Jumaat, 27 Jun 2014

Transformers Age of Extinction : Premier di 1Borneo

Bila tengok Instagram, kawan di Filipina pun pergi menonton premier filem terhebat masa kini, Transformers Age of Extinction. Saya pun sama juga ^^ Hohoho....

Sebenarnya kami berdua dapat dua tiket free untuk menonton filem ini. So malam tu bergegas la konon ke 1Borneo. Masa yang tertera dalam tiket wayang adalah 11.30PM. Sekali sampai.... punyalah ramai orang. Boleh redeem poster dan penanda buku Transformers lagi.

Suka tengok model Bumblebee yang di dirikan di atrium 1 Borneo. Tapi yang paling best bila Bumblebee dan Optimus Prime keluar dari cinema. Ramai orang amik gambar waktu tu. Saya pun sama juga. Teruja benar! ^^ Yeahh!!!

Terserempak ngan kawan-kawan pun ada juga :-)

Dah masuk cinema... tup tup... jam 12.30 AM juga wayang ni main. Mata dari ngantuk dah jadi tak ngantuk. Jam 3.00 AM baru habis! Padahal pagi tu ada sesi fotoshoot lagi. Kena awal bangun. Walaubagaimanapun, cerita ni memang tidak mengecewakan. Kepada yang belum tengok... jom tengok! 

Tambah sikit cerita masa pagi tu kena bangun awal.... Dekat jam 4 pagi baru saya tido sebab sampai rumah dah jam 3.30 AM macam tu. Then....  berus gigi la apa la... tu yang jam 4.00 AM tidur. Jam 7.00 AM dah ada orang call. Sebab pagi tu ada Lawatan dari Pejabat Menteri Besar Pahang. Dah prepare dah semua awal-awal tapi tau la last minit mesti ada nak kena buat. Nak pergi photoshoot tak senang hati. Mata sembam. Tak tau la cam mana hasil gambar nanti. Haha. Harap okay. -_-

Dapat tiket untuk tengok Transformers. Boleh redeem poster dan penanda buku Transformers juga

Walaupun tengah malam, ramai yang sanggup tengok

Bumblebee

Bumblebee keluar dari cinema. Hehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!