Isnin, 28 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 ♥

Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia dan Malaysia khususnya. Sentiasa ceria di pagi lebaran dan semoga perjalanan ke kampung halaman masing-masing dalam keadaan baik. Kepada yang lain, selamat bercuti! ♥

Jangan makan terlalu banyak. Nanti badan naik balik. Hehe.

Okaylah. Tahun ni dapat buat kuih raya sebanyak dua jenis sahaja iaitu biskut cerelec dan biskut cornflakes. Tak tercapai KPI. Walaubagaimanapun, hari ini ada open house untuk family. Menu adalah daging kismis, ayam kari, acar timun, pajeri nenas, ikan bilis sambal dan ayam goreng special. :-)

Buat pertama kali dapat beraya bersama suami tercinta di samping keluarga tersayang. Esok akan fly ke Penang... mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun dah tua tapi angpow still dapat lagi. Thank you kepada Prof dan my boss. Semoga rezeki kalian bertambah murah.

Raya pertama ni pakai baju warna light purple. Ramai pula kengkawan lain yang pakai baju purple juga. Huhu. ^^ Walaupun tak semua ahli keluarga ada, gambar family tetap amik punyalah.

Thank you kepada yang wish ngan kami. Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di sini saya ingin menyusun sepuluh hari memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap. Maaf zahir dan batin. ^^

Assalamualaikum.

Yna & Hafiz

Me & Adek

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Biskut cerelec

Biskut cornflakes

Sabtu, 26 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama UMS-Link Holdings Sdn. Bhd. (24 Julai 2014)

Alhamdulillah. Majlis berbuka puasa terakhir untuk bulan Ramadhan kali ini. In Shaa Allah akan bersua kembali di tahun hadapan.

Sekian, terima kasih. :-)



Makan kuih dulu

Hari-Hari Terakhir Ramadhan Tahun 2014 / 1435H

Memang setiap tahun benda yang sama. Nak dekat raya office lengang semacam. Staff pun semangat dah nak beraya. Huhu. Tapi tahun ni saya tak balik lambat macam selalu. Kena balik on time sebab di rumah kena masak lagi untuk berbuka. Nak cuci baju, iron baju bagai lagi. ^^

Bila pulang saja, traffic jam la pula. Mana lagi orang nak pergi shopping, balik kampung dan juga roadblock. Syukur juga sempat masak untuk makan malam. :-)

Selain itu, saya tengok Instagram dan Facebook.... kengkawan pun ramai post status balik kampung. Ada yang post gambar tiket nak balik raya atau check-in tempat. Saya pun akan beraya di Penang tahun ni. Heheh... memang favorite tempat saya sebab banyak makanan best.

Nampaknya target nak buat lima jenis kuih rasanyantak tercapai kot. Sebab baru buat dua jenis! Aiyo. Bulan Ramadhan ni agak sibuk juga dengan kerja. Sampai rumah banyak benda lagi nak buat. Jadi lari sikit la KPI. Hohohooo....!

Salon pun ramai orang. Teruskan jugalah niat nak pergi setting rambut. Kira nak buat di KK tapi jalan jem gila... jadi baik buat di Papar. Kebetulan balik ke rumah family Hafiz juga. Tu pun tetap ramai orang. Apatah lagi di KK.

Okaylah. Nah! Suasana office nak dekat raya.

Parking yang kosong. Biasanya penuh

Office yang dihiasi lampu lip lap

Dapat kad raya, tak sah kalau tak gantung

My bilik. A.k.a new room lagi. Hihihi

Jumaat, 25 Julai 2014

Whiskas Free Bag

Weeee.....!!! Bestnya dapat free beg daripada Whiskas. 

