Isnin, 12 Mei 2014

Happy Birthday Prof!

Sepatutnya birthday Prof adalah pada 13hb tapi memandangkan hari tu adalah cuti sempena Hari Wesak, maka hari lahir disambut sehari awal. Hehehe....

Gini cetanya. Driver not available waktu tu, jadi kami terpaksa mencuri pakai driver Prof sekejap. Kebetulan Prof tengah meeting, okay set la. Pecut ke Secret Recipe 1Borneo. Toing! Tak ada jual Apple Crumble Cheese. Jadi kena pilih available cakes only la iaitu Tiramisu, Moist Choc dan Black Forest. Eventually pilih Black Forest. ★_★ Then suruh budak yang jual kek tu tulis krim atas kek... bla bla bla.... pecut balik ke office.

Walaupun sambutan birthday ni singkat tapi tetap meriah. Kebetulan saya puasa, jadi mereka tarpaukan banyak kek pula untuk saya. Tak habis saya makan sampai kena bawa balik rumah. Ngeh!

Dan apa-apa pun.... kami mengucapkan Happy Birthday to Prof!! ^^ yeah. Semoga panjang umur murah rezeki.

Kek Prof. Yum yum!

Tak habis makan. Bawa balik rumah :-3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!