Rabu, 7 Mei 2014

Mula Kembali Rutin Lama

Sebelum big day kena pastikan semuanya in order. (Baju kena pastikan muat) Hahaha. Dan lain-lain lagi. Jadi start pada hari ini saya mulakan kembali rutin yang dah sekian lama ditinggalkan.... jogging! ^^ Weeee...!!!!

Bermula dari Bangunan Canselori, terus turun singgah di office Hafiz dulu. Then straight ke stadium sukan. Hari ni Hafiz tak berapa sihat tapi kena paksa juga pergi jogging supaya dapat keluarkan toksin dari badan. Tak leh biar layan sangat penyakit. Nanti antibodi tak kuat. Asyik makan ubat, tak ada ubat.. mulalah sakit. Haissshhh!

Dah puas keluarkan peluh, singgah ke kedai burger Nice di King Fisher. Tu kedai burger kengkawan Hafiz kat office. Salute la pagi kerja... petang cari side income. Mudah-mudahan rezeki sentiasa dimurahkan.

Oh ya! Tadi tengahari makan kat kedai ikan bakar di Alam Mesra. Terletak berhadapan dengan kedai Tamma. Best juga makanan di kedai tu. Amat menyelerakan. Ada lagi satu kedai makan kat sana tapi sampai sekarang tak pergi lagi. Kawan saya dah balik-balik suh singgah. In Shaa Allah akan pergi. :-) Jarang pergi area Alam Mesra yang sebelah dalam sikit. Itulah pasal. 

Air teh yang aunty kat Tawau pernah hidangkan saya tu pun saya tak beli lagi. Padahal stokis ada di Alam Mesra. Tapi air teh tu memang best la. Tak perlu letak gula pun dah manis. Boleh buang panas dalam badan. Tak ingat nama dia tapi sure best!

Pas tu sempat singgah lagi ke kedai Tamma membeli brooch bunga yang sangat comel. Dapat harga murah. Baju-baju yang dijual juga ada diskaun. Sempena pembukaan kedai kot. Rambang mata tengok ☆_☆

Sebelum stop menulis di entry ini, nak ucapkan tahniah kepada my sissy la sebab dah deliver baby pada pagi ini. So my anak buah dah ada 3 orang ^^ HoHoHo! Our family getting bigger and bigger! Next one should be my sis in law :-))))) kehappian suda nih!

Jogging!

Pemandangan yang cantik

Beli satu, RM2... beli 3... RM5. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!