Makanan utama kucing saya adalah nasi dan ikan selayang rebus (orang Sabah panggil ikan basung) tapi snek utama mereka adalah Whiskas! :-3 Hari tu snek dah habis, maklumlah kucing di rumah ada 6 ekor. Kalau sebungkus tu sekejap saja dah habis. Jadi saya pesan dengan Hafiz minta belikan Whiskas. Hafiz belikan yang bungkus besar (yang 7KG kot). Dapat free beg pula. Suka sangat! Sebab ada gambar miaw. :-3

Boleh bawa ke office simpan bekal ke.... apa-apa la. 

Yeah! Akhirnya!

Nak tau lebih lanjut tentang produk Whiskas, sila klik link ini.

Rabu, 23 Julai 2014

Perangai Yang Paling Tak Boleh Blah - Being Overly Jealous

Saya juga seorang perempuan. Tapi rasa cam tak best bila berdepan dengan perempuan yang overly jealous. Mungkin kerana saya pernah menjadi mangsa "mereka" sebanyak beberapa kali... then lama-lama saya jadi semakin malas pula bila bertemu orang seperti ini.

Ntah dah berapa kali entry saya bercerita pasal orang yang suka sangat jealous... 

Biasalah kalau kawan-kawan sekerja ni memanglah rapat, lebih-lebih lagi kalau satu office. Kalau bergurau- senda, say "hi" dan makan beramai-ramai tu bukanlah perkara yang ganjil. Tapi kalau kata "bye, take care" then si perempuan kat sebelah terus pandang lain macam, siap bagi jelingan maut... Oh man..... tak boleh diterima akal. Bagi saya ia bukan berkaitan dengan emosi ataupun... "biasalah perempuan ni kan sensitif dan ikut perasaan", but more to BAD HABIT. Haiyooo.... truly bad habit oh! Actually perkara ni berlaku kelmarin tapi bukan kepada saya (to my colleague). Tapi saya juga berada di tempat kejadian dan sama-sama terus terasa la. Grrr!

Ya! Perkara ini benar kerana pernah terjadi kepada beberapa orang rakan saya. Perempuan lain lalu then tegur "assalamualaikum", yang si girlfriend tiba-tiba tarik muka dengan boyfriend dia pula. Apa yang lebih teruk apabila ada yang sanggup membuat laporan polis atas tuduhan lelaki ini tidak cintakan dia. Sudah-sudahlah dengan perangai overly jealous tu. Pandai-pandailah kawal sikit. Pada pendapat saya, apabila perempuan ni suka tunjukkan perangai sebegini, bukan hanya membuatkan si teman lelaki rasa nak jauhkan diri... malah rasa meluat dan lagilah datang perangai dia untuk rapat ngan perempuan lain. Nak menambat hati lelaki ada caranya. To handle the case, both parties need to know how to take care of each other. :-) Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik link How to Improve Your Relationship.

Yalah.... bukan hanya perempuan saja yang kuat jealous (tak semua). Lelaki pun ada yang macam tu juga. Dan lebih teruk jika berdepan dengan lelaki seperti ini. Mungkin.... mungkin.... saya ada beberapa kali pernah kena macam ni kot. Dari menjadi mangsa kepada "pemangsa"... dan mangsa kepada "teman". Harap-harap fahamlah maksud saya. Lama-lama saya dah jauh hati . Tak best. Memang... sabar sajalah. Kawan-kawan pula yang naik angin tengok kita sabar semacam.

Apa-apa pun, being overly jealous still perangai yang paling tak boleh blah bagi saya.

 

Isnin, 21 Julai 2014

Selamat Tinggal Nenekanda Tercinta

Pada 19 Julai 2014 selepas masuk waktu subuh, nenekanda tercinta telahpun kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Berita yang mengejutkan...

Dua minggu sebelum tu, saya, mum dan adek sempat melawat nenek pada kali terakhir di kampung. Nenek tak nak makan. Nak minum air sahaja. Mum bawakan air zam zam yang dibawa dari Makkah untuk nenek minum. Nenek tak boleh bergerak. Lagipun umur nenek dah tua. Tulang tak kuat dah.

