Isnin, 30 Jun 2014

List of Bridal Photography in Sabah

Mawilla Yacht Club Restaurant

Nak promote restoran seafood di Labuan.

Kalau bekunjung ke Labuan, dan rasa nak makan seafood fresh, boleh ke Mawilla Yacht Club Restaurant yang terletak tak jauh dari Pusat Sukan Air Labuan atau di Muzium Akuarium Ikan.

Di sini ramai orang terutama malam Sabtu dan Ahad. Tempat betul-betul tepi laut. Restoran ini menyediakan bermacam-macam menu. Ikan siakap, ikan kerapu, ketam, kerang, siput, sayur-sayuran dan lain-lain. Boleh pilih nak masak style apa. Nak panggang pun boleh.

Harga di restoran Mawilla sederhana, tidak terlalu mahal atau terlalu murah. Bergantung kepada jenis makanan yang anda order. Hari tu makan ikan siakap masak steam nyonya, sayur kangkung masak belacan, kerang masak halia, sotong goreng tepung dan minum bersama jus tembikai. Jumlah semuanya dibawah RM80. 

Tarikan makan kat sini semestinya terletak di tepi laut. Kawasan parking juga luas dan pengunjung senang nak park kereta. ^^ 


Masa ni tak berapa ramai orang lagi sebab still awal

Jus tembikai


Ikan siakap steam nyonya yang dah habis kami berdua sapu. XD

Bergambar tepi laut. Muka ngantuk -_-

Ahad, 29 Jun 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t

Dengan rasa penuh syukur, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia :-)

Sambutan bulan Ramadhan pada kali ini sedikit berbeza buat saya kerana saya akan menyambutnya bersama Hafiz di samping family masing-masing. Mudah-mudahan keberkatan melimpah ruah untuk kita semua.

Sekarang di airport Terminal 1 sebab nak pergi sambut Nora, baru pulang dari KL. Flight sampai jam 1.00 pagi. Sempena menunggu, tulis blog dulu la. Tadi ada lori accident la pula tak jauh dari rumah di Putatan. Kat area airport pun ada lampu isyarat rosak. Kena langgar kot. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya.

Dah bincang, tahun ni akan beraya di Penang. Terus pergi melancong la sebab saya baru sekali pergi sana. Tu pun pergi area pulau sahaja. Seberang tak pernah jejak lagi. Boleh makan pasembur. Hehehe. In Shaa Allah akan balik Labuan juga.

Di bulan Ramadhan ni, mesti ramai orang akan ke bazaar. Belanja dengan cermat supaya tak membazir. Yalah. Bila puasa, macam-macam nak dimakan. Kuih apam la, martabak, air tebu, mi goreng etc. Mum dah pesan banyak kali, kalau nak beli sikit sahaja. Keluar duit RM2 atau RM3 dah cukup untuk bersungkai. Tak perlu beli banyak sebab takut tak habis. 

Dalam kepala otak dah set nak buat kuih apa. Tahun ni cadang nak buat kuih popia kecil. Adek nak buat kuih cerelec. Haha. Seronok sambut puasa ngan keluarga ni. Baju raya pun dah ready awal. Takut tak sempat buat kalau lambat. Lagipun kakak ipar dah nak deliver baby, In Shaa Allah bulan Ogos ni. Happynya!

Okay. Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada anda semua.

Jumaat, 27 Jun 2014

Transformers Age of Extinction : Premier di 1Borneo

Bila tengok Instagram, kawan di Filipina pun pergi menonton premier filem terhebat masa kini, Transformers Age of Extinction. Saya pun sama juga ^^ Hohoho....

Sebenarnya kami berdua dapat dua tiket free untuk menonton filem ini. So malam tu bergegas la konon ke 1Borneo. Masa yang tertera dalam tiket wayang adalah 11.30PM. Sekali sampai.... punyalah ramai orang. Boleh redeem poster dan penanda buku Transformers lagi.

