Isnin, 26 Mei 2014

Simpang Mengayau, Kudat yang Cantik


Hari tu masa YABhg Tun buat lawatan ke Kudat, sempat bawa beliau ke Tanjung Simpang Mengayau a.k.a Tip of Borneo. Perasan tak Sabah ada dua 'tanduk' (cuba tengok peta Sabah).... tanduk sebelah kiri tu adalah dimana ia terletak. 

Menyelam sambil minum air. Kebetulan masa 21 Mei 2014 hari tu ada lawatan ke RMEC Sikuati, Kudat. Tu yang terus pergi melawat ke Simpang Mengayau tu. Hari pun cerah dan laut agak tenang. Memang hari tu adalah hari yang sesuai ^^

Dulu tempat ni digelar sebagai Tanjung Sampang Mangazau (union battle cape) khususnya oleh etnik Rungus. Ini kerana pada zaman dahulu disinilah berlakunya pertempuran dengan Lanun Moro ataupun disebut juga sebagai Sulu Pirates. Mereka suka mendarat kat Simpang Mengayau. Tu yang jadi huru hara tu. (Sumber Wikipedia)


Benda yang paling famos kat Simpang Mengayau ni selain dari batu yang mendatar.... adalah bronze globe. Ni dari saya kecil sampai la sekarang, structure ni masih teguh lagi. Sekeliling dah berubah kecuali benda ni.



Bila tengok laut, nampak macam laut tu bulat saja. Cantik! Tak jauh dari sini boleh nampak rumah api di sebuah pulau kecil berdekatan. Dulu saya pernah juga pergi sini tapi ntah tahun bila masa tu. Masa sekolah lagi.... rasanya masa Tingkatan 4 kot. Sekarang dah ada challet dan gerai-gerai kecil kat tepi pantai. Lepas melawat ke sana sempat jugalah kami duduk lepak minum di gerai berhampiran. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!