Selasa, 17 Jun 2014

Makan Sup Ikan di Apiwon, Sembulan

Suka makan di Apiwon di Luyang. Sekarang Apiwon dah ada di Sembulan. Kira cawangan baru la ni. Kebetulan hari tu lapar dan tak tau nak makan kat mana. So pilih di Apiwon. Try sup ikan. Sedap.

Apa yang membezakan sup ikan di Apiwon dengan yang lain ialah kuah dan sup ikan Apiwon ada letak sayur.... errr.... tak tau sayur apa tu tapi saya panggil Sayur Licin @ Sayur Raya. Sayur ni kalau masak sup tak akan lebam, tapi kalau goreng atau tumis, pandai layu pula. 

Selain tu ada banyak lagi menu yang best kat sini. Ada bubur, Kon Lou mee, Ngau Cap, mihun sup etc dijual dengan harga berpatutan.

Jom pergi Apiwon!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!