Sabtu, 21 Jun 2014

Nak Kata Negatif Pasal Orang Kena Tapis Juga

Biasalah kalau dah marah.... semua nak pergi post dalam Facebook, Twitter.... tulis kat Blog etc. Tak kisah, asalkan bertapis dan ayat tak terlalu kurang gula. Haha. Jadi kalau orang lain baca pun tak ada la terasa sangat dan anggap benda tu macam nasihat.

Okaylah. Saya bagi satu contoh. 'Servis kedai tak bagus'. Contohnya la ada orang tulis kat blog begini. 'Restoran ni dahlah tak sedap, mahal pula tu. Pekerja pun kurang ajar. Lepas ni tak mau la datang sini!'. Apa perasaan anda bila baca ayat cenggini? Mesti rasa tak bestkan? Bagi saya kalau nak kritik orang pun kena ada caranya. Bagaimana pula kalau orang tu tulis dalam blog dia cenggini. 'Environment cantik. Tapi rasa makan dan servis harap boleh diperbaiki lagi. Thank you! ;-)' Apa perasaan bila baca ayat cenggini pula? Tak ada la terasa sangat macam ayat sebelumnya kan?

In my opinion, nak kritik orang ni tengok tempat. Kalau rasa tak puas hati, cakap direct ngan orang tu kan lebih baik. Ni siap amik gambar then buruk-burukkan dalam laman sosial. Then guna perkataan kesat lagi. Last-last orang tu dapat pahala, kita dapat dosa.

Kalau dapat bersabar, harap bersabar la. Kata dalam hati... tak redha dengan perbuatan ini. Kalau orang tu dah betul-betul menjengkelkan, cakap terus kat dia apa kesalahan dia. Tapi ingat! Kata-kata kena bertapis. 

^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!