Suka tengok model Bumblebee yang di dirikan di atrium 1 Borneo. Tapi yang paling best bila Bumblebee dan Optimus Prime keluar dari cinema. Ramai orang amik gambar waktu tu. Saya pun sama juga. Teruja benar! ^^ Yeahh!!!

Terserempak ngan kawan-kawan pun ada juga :-)

Dah masuk cinema... tup tup... jam 12.30 AM juga wayang ni main. Mata dari ngantuk dah jadi tak ngantuk. Jam 3.00 AM baru habis! Padahal pagi tu ada sesi fotoshoot lagi. Kena awal bangun. Walaubagaimanapun, cerita ni memang tidak mengecewakan. Kepada yang belum tengok... jom tengok! 

Tambah sikit cerita masa pagi tu kena bangun awal.... Dekat jam 4 pagi baru saya tido sebab sampai rumah dah jam 3.30 AM macam tu. Then....  berus gigi la apa la... tu yang jam 4.00 AM tidur. Jam 7.00 AM dah ada orang call. Sebab pagi tu ada Lawatan dari Pejabat Menteri Besar Pahang. Dah prepare dah semua awal-awal tapi tau la last minit mesti ada nak kena buat. Nak pergi photoshoot tak senang hati. Mata sembam. Tak tau la cam mana hasil gambar nanti. Haha. Harap okay. -_-

Dapat tiket untuk tengok Transformers. Boleh redeem poster dan penanda buku Transformers juga

Walaupun tengah malam, ramai yang sanggup tengok

Bumblebee

Bumblebee keluar dari cinema. Hehe


Isnin, 23 Jun 2014

Dream Catcher for Friend

Yeahhhh.....! Baru-baru ni terjumpa dua booth yang menjual dream catcher. Satu kat airport KKIA Terminal 2 di Tanjung Aru, satu lagi di Centre Point. Kepada peminat dream catcher, jom beli beramai-ramai.

Ingat nak belikan untuk kawan sebab kebetulan dia birthday pula hari tu. Jadi saya decide untuk belikan dia satu dan satu lagi untuk saya la. Haha! XD. Yang warna kuning ni untuk dia. Dan yang warna hijau tu untuk saya nak gantung kat bilik. Sebenarnya dream catcher yang dijual ini available dalam beberapa saiz dan warna. Yang ni saya beli dengan harga RM18 sahaja. Ada yang lebih besar dari ini dan ada yang lebih kecil, sesuai digantung di kereta.

Cerita pasal dream catcher. .. ada satu dream catcher yang paling saya sayang. Hadiah dari lecturer yang dibeli dari Kanada. Sekarang lecturer tu dah pindah. Sayang sangat kat dream catcher tu. Sentimental value tu tinggi ooooo.....  ^^



-
-
-
-
-
-
From Dr Basim :-)

Review : Eyekan Contact Lens Box

Kepada peminat contact lens dan inginkan penjagaan yang rapi, boleh beli eyekan contact lens box dengan harga murah. Actually mana-mana kedai cermin mata juga menjual box untuk kanta mata tapi setakat ni.... ini adalah my favorite brand. eyekan. Saya beli dengan harga RM5 sahaja di kedai cermin mata dalam kedai Servay Supermarket, Putatan. 


Kenapa saya suka eyekan contact lens box? Kerana box ini lengkap dengan tempat simpan kanta mata, botol untuk solutions contact lens, pengepit dan spatula (spatula??) sekali. Box ini juga available dalam beberapa warna lain iaitu hitam, biru dan pink.  

Sebenarnya ada pelbagai lagi jenama contact lens box yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Anda hanya perlu memilih warna kegemaran anda! :-)


Foto kredit to Google search

Sabtu, 21 Jun 2014

Cara Elak Mengantuk Semasa Memandu

Memandu jauh biasanya membuatkan kita rasa letih dan mengantuk. My dad dulu biasa memandu jauh. Dahlah drive laju.... but that's my dad. 

Pernah tak rasa diri betul-betul ngantuk sampai driving pun dah rasa pening? Pas tu boleh tertidur lagi masa tunggu traffic light tukar hijau? Haha. Yang pastinya saya pernah rasa.

