Selasa, 12 Ogos 2014

Cara Elak Nafas Berbau

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan nafas berbau. Jom kita tengok tips mengelakkannya.

  1. Rajin memberus gigi / bersugi semasa bangun pagi, selepas makan dan sebelum tidur. Gunakan ubat gigi berflorida :-)
  2. Memberus lidah. Untuk menanggalkan sisa makanan yang masih terlekat dan menyebabkan bakteria.
  3. Floss gigi iaitu menanggalkan sisa makanan yang berada di celah gigi.
  4. Pemilihan makanan yang sesuai. Elakkan makan bawang putih, petai atau makanan yang boleh menyebabkan mulut berbau.
  5. Elakkan perut kosong dan menahan lapar kerana asid dalam perut akan bertindak balas bersama sisa makanan lalu mengeluarkan bau nafas yang kurang menyenangkan.
  6. Sentiasa minum air putih
  7. Standby gula-gula yang ada mint dan sesuai seperti Frozz, Polo, Hacks dan lain-lain lagi. Tapi jangan terlalu banyak makan gula-gula!
  8. Tampal atau cabut sekiranya ada gigi yang rosak kerana ia hanya mengundang bau nafas.
  9. Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan mulut sekaligus menghapuskan bakteria.
  10. Rajin ke dentist untuk rawatan gigi termasuk membuang karies dan memutihkan gigi.

Selamat mencuba :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!