Isnin, 26 Mei 2014

Sincere to Your Heart

Apa-apa perbuatan dimulakan dengan niat. Bila niat kita baik, perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat berkat. Sometimes orang yang nak buat baik tiba-tibalah datang masalah yang bermacam-macam.
 
Contohnya orang tu nak pergi masjid, masa tu la juga keta tiba-tiba rosak. Biasanya akan datang la musibah seperti itu. Sebaiknya kita harus bersabar dan ingat bahawa semua itu berlaku ada hikmahnya. 

Hidup di dunia ini banyak cabarannya. Saya sendiri pun kadang-kala pandai mengikut perasaan jika masalah itu terlalu membebankan otak. Lumrah manusia... .. . In Shaa Allah akan sentiasa memperbaiki diri.

Bila niat kita untuk melaksanakan suatu perkara demi kebaikan, itu tandanya hati kita masih ada iman. Janganlah kita berbuat sesuatu untuk mendapat pujian, sanjungan atau perhatian kerana hasilnya hanyalah sementara.

-
-
-
-
-
-
Cuba tanya dengan diri sendiri dahulu kenapa kita ingin melakukan perkara tersebut... .. Niat itu penting.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!