Rabu, 4 Jun 2014

Restoran Dapur di Harbour City

Okay. Kali ni nak promote Restoran Dapur di Harbour City pula. 

Restoran ni baru beberapa tahun dibuka dan terletak sebaris dengan restoran Kak Nong, tak jauh daripada Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu (seberang jalan sahaja). Yang paling best pasal Restoran Dapur, ia mempunyai decoration yang cantik. Simple dan modern. 

Menu makanan pun sedap belaka. Saya makan nasi campur dengan ikan putih goreng rangup-rangup.. minum Teh Lemon O Ais. Manakala Hafiz pula makan set keropok lekor dan Nescafe O Kaw panas. Total kesemuanya RM20.30 sahaja. Lain-lain makanan akan saya try pada masa akan datang. Siap dihidangkan dengan kicap manis ABC lagi. Memang favorite saya la! XD

Sebenarnya owner restoran ini adalah suami kepada pelakon, Liyana Jasmay. Jadi jomlah datang beramai-ramai ke sini Restoran Dapur!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!