepada kawan saya kerana bagi hadiah kahwin yang paling saya suka. Ada lima tingkat semuanya. Toing! Toing! Diterbangkan khas wooo! Aiseh.

Okaylah. Sambung balik cerita. Tahun ni berkampung di Labuan tak berapa best jika dibandingkan dengan tahun lalu sebab sakit datang lagi. Kuang.. kuang.. kuang..! Bermula dari Penang hari tu sakit selsema, sakit tekak bla bla bla. Lepas tu sampai di Labuan tak penyabar, terus turun pantai cari siput. Malam tu rasa cam sakit kepala tapi boleh tahan lagi. Menggila kejap main bunga api. Wohohohoo... Then dinner dengan Hafiz hasil tangkapan tadi petang. Jeng! Kepala tambah sakit. Malam kiranya nak tidur di hotel. Demam. Apa tidak. Sakit belum berapa baik, main di tepi pantai lagi.

Esoknya pergi klinik, duduk terperuk dalam bilik sajalah. Sakitnya kepala. Hafiz la tolong jaga saya. Macam saya pula rasa bersalah...... -_- Dah lusanya okay sikit tapi masih lemah lagi. Ingat nak pergi tengok tamu tapi baru jalan sikit, dah rasa pennnaaatt. Betul-betul tak boleh blah. Malam tu tinggal di rumah aunty. Sampai la hari ni beransur okay. Syukur alhamdulillah. :-)

Buah rambutan, durian, tarap semua banyak. Tadi pergi hantar rambutan kat kedai Ah Chai. Rasa cam best saja menghantar buah untuk dijual ni. Kalau la cuti panjang sikit, boleh cari banyak untung wo. Mana lagi anak kucing banyak di rumah uncle. Meriah hidup. Eeee bestnya. Comel, bulat.. ada yang Siam lagi. Macam nak amik saja satu dua ekor tapi mum takkan suruh punyalah. Nanti tambah teruk asthma.

Oh ya. Malam sebelum nak balik tu sempat lagi main mercun cina. Yang bunyi prap prap prappp!!! Meriahlah. Bulan tengah mengambang. Cantik sangat. Rasa dekat saja bulan tu dengan Bumi. Terang benderang. Betapa aman damainya kalau berada di kampung. Walaupun tak ada dah nenek dan atok, tapi masih ada aunty lagi. :-)

Ok. Sambung next story.

Pemandangan di tepi pantai kampung saya :-)

Bunga api

Makan ubat. Jangan tak makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!