Okaylah. Nak bagi tips supaya tak ngantuk masa driving.
  1. Pastikan cukup tidur sebelum memulakan perjalanan.
  2. Bawa minuman seperti coffee untuk elak ngantuk. Kepada yang tak minum coffee, boleh juga minum air perisa lain. Jangan lupa bawa mineral water! Banyak kegunaannya selain untuk minum seperti untuk cuci tangan, isi air kereta etc.
  3. Hisap gula-gula atau kunyah chewing gum.
  4. Kalau tak tahan ngantuk, singgah tido tepi jalan. Tido kejap bagi hilang ngantuk.
  5. Ganti driver ngan kawan di tempat duduk sebelah. (Drive berganti-ganti). 
  6. Kalau tengah ngantuk jangan drive laju. Bahaya! Sambil drive tu sambil geliat sikit badan.
  7. Lap muka ngan tisu basah atau percik muka ngan sedikit air.

The best advice adalah singgah tidur kejap. Jangan paksa mata tu terbuka. Bahaya!

Nak Kata Negatif Pasal Orang Kena Tapis Juga

Biasalah kalau dah marah.... semua nak pergi post dalam Facebook, Twitter.... tulis kat Blog etc. Tak kisah, asalkan bertapis dan ayat tak terlalu kurang gula. Haha. Jadi kalau orang lain baca pun tak ada la terasa sangat dan anggap benda tu macam nasihat.

Okaylah. Saya bagi satu contoh. 'Servis kedai tak bagus'. Contohnya la ada orang tulis kat blog begini. 'Restoran ni dahlah tak sedap, mahal pula tu. Pekerja pun kurang ajar. Lepas ni tak mau la datang sini!'. Apa perasaan anda bila baca ayat cenggini? Mesti rasa tak bestkan? Bagi saya kalau nak kritik orang pun kena ada caranya. Bagaimana pula kalau orang tu tulis dalam blog dia cenggini. 'Environment cantik. Tapi rasa makan dan servis harap boleh diperbaiki lagi. Thank you! ;-)' Apa perasaan bila baca ayat cenggini pula? Tak ada la terasa sangat macam ayat sebelumnya kan?

In my opinion, nak kritik orang ni tengok tempat. Kalau rasa tak puas hati, cakap direct ngan orang tu kan lebih baik. Ni siap amik gambar then buruk-burukkan dalam laman sosial. Then guna perkataan kesat lagi. Last-last orang tu dapat pahala, kita dapat dosa.

Kalau dapat bersabar, harap bersabar la. Kata dalam hati... tak redha dengan perbuatan ini. Kalau orang tu dah betul-betul menjengkelkan, cakap terus kat dia apa kesalahan dia. Tapi ingat! Kata-kata kena bertapis. 

^^

O'Briens Irish Sandwich Cafe di KKIA1

Kalau rasa nak makan sandwich sedap leh makan kat O'Briens. Di Kota Kinabalu boleh cari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 1. Ada bermacam jenis sandwich yang available... atau nak resepi sendiri pun boleh juga. Dibuat fresh untuk anda.

Saya tak ingat apa jenis sandwich saya pilih ni tapi antara yang terHOT di O'Briens. Harga RM18. Rasa berbeza dengan sandwich biasa kerana keju yang digunakan adalah special. Bila makan then cair di mulut... wah! Memang best. Makan masa roti tengah panas sangat sedap... dah sejuk pun tetap sedap juga. Selain sandwich, ada juga jual cold atau hot drinks, burger dan lain-lain.

Tak rugi try tau!


Best!

Holi... Holi... Holiday!

