Ahad, 11 Mei 2014

Hari Ahad - Masak Nasi Ayam dan Burger Kampung

Hari Ahad adalah hari bersenang lenang. Macam biasa hari ni bangun awal, then buat segala domestic work termasuk cuci kain, sapu lantai dan lain-lain. Cuma hari ni kurang sihat skit sebab penyakit alahan menyerang. Bersin teruk. Jadi kena rehat dulu untuk kurangkan sakit. (Much better now ^^).

Hari ni cuba masak nasi ayam hainan dan kiranya jadi jugalah. Cuma lupa amik gambar pula. Ngeh! Lepas tu tengahari masak burger kampung. Setakat ni komen dari abang dan adik semua bagus. Adik kata cam burger yang kena jual kat gerai. Ooohhh yeaaahhh!! :-b Boleh buka bisnes la ni nampaknya. Hehehe... teringin sebenarnya nak buka bisnes kecil-kecilan. Jual kuih muih ke.... jual nasi lemak ke.... jual tudung ke.... nak juga. Lepas ni nak belajar buat kek la kot. Kek kukus pun best. :-) Haha. 

Tengahari cuaca gelap. Nampaknya hari nak hujan. Syukurlah. Tak perlu siram bunga.

Esok dah start kerja balik. Teringat pagi tu ada meeting. Bulan ni macam-macam event. Minggu depannya lagi big boss datang. Kena ready semuanya. Hati berdebar juga sambut kedatangan big boss. Phew! Tapi tak apa. Nama dah kerja, apa-apa pun kena berani. Kena multitasking. Tak pandai buat kerja pun kena belajar untuk pandai buat. Kan? ^^ Ilmu ada di mana-mana. 

Okaylah. Sampai sini dulu.

Burger daging. Roti yang disapu majerin yang begitu garing ★_★

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!