Seminggu lepas tu, nenek tiba-tiba nak makan sup ayam. Dua tiga hari selepas tu, aunty kata nenek dapat bercakap dengan baik. Selalunya kami tak berapa faham apa nenek cakap. Nenek kata dia dah tak larat dah.

Sebelum semuanya berlaku, aunty duduk di sebelah nenek sambil bacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan bagi. Masuk waktu Subuh, aunty pergi solat sebentar. Dah siap solat, aunty tengok nenek dah tak ada. Aunty call mummy. Lepas tu mum dan abang bergegas dulu balik ke kampung. Kemudian saya, adek dan Hafiz pula menyusul.

Alhamdulillah. Sempat juga menatap wajah nenek buat kali terakhir. Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana semua urusan pengebumian berjalan dengan lancar.

Malam tu kami berdua menginap kat hotel. Esoknya ada kenduri untuk arwah. Jadi kena prepare juga barang-barang untuk kenduri. So kami berdua kena balik pada hari Ahad nampaknya. Tapi yang lagi sedih esok tu juga kucing kat kampung mati. :'-( Aunty kata kucing tu makan binatang beracun. Memang semasa di majlis pengebumian arwah nenek lagi saya tengok kucing tu cam lemah. Anak mata dia besar. Saya ada bagi dia minum tapi dia tak nak. Klinik haiwan pun tak ada yang buka. Saya cadangkan untuk klinik haiwan swasta buka cawangan di Labuan. Banyak permintaan daripada pecinta haiwan. Yang penting operation hour termasuk Sabtu dan Ahad.

Yalah. Memang 18,19 dan 20 Julai 2014 adalah hari penuh kesedihan. (18 Julai - MH17 melibatkan seorang lecturer UMS. 19 Julai - Nenekanda kembali ke rahmatullah. 20 Julai - Kucing pula mati) :-(

Terima kasih kepada yang sudi hadir ke kenduri untuk arwah dan yang bertungkus lumus membantu menyelesaikan segala urusan pengebumian arwah.

Malaysia mengiystiharkan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang sehingga 21 Julai 2014 untuk insiden MH17



Majlis Berbuka Puasa Bersama PKPP (18 Julai 2014)

Hujung bulan puasa ni banyak majlis berbuka puasa antara jabatan diadakan. Kali ni pula majlis berbuka puasa bersama Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar. Sebenarnya ni adalah jabatan Hafiz tapi nama saya pun ada juga. Kebetulan pada masa yang sama ada majlis buka puasa di rumah VC. Tapi dah bagitau ngan my colleague juga minta maaf tak dapat hadir ke rumah Datuk VC.

Okay. Majlis buka puasa buat kat Novotel. Makanan sedap juga. Paling best ada daging kambing masak kicap. Lepas tu ada bubur kacang. Ex-staff PKPP pun ada juga yang hadir sama ke majlis ini. :-)

Maaflah kali ni ntah kenapa tak amik banyak gambar pula. Gambar makanan saja saya amik. Huhu.. :-b

Sabtu, 19 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama PPUMS (17 Julai 2014)

Pada 17 Julai 2014, PPUMS ada buat majlis berbuka puasa kat Marina Cafe, Sutera Harbour. Jadi kami berdua pun pergilah ke majlis tersebut memandangkan kami adalah ahli PPUMS. Sebenarnya terus nak buat venue inspection kerana pada 22 Julai ni giliran Jabatan Canselori pula buat majlis berbuka puasa.

Yang bestnya buka puasa di Marina Cafe ni... pemandangan sunset tepi laut sangat indah. Selain itu, makanan yang disajikan juga enak dan banyak pilihan. Ada kuih muih, nasi berlauk, lauk panggang, laksa penang dan pelbagai lagi menu lain. Tapi kalau time puasa ni kan... cepat sangat kenyang. Baru makan buah dua tiga potong, dah kenyang. Lebih-lebih lagi kalau minum air banyak. Confirm full!

