Jumaat, 6 Jun 2014

International Appreciation Night 2014 - My Perspective

Dua malam berturut-turut ada dinner. Malam sebelum tu adalah International Appreciation Dinner 2014 dan malam kedua pula adalah acara perasmian International Conference Education (ICEdu) 2014 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Tapi kali ni nak ceta pasal International Appreciation Dinner. :-)
-
-
-
-
-
-
Ntah. Saya ni jenis yang tak akan balik selagi tak pukul 5 petang. (Kecuali hal-hal yang tidak dapat dielakkan). Jadi saya akan bersiap dari office.... terus ke acara seterusnya. Lagipun tak berbaloi juga kalau nak balik sebab rumah jauhhhhh.... Tak apa la since office pun ada toilet, tak ada masalah nak bersiap. Hari tu kebetulan puasa, jadi singgah buka puasa dulu sebelum ke acara.

Ramai juga yang hadir pada waktu tu. Pensyarah-pensyarah fakulti di UMS, konsulat Jeneral, wakil kepada duta dan lain-lain lagi. Meriah bebenar. Ada juga tarian daripada Sekolah Indonesia, persembahan dari students antarabangsa etc. Seronok tengok. Pengacara malam tu adalah Dewi dan sorang partner tapi tak ingat pula saya nama dia. Syabas!! Since saya dah lama tak menjadi Emcee...bakat tu pun dah berkarat. Ahahaha! XD Memang tak boleh blah.

Acara berakhir kira-kira jam 10 malam.

Kredit to all staff sokongan yang terlibat dalam mengendalikan acara ini. Usaha anda semua memng tip top!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!