Rabu, 2 Julai 2014

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, Jabatan Canselori 2014

Pada 27 Jun 2014 (Jumaat) sebelum masuk bulan Ramadhan, Jabatan Canselori telahpun mengadakan majlis yasin dan doa selamat, bertempat di Surau Tingkat 2, Bangunan Canselori.

Majlis ini dihadiri oleh para kakitangan jabatan dan sub-PTJ. Bacaan doa selamat diketuai oleh Ustaz Yusri. Pada setiap tahun Jabatan Canselori akan mengadakan majlis agama seperti ini. Ngam pula masa tu juga ada majlis bacaan doa selamat anjuran Jabatan Pendaftar yang diadakan di Galeri Majlis, juga di Bangunan Canselori. 





Selepas selesai bacaan, para kakitangan dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Ada yang bawa potluck seperti mi goreng, buah-buahan tempatan, coklat, kek dan air minuman. Memang meriahlah sebab bermacam-macam makanan ada. Lain-lain menu adalah soto, nasi campur dan pudding. Potluck saya waktu tu adalah soft drink. Tapi special sikit sebab hanya di Labuan ada jual minuman tu. Saya ada beli banyak, dan kebetulan ada majlis ni... saya pun bawa la. Kalau orang Labuan panggil leminit (sebenarnya lemonade. Tapi tau la dah jadi bahasa pasar.. jadilah leminit). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!