Isnin, 5 Mei 2014

Okay! Selesai!

Dengan sukacitanya satu lagi perkara dah selesai dibuat. Kad jemputan! Tinggal nak diedarkan sahaja selepas nama siap disenaraikan. Hari tu dah senarai tapi nak buat perubahan sedikit ^^

Walaubagaimanapun, saya gembira dengan hasil yang ada. Simple but beautiful! Actually design sama ngan Hafiz cuma Hafiz warna lain.. Jadi okaylah kan? Total cost... eerrrr..... biar rahsia. Kalau nak tempah kad jemputan cantik, boleh ke kedai Kad Kahwin yang terletak di Ground Floor, 1Place Mall, Putatan, Sabah. Banyak lagi jenis kad lain yang comel, ikut trend atau yang nampak mewah.

Sebenarnya dah pergi ke kedai tempahan kad jemputan... then esoknya pergi lagi sebab nak confirmkan design banner pula. Oleh kerana tak begitu jauh dari rumah...jadi saya tak ada masalah sangat. After dari kedai Kad Kahwin, kami menuju ke Poliklinik Permai di area Kota Kinabalu sebab kebetulan Hafiz tiba-tiba selsema pula. 

View sikit la


Lepas tu makan kat Lucy Kitchen di 88 Marketplace, Kepayan. Kali ni makan mihun goreng special yang diserved dengan ayam goreng, sambal udang, kacang, ikan bilis goreng, hirisan timun dan sunny egg. Walaupun begitu, sunny egg dan sambal udang terpaksa dilepaskan T.T woooo....... (taboo)

Kelmarin kiranya semua okaylah. Kucing parsi saya kat rumah yang ghaib sekejap tu pun dah balik dah. Kekucing ni tau jam berapa kena bagi makan. Jadi masa tu la mereka pulang rumah. Hehe.

Aihh.... cam lapar pulak

2 ulasan:

Terima kasih!