Isnin, 7 Julai 2014

Suka Dera Binatang, Lambat Laun Terima Padahnya

Nampaknya kes mendera binatang makin menjadi-jadi terutama kepada kucing. Sadis. Ada yang sengaja dilanggar, ada yang di kerat-kerat, dipijak hingga mati, digantung dan dihumban ke landasan keretapi. Manusia.... manusia.... mengapa begitu kejam? Adakah hati golongan ini telah ditarik sifat belas kasihannya? Apa faedahnya menzalimi binatang?

Tidakkah mereka rasa bersalah terhadap perkara yang dilakukan? Malah ada yang begitu bangga sehingga boleh update status dalam Facebook atau Twitter. Bagitau dah buat gitu gini kat kucing. Lepas tu bila orang lain marah, mula la tak mengaku status tu dia yang post. Ataupun, ada yang siap menegakkan benang yang basah. Dah salah, dia pergi marah pula balik orang yang tegur dia. Kalau bukan manusia, siapa lagi yang nak tegur kesalahan? Walaubagaimanapun, jika menegur, make sure bahasa yang digunakan tidak kesat. :-) Kan lebih baik begitu?

Jika tak suka kat kucing, bagi saya lebih baik bagi saja kucing tu kat orang lain yang nak. Kalau tak pun, pindahkan di tempat yang ada sumber makanan dan selamat. Senangnya mendapat pahala dengan memberi sedikit makanan kepada kucing. Tapi kenapa pilih nak menzalimi juga? Ish... ish... ish.... Adakah hati itu telah tiada sinar lagi? Sedangkan binatang sendiri tahu erti belas kasihan. Inikan pula manusia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T akal dan fikiran. Sehingga sesama manusia sendiri pun sanggup dibunuh!! Inikan lagi binatang... Haiwan adalah perhiasan di muka bumi ini. Yang patut dijaga dengan baik, bukan dijadikan untuk memuaskan nafsu.

Sedih bila terbaca artikel tentang penganiayaan binatang. Sakit hati. Tak kira tua atau muda, ada yang sanggup menzalimi binatang. Saya ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman saya dengan manusia yang tiada perasaan ini. Dulu saya dan kawan-kawan suka main basikal pusing kampung di waktu petang. Masa tu zaman sekolah rendah lagi. Tiba-tiba kami terdengar bunyi kucing mengiaw di hutan bakau. Semakin kami dekat, semakin jelas bunyinya. Alangkah terkejutnya bila kami melihat ada seekor anak kucing dibungkus dalam plastik dan dibiarkan tenggelam di air bakau. Tetapi waktu itu mungkin nasib kucing tersebut baik kerana plastik itu tersangkut di akar kayu bakau. Jadi kiranya separuh tenggelam la. Kawan saya yang sorang lagi tu terus masuk dalam air bakau tu pergi selamatkan anak kucing tu. Kawan saya yang lagi sorang tu bawa ke anak kucing tu ke rumah dia, dan kami beri ia minum susu suam. Lepas tu salah seorang dari kami adopt anak kucing tu. Sedihkan? Kenapa ada yang sanggup nak lemaskan kucing sampai begitu sekali? :'-(

Belum cukup dengan itu, selang beberapa tahun lepas tu ada kes yang lebih kurang sama juga terjadi. Saya seperti biasa pulang dari sekolah. Tiba-tiba terhidu bau kurang enak di tepi jalan. Rupa-rupanya ada plastik hitam yang sedikit terkoyak. Dan dalam plastik hitam itu ialah bangkai kucing!! Astagfirullah..... saya pun tidak tahu sama ada kucing itu telah mati baru dibungkus bersama plastik hitam lalu dibuang begitu sahaja, ataupun kucing yang masih hidup pada mulanya... lalu dibungkus ke dalam plastik sehingga mati. Kejamnya. Kenapa tak kubur saja kucing tu kalau memang awal-awal lagi dah mati? :'-(

Paling saya ingat sehingga sekarang cerita pasal kucing siam saya. Dulu saya ada kucing siam betina. Nama dia Si Putih. Comel kucing tu. Suatu hari kucing tu tiba-tiba lintas jalan, ngam pula ada kereta lalu dia langgar Si Putih di depan saya. Saya terus lari dapatkan Si Putih. Yang peliknya driver tu nampak dia langgar kucing tapi dia tak stop pun. Terus jalan macam tu saja. At least minta la maaf. Huh! Masa tu memang sedih gila sebab saya sayang sangat kat kucing tu. :'-( 

Tapi saya percaya, setiap perbuatan ada balasannya. Setiap perbuatan juga ada perhitungannya kerana ia tergolong dalam dosa besar. Mari saya bagitau contoh bentuk penyeksaan binatang:
  1. Melagakan binatang
  2. Memukul atau menyelar muka binatang
  3. Memisahkan anak dari ibunya
  4. Mengurung sehingga mati kelaparan
  5. Membakar binatang
  6. Membunuh untuk dipersia-sia
  7. Menjadikan sebagai sasaran
Untuk info lebih lanjut mengenai bentuk penyeksaan ini, boleh klik link ini. Blog MeowwMania. Thank you!

Walaubagaimanapun, masih ramai antara kita yang cintakan binatang. Tengok sahaja orang yang update status (dengan bangganya) menzalimi binatang... ramai yang terkena padahnya. Bukan sahaja dicemuh, malah dipaksa bertaubat dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah, ada yang sanggup menghabiskan masa dan duit untuk berbuat kebajikan kepada binatang. Memberi perlindungan, mengubati penyakit dan memberi makan kepada mereka. :-) Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga hidup anda sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Sekian.


Salah satu keratan artikel mengenai penzaliman terhadap anak kucing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!