Masa majlis berbuka tu, ada yang bawa family sekali. Meriah la jadinya! Sebab ramai budak-budak. :-) 



Starter


Jumaat, 18 Julai 2014

Tears are the Silent Language of Grief...

Pagi tadi baru dikejutkan dengan satu lagi tragedi yang menimpa rakyat Malaysia iaitu tragedi MH17. But the most tragic yang menyelubungi kami adalah one of our lecturer juga salah seorang penumpang kepada kapal tersebut. 

Awal pagi tadi we tried to call MAS and asked sama ada our lecturer ada terkandung dalam senarai nama penumpang MH17. And then the officer said yes. Masa tu my heart beat macam stop sekejap. But then pegawai MAS tu kata buat masa ini tak boleh sahkan dahulu sama ada beliau telah menaiki pesawat walaupun nama memang ada dalam booking list. 

That afternoon.... The university has released the press statement after all have been confirmed. Warga UMS mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga penumpang MH17. This is another horrific accident after MH370 for this year. 

Saya ada juga tengok akaun Facebook dan terkejut kerana rupanya salah seorang penumpang MH17 yang lain juga merupakan senior kepada one of our medical lecturers semasa beliau mengambil PhD di UKM. Terngiang-ngiang dalam fikiran saya.... ada yang nak balik kampung beraya bersama-sama keluarga. Ada yang ingin berjumpa sanak saudara yang dirindui. Tapi semua ini ketentuan Allah S.W.T.

Baru sahaja kelmarin saya dan kawan sekerja bercerita tentang rakan yang melancong ke Amsterdam.


Rabu, 16 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Putera Harapan Ranau (13 Julai 2014)

Tahun ini adalah tahun ketiga majlis berbuka puasa bersama mereka diadakan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Rumah Putera Harapan Ranau, anda boleh mengunjungi laman Facebook mereka di link ini. Seramai 22 orang anak yatim diraikan di majlis yang simple tapi penuh bermakna ini. Majlis dihadiri oleh YB Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bersama-sama yang lain. Adabi selaku main sponsor juga telah melancarkan produk terbaharu mereka iaitu TelurMate. Selain majlis berbuka puasa, anak-anak Rumah Putera Harapan Ranau juga telah dibawa bersiar-siar ke Rumah Terbalik di Tamparuli.

Anak-anak Rumah Putera Harapan Ranau

YB Datuk Masidi menyampaikan ucapan

Felix Agus dan geng KKFM (91.1fm) yang lain membuat persembahan khas untuk anak-anak yang diraikan

YB Datuk Masidi demo memasak TelurMate keluaran Adabi

Herman bagi angpow dengan budak-budak

Isnin, 14 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia (12 Julai 2014)

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, macam-macam acara berbuka puasa dijalankan. Tak lama selepas majlis Ramadhan @ Campus bersama YAB Ketua Menteri, kini tiba giliran majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Malaysia yang bertempat di Megallen Sutera Harbour. 

Kebetulan waktu tu hujan, nasib baik kami ada bawa payung. Ballroom penuh dan suasana meriah. Ramai wakil dari Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri Sabah hadir bersama bagi memeriahkan majlis ini. Tidak ketinggalan juga kepada menteri-menteri yang hadir ketika itu. Antara aturcara pada petang itu termasuk sesi penyerahan sumbangan wang kepada yang memerlukan, majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan solat sunat Terawih. 



Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Ketua Menteri Sabah, "Ramadhan @ Campus" (10 Julai 2014)

Kalau time bulan Ramadhan ni kan.... paling best berbuka puasa ramai-ramai.