Sebelum start bekerja mesti ada holidaynya dulu. Hehehe.... kali ni amik cuti agak lama juga So boleh rehat sepuas-puasnya ^^

Memandangkan saya dan Hafiz sama-sama suka pantai, so kami memilih untuk berholiday di tempat yang ada pantai. A vey nice place to visit, betul-betul menenangkan jiwa. Tempat yang indah, mesra alam dan yang paling best.... boleh makan seafood ♡. Hihi... jadi kami dah ready tentatif perjalanan. :-)

Saya makan dua ekor udang kara dengan harga percuma. Aiyo!! Tak kisah jerawat naik, udang kara tetap udang kara. Siapa tak suka, kan? Rasanya hari-hari makan seafood. Then shopping bermacam benda. Bahagia hidup. Dapat angpow banyak boleh shopping lebih. Lain-lain simpan dalam bank. Ngehehehe.

So I think this place is very nice compared to tempat-tempat yang sibuk. The sound of wave, burung, alam semulajadi yang hijau.... less people, less polution. Beautiful creation of Allah S.W.T. Then.... sunset yang cantik lagi.... makanan yang enak.... thumbs up! ♡

Tak lama lagi dah nak masuk kerja dah. :-) Rindu ngan kawan-kawan. Rindu nak bergurau-gurau. Ramai lagi yang tak sempat datang hari tu nak bagi hadiah. Ok thanks!! Nak jadi busy balik. 

Status pun dah tukar daaaa.... Cik to Puan. Tak kisah. ^^

Till then.

Soft coral

Air laut surut
Matahari terbenam



Makan lobster banyak menyebabkan muka naik jerawat! Tapi tetap nak makan!!!


Resort yang best

Selasa, 17 Jun 2014

Makan Sup Ikan di Apiwon, Sembulan

Suka makan di Apiwon di Luyang. Sekarang Apiwon dah ada di Sembulan. Kira cawangan baru la ni. Kebetulan hari tu lapar dan tak tau nak makan kat mana. So pilih di Apiwon. Try sup ikan. Sedap.

Apa yang membezakan sup ikan di Apiwon dengan yang lain ialah kuah dan sup ikan Apiwon ada letak sayur.... errr.... tak tau sayur apa tu tapi saya panggil Sayur Licin @ Sayur Raya. Sayur ni kalau masak sup tak akan lebam, tapi kalau goreng atau tumis, pandai layu pula. 

Selain tu ada banyak lagi menu yang best kat sini. Ada bubur, Kon Lou mee, Ngau Cap, mihun sup etc dijual dengan harga berpatutan.

Jom pergi Apiwon!

Isnin, 16 Jun 2014

Another Chapter of My Life

Adoi. Lama tak update blog. Minta maaf sangat-sangat sebab kebelakangan ni agak busy.

Jadi dengan ini bermulanya kehidupan baru saya. :-) Nak minta maaf sekali lagi sebab just upload dua tiga gambar dalam Facebook dan Instagram. Bukan tak nak upload banyak-banyak.... In Shaa Allah akan upload juga lagi nanti. Thank you to all my friends and family yang wish kat kami berdua. ♥♥♥

Dan juga yang attend ke majlis kami.... a very big thank you to all of you! Friends from school Zianaliza, Salmia and the rest... from UMS, Radi and friends from silat, Khalisa etc... Friend from PLKN - Fida. Ms. Waidah, Hammie, Lee and Jurinah and everybody, Dr. Tan, Dr Daw, Datuk VC, Datuk Kassim, Prof Shahril, Yusdi from IPMB, all staff from Canselori etc... my childhood friends Ika and Ija, saudara mara saya... my brother, sis and semua-semua yang hadir!! Ramai yang tak tersebut nama. I love all of you and thanks for coming to our event! Thanks to the management of Tabung Haji Hotel yang bantu saya aturkan segalanya. AZ Bridal, I love your work. Henna Touch Kota Kinabalu yang sangat awesome bikin henna. Azian Bridal, thank you for Hafiz punya baju pengantin.. hehe. The makeup team, kak Mimi... kak Ivy. Thanks Papai, my schoolmate tolong supply the button bunga for AJK, to Yusdi yang supply itu kerepek pisang best.♥ And of course to my mum yang saya tau penat uruskan itu ini untuk saya. My aunty, my dad dan lain-lain. I don't know how to express lagi but I wanna say thank you once again (from the bottom of my heart). ♥

This week saya bercuti. So boleh bermalas-malasan sebentar. Walaupun dalam fikiran dah start fikir pasal kerja, still boleh cool down lagi. ;-) Friends tak nak kacau saya bercuti. Thank you guys. So after this rasanya ada sedikit kelainan sebab dah ada orang teman di sebelah saya. :-) Dan dah ada tolong saya buat kerja rumah... haha!

