Selasa, 20 Mei 2014

To Share or Not to Share

Ada banyak benda yang anda boleh share dalam blog anda. Lifestyle, fashion, hiburan dan macam-macam lagi. Tapi ada juga benda yang kita tak boleh share sesuka hati kerana hanya akan membawa masalah.


To share
Seronok kalau dapat kongsi info kepada yang lain. Biasanya para pembaca akan tertarik jika blog anda mempunyai gambar-gambar menarik, tips yang baik, blog yang sentiasa update dan tidak terlalu sarat dengan tulisan. Tidak salah juga untuk kongsikan kisah atau pengalaman anda. Jika anda mempunyai pembaca setia, dah tentu mereka akan sentiasa mengikuti perkembangan anda dari masa ke semasa. Tulislah yang baik-baik supaya setiap maklumat yang dikongsikan boleh dimanfaatkan. Kongsikan tips memasak, product review, 10 senarai permainan PC terbaik sepanjang masa atau nasihat dalam percintaan kepada teman pembaca sekalian mengikut genre blog anda.

Selain menaip blog untuk mengisi masa lapang, tugas seorang blogger juga adalah menghiburkan dan menyampaikan maklumat kepada para pembaca. Gambar yang didalam blog menjadi lebih menarik jika ianya adalah gambar milik sendiri dan tidak pernah lagi diterbitkan di mana-mana tempat. Layout yang menarik juga dapat menarik perhatian pembaca sekalian. ^^

Apakah kemahuan pembaca? Jika ingin mengetahui apa sebenarnya yang dicari oleh pembaca, anda boleh lihat melalui trafik blog anda. Ia sedikit sebanyak membolehkan anda membuat analisa dan membantu mencapai kemahuan pembaca melalui entry yang diterbitkan.

Ada banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama dan ada kalanya perkara tersebut tidak perlu disiarkan.


Not to share
Blog diterbitkan dan boleh dibaca oleh individu diseluruh dunia, tertakluk dengan setting yang dikenakan. Setengah isu begitu sensitif dan tidak boleh ditulis sesuka hati terutama hal melibatkan agama dan politik, takut mengundang kontroversi. Setiap perkara yang ingin disiarkan perlu dipastikan agar isi kandungan tidak menganggu kenteraman mana-mana pihak.

Tidak perlulah menceritakan hal peribadi yang kurang enak dibaca seperti cerita pasangan anda yang suka buat hal, cerita hidup anda yang kurang gembira atau lain-lain lagi. Persepsi pembaca juga akan turut berubah dan pastinya mereka akan menganggap anda sebagai seorang pesimis. Ya betul. Sesetengah orang menjadikan blog sebagai online diary. Tetapi adakah masalah 'rumah tangga' juga perlu diceritakan? Saya berkata tidak.

Gaya penulisan itu penting. Bahasa yang digunakan juga penting. Tidak salah untuk menggunakan bahasa pasar untuk blog lebih santai. Tetapi penggunaan bahasa yang kurang sopan tentunya tidak manis dipandang serta tidak sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. 

- End -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!