Oleh itu, pada 10 Julai 2014 yang lalu, majlis Ramadhan @ Campus telahpun diadakan di Masjid UMS. Majlis ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Sebenarnya majlis ini diadakan di beberapa tempat dan pada 10hb tu... dibuat kat UMS. Selaku salah seorang AJK majlis bagi pihak universiti, kami begitu bebesar hati kerana YAB Ketua Menteri sudi berkunjung ke UMS untuk sama-sama berbuka puasa. 

Warga UMS dijemput untuk memeriahkan majlis. Majlis kali ini diadakan dengan sederhana tetapi meriah.   Makanan yang disediakan juga enak. :-) Antara acara ketika itu termasuk penyerahan wang zakat, solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat Terawih. 


Dari kiri, saya, Kak Nurul, Colette, Sandra, Jijie

Buka Puasa di Windbell Seafood Restaurant

Sempena menyambut Ramadhan ni.... tak salah kalau nak tukar angin nak berbuka kat luar. Banyak restoran dan hotel menyajikan makanan yang enak. Kali ni kami berdua pilih untuk makan di Windbell Seafood Restaurant yang terletak di Tanjung Aru. Harga ialah RM38+ seorang. Restoran ini menyajikan makanan steamboat.

Ada pelbagai hidangan yang disediakan dan semuanya nampak menyelerakan. Daripada nasi goreng, seafood, sayur-sayuran dan dessert. Sempena di bulan puasa ini, minuman sirap bandung juga dihidangkan kepada pelanggan dan yang bestnya sirap tu sentiasa kena refill.

Kalau nak makan kat Windbell waktu bulan Ramadhan ni... better buat booking terlebih dahulu sebab ramai sangat orang makan kat sini. Takut nanti tak ada tempat pula. ^^ Saya suka restoran Windbell bukan sahaja kerana harganya yang berpatutan, tetapi juga kerana servis yang baik, cepat dan boleh pilih menu yang pelbagai. 

Saya dah pernah promote restoran ini di link saya yang terdahulu. Silakan. Link saya sebelum ini.




Khamis, 10 Julai 2014

Japanese Bobtail Maliiiiiii....!! Di Kampung

Di rumah atau di kampung sama sahaja. Kalau namanya kucing mesti akan jadi sasaran. Ngehehehe....

Oh ya. Kalau kucing kat rumah semuanya breed ekor panjang. Ada satu ekor saja yang berekor separuh tak tau siapa yang dia ikut. Tapi kalau di kampung ada breed Japanese Bobtail. Semuanya ada ekor. Tiga ekor jantan, seekor betina. 

Minat dengan kucing jenis ni walaupun hanyalah domestic cat. Apa yang membezakan adalah ekornya yang pendek. Hehe. Comel saja. Macam Hello Kitty pun Japanese Bobtail juga, kan? Baka kucing ni ada pelbagai jenis. Ada yang bulu panjang, ada yang short hair. Dikatakan terjadinya ekor yang pendek disebabkan oleh mutasi gen resesif. Baka jenis ini juga begitu aktif dan bijak. 

Dulu di rumah ada beberapa juga kucing Bobtail. Satu warna putih dan satu lagi warna jingga. Tapi lepas tu dah tak da dah... Semua ganti ngan kucing ekor panjang. 


Gonna Miss My Old Office Yet I Love This New Place

Secara officially kami bertiga dah berpindah ke tempat baharu. Walaupun tak jauh dari office lama, kenangan semasa kat sana tak dapat dilupakan. Rutin masih macam biasa lagi. Cuma yang berbeza adalah pemandangan. Tak ada dah view laut yang indah. Tapi ditukarkan dengan pemandangan darat yang juga cantik. 

Oleh yang sedemikian, pemandangan baharu termasuk boleh tengok Blok Utara. Ada juga kawan-kawan yang berada di sebelah sana. Kononnya boleh menjenguk sambil bercerita dari tingkap ke tingkap macam la tak ada telefon. Lepas ni agaknya nak pasang tin kosong bertali kot. Hahah. Selain itu, dapat tengok juga keta lalu lalang. Heh..


