Sabtu, 5 Julai 2014

Cerita Menjelang Hujung Minggu

Yes!! Kali ni saya menang. Perancis lawan Jerman (0-1). Ramai-ramai duduk depan TV tengok bola best juga. Tak minat bola pun terus jadi minat tengok. Saya siap masak sosej panggang lagi. Haha! Boleh sahur sekali.

Okaylah. Sebenarnya tadi berbuka kat luar sebab nak pergi Matta Fair di Suria Sabah. Banyak diskaun kalau nak pergi melancong. Harga pakej RM3000+ ada yang kurang sehingga RM2600+. Banyak tour agensi yang mengambil bahagian dalam program kali ini. Siapa yang nak tukar Enrich Card kepada Enrich GOM (Untuk kakitangan kerajaan sahaja. Banyak benefitnya), apply kad Enrich, nak beli tiket penerbangan diskaun dan banyak lagi, boleh ke booth MAS di Matta Fair yang hanya akan berlangsung selama 3 hari bermula 4-6 Julai 2014. Kepada yang nak pergi melancong ke China, Korea, Dubai, Bali... nak naik cruise ke.... banyak booths yang menanti anda.

Sambung balik cerita buka puasa. Kali ni makan kat favorite restaurant saya iaitu di Natural Kitchen : Japanese Shabu-Shabu. Tip untuk berbuka di luar terutama shopping complex, make sure buat reservation terlebih dahulu dan order awal supaya tak kelam kabut nanti. 

Oh ya. Saya dah terima CD gambar perkahwinan saya. Ada dua set kesemuanya. Seminggu kemudian pula album menyusul. Pagi ni pula ada appoinment nak pilih gambar pre-wedding. Harapan saya adalah.... gambar-gambar tu semua cantik. Kalau tak... adei... sedihnya saya.

Sambung ceta Suria Sabah balik. Masa sebelum buka puasa tu, sempat lagi singgah tengok handbag di Metrojaya. Beli untuk my aunty di Labuan. :-) Saya ada koleksi handbag tapi saya malas nak tukar setiap kali pergi jalan / kerja. Sebab dalam handbag saya banyak barang. Dulu rajin la buat gitu tapi sekarang makin lama makin malas. Kalau tukar pun.... saya pergi travel baru guna beg lain. Beg yang ada tali panjang sebab senang carry.



Shabu-Shabu

Apasal mata saya cam pelik dalam gambar ni. Haha XD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!