Ahad, 29 Jun 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Dengan rasa penuh syukur, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia :-)

Sambutan bulan Ramadhan pada kali ini sedikit berbeza buat saya kerana saya akan menyambutnya bersama Hafiz di samping family masing-masing. Mudah-mudahan keberkatan melimpah ruah untuk kita semua.

Sekarang di airport Terminal 1 sebab nak pergi sambut Nora, baru pulang dari KL. Flight sampai jam 1.00 pagi. Sempena menunggu, tulis blog dulu la. Tadi ada lori accident la pula tak jauh dari rumah di Putatan. Kat area airport pun ada lampu isyarat rosak. Kena langgar kot. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya.

Dah bincang, tahun ni akan beraya di Penang. Terus pergi melancong la sebab saya baru sekali pergi sana. Tu pun pergi area pulau sahaja. Seberang tak pernah jejak lagi. Boleh makan pasembur. Hehehe. In Shaa Allah akan balik Labuan juga.

Di bulan Ramadhan ni, mesti ramai orang akan ke bazaar. Belanja dengan cermat supaya tak membazir. Yalah. Bila puasa, macam-macam nak dimakan. Kuih apam la, martabak, air tebu, mi goreng etc. Mum dah pesan banyak kali, kalau nak beli sikit sahaja. Keluar duit RM2 atau RM3 dah cukup untuk bersungkai. Tak perlu beli banyak sebab takut tak habis. 

Dalam kepala otak dah set nak buat kuih apa. Tahun ni cadang nak buat kuih popia kecil. Adek nak buat kuih cerelec. Haha. Seronok sambut puasa ngan keluarga ni. Baju raya pun dah ready awal. Takut tak sempat buat kalau lambat. Lagipun kakak ipar dah nak deliver baby, In Shaa Allah bulan Ogos ni. Happynya!

Okay. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!