View yang paling nice dari bilik saya adalah boleh tengok Dewan Canselor dan pemandangan di sebelah sana. Boleh tengok jalan keluar juga. Kadang-kadang pandai traffic jam. Senang sikit nak agak kalau tengok dari sini. ^^

Jadi... say tak lagi bersama-sama Herman dan Syahrul. Mereka berada di bilik sebelah. Jadi dah susun sedikit barang-barang. Tapi sebenarnya saya tak banyak harta benda pun. Tak penat sangat mengemas la. :-)

Saya ada map yang besar. ^^ Yeah!!

Tanaman Baharu di Rumah : Bunga Purple

Bab bunga ni saya memang suka.

Sebenarnya dah lama berkenan tengok bunga abah kat Papar. Cantik sangat macam bunga lavender. Warna purple, pokok kecil saja tanam dalam pasu. Lepas tu susun banyak-banyak.

Then saya cakap kat abah nak minta sikit bunga ni bawa balik tanam di rumah. Tapi abah kata amik saja satu pasu tu. Lepas tu bermulalah sesi penambahan pasu secara kecil-kecilan. Sekarang dah tanam tiga pasu. Secara jujurnya saya pun tak pasti apa nama bunga ni. Orang kata bunga lavender tapi sebenarnya ini bukan lavender. Cuma macam bunga lavender saja. :-)

Ada satu lagi bunga iras lavender yang banyak tumbuh di tepi rumah. Nama bunga tu adalah Angelonia. Senang saja nak tanam. Patahkan sedikit pokok Angelonia kira-kira dalam 15CM dan cucukkan ke tanah. Bunga tu cepat tumbuh dan membiak. ^^
Ni bunga iras lavender tapi saya pun tak sure apa nama sebenar bunga ini

Bunga Angelonia. Banyak tumbuh kat halaman

Bunga Lavender yang sebenar. Dan ada banyak lagi jenis lavender dalam dunia ini

Isnin, 7 Julai 2014

Suka Dera Binatang, Lambat Laun Terima Padahnya

Nampaknya kes mendera binatang makin menjadi-jadi terutama kepada kucing. Sadis. Ada yang sengaja dilanggar, ada yang di kerat-kerat, dipijak hingga mati, digantung dan dihumban ke landasan keretapi. Manusia.... manusia.... mengapa begitu kejam? Adakah hati golongan ini telah ditarik sifat belas kasihannya? Apa faedahnya menzalimi binatang?

Tidakkah mereka rasa bersalah terhadap perkara yang dilakukan? Malah ada yang begitu bangga sehingga boleh update status dalam Facebook atau Twitter. Bagitau dah buat gitu gini kat kucing. Lepas tu bila orang lain marah, mula la tak mengaku status tu dia yang post. Ataupun, ada yang siap menegakkan benang yang basah. Dah salah, dia pergi marah pula balik orang yang tegur dia. Kalau bukan manusia, siapa lagi yang nak tegur kesalahan? Walaubagaimanapun, jika menegur, make sure bahasa yang digunakan tidak kesat. :-) Kan lebih baik begitu?

Jika tak suka kat kucing, bagi saya lebih baik bagi saja kucing tu kat orang lain yang nak. Kalau tak pun, pindahkan di tempat yang ada sumber makanan dan selamat. Senangnya mendapat pahala dengan memberi sedikit makanan kepada kucing. Tapi kenapa pilih nak menzalimi juga? Ish... ish... ish.... Adakah hati itu telah tiada sinar lagi? Sedangkan binatang sendiri tahu erti belas kasihan. Inikan pula manusia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T akal dan fikiran. Sehingga sesama manusia sendiri pun sanggup dibunuh!! Inikan lagi binatang... Haiwan adalah perhiasan di muka bumi ini. Yang patut dijaga dengan baik, bukan dijadikan untuk memuaskan nafsu.

