Jumaat, 16 Mei 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 UMS : My Perspective

Majlis ini diadakan pada 15 Mei 2014 di Dewan Kuliah Pusat ke-2, UMS.

Mula-mula nak ucapkan tahniah buat semua penerima anugerah. Cari punya cari meja... nah! Jumpa dah meja nombor 79. Kali ni kakitangan yang diraikan menikmati makanan dari Le Meridien Hotel.  Menu best juga la ada ayam, ikan, mixed vege, nasi goreng dan sago + honeydew. Persembahan pula adalah daripada kakitangan a.k.a artis Sabah dan pelajar Sekolah Seni.

Antara nasihat penting yang diberikan oleh Datuk Naib Canselor adalah segala perbuatan yang dilakukan perlu bermula dengan niat. Tanpa niat yang betul, bukan sahaja pekerjaan yang dilakukan tidak diberkati malah hasil yang diusahakan juga tidak memadai. Selain dari dari bekerja, kita seharusnya juga meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak. Maksudnya disini time management itu penting. Keluarga adalah yang terpenting dalam hidup ini. Jangan diabaikan kerana terlalu sibuk mencari pendapatan sehinggakan kita lupa akan manisnya hidup.

Majlis bersurai kira-kira pada jam 1.00PM. ^^ Segalanya berjalan dengan lancar

Tahniah buat rakan-rakan saya yang berjaya mendapat anugerah tak kira Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ataupun Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Kepada yang tidak berjaya, tahun ini boleh cuba. In Shaa Allah rezeki sampai. :-)

 Suka bunga!

Me and adek

Semua penerima anugerah

Bunga yang telah diculik selepas habis majlis. HoHoHo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!