Isnin, 30 Jun 2014

Mawilla Yacht Club Restaurant

Nak promote restoran seafood di Labuan.

Kalau bekunjung ke Labuan, dan rasa nak makan seafood fresh, boleh ke Mawilla Yacht Club Restaurant yang terletak tak jauh dari Pusat Sukan Air Labuan atau di Muzium Akuarium Ikan.

Di sini ramai orang terutama malam Sabtu dan Ahad. Tempat betul-betul tepi laut. Restoran ini menyediakan bermacam-macam menu. Ikan siakap, ikan kerapu, ketam, kerang, siput, sayur-sayuran dan lain-lain. Boleh pilih nak masak style apa. Nak panggang pun boleh.

Harga di restoran Mawilla sederhana, tidak terlalu mahal atau terlalu murah. Bergantung kepada jenis makanan yang anda order. Hari tu makan ikan siakap masak steam nyonya, sayur kangkung masak belacan, kerang masak halia, sotong goreng tepung dan minum bersama jus tembikai. Jumlah semuanya dibawah RM80. 

Tarikan makan kat sini semestinya terletak di tepi laut. Kawasan parking juga luas dan pengunjung senang nak park kereta. ^^ 


Masa ni tak berapa ramai orang lagi sebab still awal

Jus tembikai


Ikan siakap steam nyonya yang dah habis kami berdua sapu. XD

Bergambar tepi laut. Muka ngantuk -_-