Ahad, 8 Jun 2014

Majlis Resepsi Zetty & Wazli

Walaupun orang kata tengah darah manis tak boleh jalan jauh-jauh, tapi dengan selambanya kami berdua ke rumah orang kahwin yang terletak nun jauh di Ranau.

Pagi tu ada ceramah Ustaz Kazim Elias di Dewan Canselor. Jadi saya pun turunlah sebab dah namanya bertugas. Ramai orang oooh. Ngam pula terjumpa ngan kawan satu kerja saya. Jadi bercerita sakan la. Saya bawa dia pergi minum kejap kat Alam Mesra.

Dah habis ceta, saya balik ke rumah. Kemas rumah.... itu ini, then blah jalan ke Ranau. Masa pergi Ranau tu dah tengahari da.

Jalan punya jalan.... sampai akhirnya. Mak aiiii..... jauhnya kampung ni sampai masuk ke dalam. Sama jalan ngan ke Melinsau hari tu dengan Tun Zaki. Cuma Melinsau tu tambah lagi sejam masuk dalam.

Apa-apa pun saya memang nak pergi juga. Happy gila jumpa Zetty sebab lama dah tak jumpa kan. Ceta itu ini bla bla bla..... siap tarpau kek sedap lagi. Rupanya cousin kepada Wazli ada buka kedai kek kat Papar. Tapi memang sedap kek tu. Satu kek cheese. Satu lagi kek coklat. Zetty kata kalau kat Ranau... majlis sampai jam 12 tengah malam. Dia kata adat Dusun beza sikit dari Semenanjung. Jadi dia tak berapa tau sangat sebab dia bukan orang Dusun. Saya pun tak tau juga. Heheh.

Then dalam jam 5 lebih gitu kami dah balik. Thanx Zetty dapat hadiah kahwin in advance. Suka sangat. Dan terimalah hadiah dari saya juga. Ngehehehehehe.... buka. Jangan tak buka. :-b

Lastly balik ke rumah dah jam 9 lebih sebab singgah pergi beli sayur la, bunga la... singgah makan la. 

Sekarang rasa cam nak demam -_-


Me & Zetty


Beautiful sunset di Kundasang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!