Jumaat, 2 Mei 2014

Makan di Restoran Kak Nong, Harbour City

Minta maaf ek. Blog saya memang suka promote makanan dan kedai makan.

Okay kali ni makan di Restoran Kak Nong. Terletak di Harbour City, Kota Kinabalu. Tak jauh daripada Sutera Harbour Resort. Satu baris dengan bank Rakyat dan 7 Eleven. Nah. Ini address yang saya dapat daripada google search:

Address : B26 & 27, Level 1, Block B, Harbour City, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Phone : 088 487 411

Restoran ini ada menyediakan pelbagai menu seperti gado-gado, nasi ayam Kak Nong, burger, rojak, lauk pauk dan banyak lagi. Restoran ini sentiasa dikunjungi oleh pelanggan tak kira masa. Sesiapa yang tak try makan kat sini lagi, jom try sekali. Memang tak akan rugi dan setiap menu yang dipaparkan pasti akan membuatkan kita mouthwatering. 

Yang bestnya restoran ini juga ada menyediakan menu special pada hari-hari berlainan.

Muka baru pas pulang kerja (tension) sambil minum milo ais best

Nasi ayam Kak Nong (RM10). Dihidangkan bersama nasi kuning, acar timun, sup kosong dan seketul paha ayam yang disaluti kuah black paper

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!