Jumaat, 2 Mei 2014

Selamat Hari Pekerja, 1st of May! : Aktiviti Saya

Kalau nak kata hari pekerja, memang jawapannya saya duduk berehat di rumah. Alangkah indahnya perasaan bermalas-malasan di rumah. Wuh!!

Okay la. Pagi tu saya macam biasalah bangun awal. Then jam 6 pagi, hantar my adek ke airport sebab budak tu nak pergi Kuala Lumpur. Dah siap hantar adek, balik rumah, kacau-kacau kucing... lepas tu buat senaman. Dah berpeluh banyak..... sempat pergi buat sarapan. Kali ni masak cucur bubuk. Bubuk tu udang yang kecil-kecil orang selalu buat belacan atau cencaluk. Nak ketahui resepi cucur bubuk boleh klik link ini.

Then dekat tengahari bawa mum makan di Restoran Sinar Mustika, Putatan. Teringin nak makan soto. Haha... Terus pergi beli kain langsir yang memang susah saya pilih (sebab semua cantik... mata jadi rambang). Ingat nak pergi beli kain cadar sebab saya ada mention kat Felix nak membeli kain cadar kalau ada diskaun. Tak jadi pula. Wuhuhuhuhu. 

Petang tu siap-siap sediakan bahan untuk masak makan malam. Tak ada idea nak masak ayam apa. Nak try masak sesuatu yang berbeza. Oleh itu, kali ni masak ayam panggang menggunakan pemanggang ajaib (ikut buku resepi). Ramuannya berbeza sedikit dan bila ayam tu dipanggang, bau harum semerbak kat dapur. Then masak sayur kubis panjang + udang segar. Nak resepi bagitau saya tau!

Saya suka jahit manik baju. Malam tu sambung menjahit manik pula. ^^ 

Itulah aktiviti saya sepanjang cuti hari pekerja. All domestic works tapi fun.

Sayur kubis panjang + udang segar

Ayam panggang istimewa

Si Putih tido

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!