Sedih bila terbaca artikel tentang penganiayaan binatang. Sakit hati. Tak kira tua atau muda, ada yang sanggup menzalimi binatang. Saya ingin bercerita sedikit mengenai pengalaman saya dengan manusia yang tiada perasaan ini. Dulu saya dan kawan-kawan suka main basikal pusing kampung di waktu petang. Masa tu zaman sekolah rendah lagi. Tiba-tiba kami terdengar bunyi kucing mengiaw di hutan bakau. Semakin kami dekat, semakin jelas bunyinya. Alangkah terkejutnya bila kami melihat ada seekor anak kucing dibungkus dalam plastik dan dibiarkan tenggelam di air bakau. Tetapi waktu itu mungkin nasib kucing tersebut baik kerana plastik itu tersangkut di akar kayu bakau. Jadi kiranya separuh tenggelam la. Kawan saya yang sorang lagi tu terus masuk dalam air bakau tu pergi selamatkan anak kucing tu. Kawan saya yang lagi sorang tu bawa ke anak kucing tu ke rumah dia, dan kami beri ia minum susu suam. Lepas tu salah seorang dari kami adopt anak kucing tu. Sedihkan? Kenapa ada yang sanggup nak lemaskan kucing sampai begitu sekali? :'-(

Belum cukup dengan itu, selang beberapa tahun lepas tu ada kes yang lebih kurang sama juga terjadi. Saya seperti biasa pulang dari sekolah. Tiba-tiba terhidu bau kurang enak di tepi jalan. Rupa-rupanya ada plastik hitam yang sedikit terkoyak. Dan dalam plastik hitam itu ialah bangkai kucing!! Astagfirullah..... saya pun tidak tahu sama ada kucing itu telah mati baru dibungkus bersama plastik hitam lalu dibuang begitu sahaja, ataupun kucing yang masih hidup pada mulanya... lalu dibungkus ke dalam plastik sehingga mati. Kejamnya. Kenapa tak kubur saja kucing tu kalau memang awal-awal lagi dah mati? :'-(

Paling saya ingat sehingga sekarang cerita pasal kucing siam saya. Dulu saya ada kucing siam betina. Nama dia Si Putih. Comel kucing tu. Suatu hari kucing tu tiba-tiba lintas jalan, ngam pula ada kereta lalu dia langgar Si Putih di depan saya. Saya terus lari dapatkan Si Putih. Yang peliknya driver tu nampak dia langgar kucing tapi dia tak stop pun. Terus jalan macam tu saja. At least minta la maaf. Huh! Masa tu memang sedih gila sebab saya sayang sangat kat kucing tu. :'-( 

Tapi saya percaya, setiap perbuatan ada balasannya. Setiap perbuatan juga ada perhitungannya kerana ia tergolong dalam dosa besar. Mari saya bagitau contoh bentuk penyeksaan binatang:
  1. Melagakan binatang
  2. Memukul atau menyelar muka binatang
  3. Memisahkan anak dari ibunya
  4. Mengurung sehingga mati kelaparan
  5. Membakar binatang
  6. Membunuh untuk dipersia-sia
  7. Menjadikan sebagai sasaran
Untuk info lebih lanjut mengenai bentuk penyeksaan ini, boleh klik link ini. Blog MeowwMania. Thank you!

Walaubagaimanapun, masih ramai antara kita yang cintakan binatang. Tengok sahaja orang yang update status (dengan bangganya) menzalimi binatang... ramai yang terkena padahnya. Bukan sahaja dicemuh, malah dipaksa bertaubat dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah, ada yang sanggup menghabiskan masa dan duit untuk berbuat kebajikan kepada binatang. Memberi perlindungan, mengubati penyakit dan memberi makan kepada mereka. :-) Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga hidup anda sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Sekian.


Salah satu keratan artikel mengenai penzaliman terhadap anak kucing