Sabtu, 10 Mei 2014

One Fine Day :-)

Eyyyaiiii!! Hari ni ikut Hafiz tengok tapak aktiviti untuk 18 Mei 2014 di Kimanis. :-)

Sebelum tu pagi-pagi lagi dah buat segala domestic works termasuk cuci kain, jemur kain, sapu lantai etc. Dan yang paling best hari ni masak sup jagung, panggang sosej dan buat kerabu mangga. ^^ Weeehhoooo. 

Singgah sebentar di Papar untuk makan tengahari. Hafiz dan kawan-kawan lain makan, tapi saya tak makan sebab tadi kat rumah dan makan dah. Tiba-tiba ada satu kucing warna oren datang ke meja kami. Dia duduk then baring. Manja betul. ^^ 

Dah siap pergi melawat, sempat singgah ke tamu Papar. Bermacam-macam yang dijual kat sana. Sayur-sayuran, buah-buahan, kuih muih, ikan panggang, minuman dan pakaian. Seronok tengok. Rambang mata. Ngehehehe...... *_*


Petang tu cuaca cantik sekali. Mula-mula hujan then okay dah. Bila tengok di luar tingkap keta, langit sangat indah. Then yang bestnya dapat tengok api keluar dari serombong  di area Petronas cari gali tu. Selalu juga nampak tiap kali nak lalu balik kampung, tapi perasaan time tengok tu excited. Haha. Ntah apa-apa la saya nih.

Dot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!