Selasa, 20 Mei 2014

Same Room.... Different Deco

Mengemas rumah ni seronok.

Jadi saya dan adek pun bersemangatlah pergi membeli barang untuk mengemas bilik. Beli wallpaper la... langsir ready made la apa la. Sebenarnya langsir my mum dah buatkan. Cuma nampak gelap pula. Jadi tukar langsir baharu..... Kebetulan langsir yang ready made tu nampak cantik. Apa lagi... beli terus la. 

Semangat nak tampal wallpaper. Nampak senang saja orang kat Youtube tu tampal, sekali tengok tak juga senang. Wohohooo.. Lastly pasang kat bilik my adek sajalah sebab bilik dia kecil sikit. Dan barang-barang tak berapa banyak nak kena pindah. Nak beli wallpaper dan banyak lagi barang-barang cantik, boleh singgah kedai Kaison.

Ni la wallpaper yang saya dan adek lekat. Boleh tahan jugalah hasilnya untuk amateur seperti kami. XD Harap bertahan lama la

Langsir baharu.Warna hitam putih. Suka corak daun. Hari tu sebelum beli langsir ni, mum dah buatkan langsir. Mula-mula nak pilih corak bunga matahari, warna putih hitam. Tapi tak cukup panjang pula. Sama design cam ni cuma corak tukar ke bunga matahari. ^^ Corak ni pun cantik juga. 

Kenapa saya letak La Tour Eiffel di meja tepi katil saya? Ha... begini cetanya. Saya suka Eiffel Tower kerana sejarahnya yang menarik. Structure ni dah lama dibina iaitu semenjak tahun 1887. Sekarang usianya dah 127 tahun. Walaubagaimanapun struktur ini masih utuh dan dikunjungi oleh berjuta pelancong pada setiap tahun. Terletak di Champ De Mars dan sering dikaitkan dengan kisah cinta yang romantik, tapi saya melihat Eiffel Tower dari sudut yang berbeza. Saya suka sejarah. Oleh kerana sejarah pembinaan Eiffel Tower begitu unik, saya tertarik dengan struktur ini. Tidak ada struktur sebegini rupa selain Menara Eiffel. (Rindu nak cakap French balik ngan kawan-kawan belajar dulu. So we did it sometimes dalam Facebook).

Perasan tak table lamp dalam gambar ni? Sebenarnya itu adalah barangan vintage dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Lampu tu dah lama. Rasanya dah 30 tahun atau lebih kot. Sekarang dah tak ada jual lampu macam tu lagi. Saya ada various collection of vintage item dan saya harap boleh ceritakan tentang benda ini di entry akan datang. ^^

Bila me and my friends cakap bahasa Perancis. (Eksen!)

 Saya suka Eiffel kerana ini. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!