This is another chapter of my life dan disinilah bermulanya kehidupan saya. Saya bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.

Be a good wife. ♥

From Henna Touch Kota Kinabalu

Thanks Papai!

From AZ Bridal. My pelamin ^^

Khamis, 12 Jun 2014

Seriously Annoying : Nombor Suka Potong Kredit

Yeap. My mum selalu complain kredit handphone dia selalu kena potong. Sekali potong dalam RM2.50. Biasanya akan kena potong dua kali sehari. Reload RM30, selang beberapa hari dah habis.

Dah try disable advertisment la, ubah MMS setting la... apa la, tapi still kredit kena potong. Saya pun search la dalam internet macam mana nak disable bendalah ni. Rupa-rupanya ramai lagi yang dah kena! Memang teruk la iklan tu. Kaut keuntungan orang dengan cara potong kredit, padahal orang tak langgan pun.

Jadi untuk stopkan iklan tu, masuk ke dalam handphone, boleh taip STOPMMS / STOPALL dan hantar ke nombor tersebut. Contohnya STOPMMS (send to 39336 atau 36669 atau 33060 atau 39611) atau STOP ALL (send to 22022).

Lepas tu akan ada reply dari iklan-iklan ni, bagitau langganan MMS dah diberhentikan.


Selamat mencuba :-)

Rabu, 11 Jun 2014

Story Story Dulu

Stop jahit manik. Nak baring.

Birthday saya 26 September. Zira 27 September sama ngan adek saya. Birthday Hafiz 13 Jun, birthday Razit pula 14 Jun. Hehehe. Kebetulan kot.

Baru-baru ni kurang update blog. Maklumlah. Banyak preparation kena buat. Tapi bagus juga dari tak update langsung (menyedapkan hati sendiri). Syukur alhamdulillah. Banyak perkara yang dah selesai. Lega rasa hati. Tinggal nak polish sikit saja. Grand total... ka ching!! $$$ Tak nak sebut.

Jadi pada 13 Jun ini akan lebih meriah kerana saya dah belikan Hafiz sesuatu yang special. Ngehehe. Sebenarnya ada belikan dua macam barangan tapi satu dah digunakan untuk tujuan lain. Jadi tinggal satu la untuk birthday. Ada birthday, ada kek. Masih fikir nak kek perisa apa. Kek Baskin & Robins tu nampak cantik dan sedap pula.

Actually siang tadi kami mencari kerongsang bulan bintang. Tapi susah betul nak dapat. Sebelum tu dah cari kat kedai TAMMA di KK Plaza tapi tak ada. Then pergi ke TAMMA Wisma Muis pun tak ada. Jalan punya jalan sekitar sana. jumpa pula di kedai lain! Tu pun tinggal dua set. Satu warna gold, satu lagi warna silver.

Oh ya. Actually dah hilang berat sedikit. Mula-mula tak perasan tapi bila pakai jeans dah longgar sikit. Then try dress pun dah longgar. Bagus jugalah tapi pas ni mungkin akan jadi lebih kurus sebab nak dekat bulan puasa. Seronok juga jadi kurus ni. Baju semua muat. Tapi kalau nak yang perfect body, kena berisi sikit barulah cantik. Betul tak? Hih.

My friend dah pulang from Paris. Dan dia belikan saya ole-ole. Keychain Paris! Yeaahhh! Seronok tengok orang berjalan-jalan. Siapa tak nak ke Paris kan? 

