Ahad, 24 Ogos 2014

Check Handphone Pasangan.... Patutkah?

Satu hal yang paling..... paling.... paling.... saya tak berkenan adalah apabila ada orang check handphone saya. Ini kerana handphone (selepas ini disebut hp) mengandungi pelbagai maklumat, sekaligus adalah milik peribadi saya. Oleh itu, sesiapa yang mencuri tengok hp orang lain boleh juga disebut 'penceroboh'. Privasi adalah satu hal yang sangat sensitif. Jika tersilap langkah, besar masalahnya.

Sama halnya dengan e-mail. Grrrr....!! Tapi saya tekankan dengan tajuk HANDPHONE dalam entry kali ini.

Saya seringkali mendengar kisah para isteri/girlfriend menggeledah masuk hp suami/boyfriend. Melihat apa yang tak patut kerana takut mereka berlaku curang. Pada pendapat saya, tengoklah situasinya bagaimana. Jika sikap dia mencurigakan, ada masanya kita harus bertindak. Takut ada apa-apa. Tapi dengan syarat.... buat tindakan dengan matang. Minta permission dulu. Misalnya kita minta hp dia secara tiba-tiba. Kalau dia bagi, nah! Pastinya tak ada masalah. Tapi kalau tak nak bagi hp, tentu ada sebabnya. Bertanyalah mengapa. Bawa berbincang. Jika benar mereka bermain dengan api, jadi buat apa nak buang masa dengan orang seperti mereka?

Tapi kaedah ini tak digalakkan sangat. Kerana lelaki memang tak suka bila perempuan menggeledah masuk hp mereka. Bukan sahaja mendatangkan pergaduhan, malah boleh menimbulkan sikap syak wasangka di dalam diri.

Seperti yang saya katakan tadi, tengok keadaan.

Sikap saling percaya itu penting di dalam diri pasangan. :-) Malah untuk menjadi pasangan yang bahagia mementingkan kejujuran. Jangan sia-siakan kedamaian rumahtangga hanya kerana setitik nila yang jatuh ke dalam semangkuk susu.

By the way, saya masih tak berminat kepada orang yang suka tengok hp orang lain. Seperti... tiada kepercayaan. Mungkin juga... sifat ingin tahu yang meluap. Atau saja nak cari gaduh dengan hal remeh-temeh.

Ada tiga perkara yang kita kena ketahui dalam perhubungan kita:

  • Privasi - Setiap individu masih ada privasi dalam kehidupan diri masing-masing. Kita tidak ada hak untuk mengawal segalanya.
  • Kepercayaan - Sebagai pasangan kita seharusnya percaya kepada pasangan masing-masing.
  • Hormat kepada pasangan - Jika anda tidak menghormati dia, dia juga tidak akan menghormati anda

Cuba kalau kita yang buat macam tu kat pasangan kita balik (menggeledah hp mereka)? Mesti mereka pun akan rasa benda yang sama. Terpulanglah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!