Sabtu, 2 Ogos 2014

Aplikasi Waze untuk Pelancong / Pengembara

Teknologi masa kini mencepatkan urusan seharian kita. Untuk para pengembara/pelancong, Waze boleh menjadi salah satu aplikasi yang diperlukan. Ia bukan sahaja mudah digunakan, malah dapat menggantikan pengunaan peta manual. Aplikasi ini boleh di muat turun dari Google Play store secara percuma.

Waze digunakan sebagai petunjuk arah. Semakin lama anda aktifkan penggunaan Waze, semakin banyak points yang dapat kumpulkan. Anda juga boleh add kengkawan anda yang juga menggunakan aplikasi ini. Selain arah jalan, Waze juga boleh digunakan sebagai petunjuk mana-mana tempat seperti stesen minyak, farmasi, restoran dan lain-lain lagi mengikut kemahuan anda. Anda juga boleh memaklumkan rakan-rakan Waze anda mengenai keadaan di jalan raya pada ketika itu. Contohnya berlaku accident di kilometer ini.... ada polis trafik di Jalan ABC dan sebagainya.

Nak dijadikan cerita, ketika saya di Penang... saya diserang selsema. Jadi nak mencari klinik tapi saya pun tak tau dimana terletaknya klinik-klinik di Penang. Dengan mudah saya hanya perlu menaip "klinik" di kotak search... dan keluarlah senarai klinik di area tersebut. Hanya klik yang mana satu, seterusnya peta petunjuk jalan pun keluar, beserta jumlah kilometer dan anggaran masa untuk sampai ke destinasi.

Walaubagaimanapun, penggunaan Waze perlu disertai dengan coverage Internet yang baik dan lebih sesuai digunakan di bahagian bandar.

P/S - Kedudukan anda adalah privasi anda. Utamakan keselamatan :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!