Betul-betul tak sedar umur dah makin meningkat. Tak lama lagi akan masuk three series dah. Aiyah! Kalau dulu sweet sixteen. Sekarang tak tau dah nak sweet apa benda lagi. Dah tua dah. -_- By the way still mengaku 26 tahun sebab belum birthday lagi. Hohoho! ^o^

Roti planta

Seafood (seafood???!!!) Spring Roll

Tak habis-habis gambar blur!

Ahad, 8 Jun 2014

Majlis Resepsi Zetty & Wazli

Walaupun orang kata tengah darah manis tak boleh jalan jauh-jauh, tapi dengan selambanya kami berdua ke rumah orang kahwin yang terletak nun jauh di Ranau.

Pagi tu ada ceramah Ustaz Kazim Elias di Dewan Canselor. Jadi saya pun turunlah sebab dah namanya bertugas. Ramai orang oooh. Ngam pula terjumpa ngan kawan satu kerja saya. Jadi bercerita sakan la. Saya bawa dia pergi minum kejap kat Alam Mesra.

Dah habis ceta, saya balik ke rumah. Kemas rumah.... itu ini, then blah jalan ke Ranau. Masa pergi Ranau tu dah tengahari da.

Jalan punya jalan.... sampai akhirnya. Mak aiiii..... jauhnya kampung ni sampai masuk ke dalam. Sama jalan ngan ke Melinsau hari tu dengan Tun Zaki. Cuma Melinsau tu tambah lagi sejam masuk dalam.

Apa-apa pun saya memang nak pergi juga. Happy gila jumpa Zetty sebab lama dah tak jumpa kan. Ceta itu ini bla bla bla..... siap tarpau kek sedap lagi. Rupanya cousin kepada Wazli ada buka kedai kek kat Papar. Tapi memang sedap kek tu. Satu kek cheese. Satu lagi kek coklat. Zetty kata kalau kat Ranau... majlis sampai jam 12 tengah malam. Dia kata adat Dusun beza sikit dari Semenanjung. Jadi dia tak berapa tau sangat sebab dia bukan orang Dusun. Saya pun tak tau juga. Heheh.

Then dalam jam 5 lebih gitu kami dah balik. Thanx Zetty dapat hadiah kahwin in advance. Suka sangat. Dan terimalah hadiah dari saya juga. Ngehehehehehe.... buka. Jangan tak buka. :-b

Lastly balik ke rumah dah jam 9 lebih sebab singgah pergi beli sayur la, bunga la... singgah makan la. 

Sekarang rasa cam nak demam -_-


Me & Zetty


Beautiful sunset di Kundasang

Jumaat, 6 Jun 2014

International Appreciation Night 2014 - My Perspective

Dua malam berturut-turut ada dinner. Malam sebelum tu adalah International Appreciation Dinner 2014 dan malam kedua pula adalah acara perasmian International Conference Education (ICEdu) 2014 yang dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Tapi kali ni nak ceta pasal International Appreciation Dinner. :-)
-
-
-
-
-
-
Ntah. Saya ni jenis yang tak akan balik selagi tak pukul 5 petang. (Kecuali hal-hal yang tidak dapat dielakkan). Jadi saya akan bersiap dari office.... terus ke acara seterusnya. Lagipun tak berbaloi juga kalau nak balik sebab rumah jauhhhhh.... Tak apa la since office pun ada toilet, tak ada masalah nak bersiap. Hari tu kebetulan puasa, jadi singgah buka puasa dulu sebelum ke acara.

Ramai juga yang hadir pada waktu tu. Pensyarah-pensyarah fakulti di UMS, konsulat Jeneral, wakil kepada duta dan lain-lain lagi. Meriah bebenar. Ada juga tarian daripada Sekolah Indonesia, persembahan dari students antarabangsa etc. Seronok tengok. Pengacara malam tu adalah Dewi dan sorang partner tapi tak ingat pula saya nama dia. Syabas!! Since saya dah lama tak menjadi Emcee...bakat tu pun dah berkarat. Ahahaha! XD Memang tak boleh blah.

Acara berakhir kira-kira jam 10 malam.

Kredit to all staff sokongan yang terlibat dalam mengendalikan acara ini. Usaha anda semua memng tip top!