Isnin, 26 Mei 2014

Berehat Sebentar Bersama Zira

Cheh. Macam iklan Kit Kat.

Tak.... kebetulan Zira datang KK sebab ada ujian MEDSI kat UMS. Tak best juga tak jumpa langsung. Ngam lagi time tu hari Jumaat, masa rehat panjang dari jam 11.30AM sampai 2.00PM.

Ujian habis awal pula. Jadi amik Zira dari tempat ujian MEDSI then bawa singgah ke office dulu. :-) Nanti keluar awal kena marah pula. Tapi yang budak sorang lagi tu orang call tak pandai nak hangkat. Apodah!

Dah jam 11.30AM terus keluar jalan di 1Borneo. Beli sedikit ole-ole from KK untuk Zira etc. Oh ya. Makan di Sushi King. Ntahlah. Teringin pula nak makan makanan Jepun masa tu. Kad diskaun pun boleh guna sampai Disember 2014 saja. Jadi kena gunakan selagi boleh. ^o^ Hohoho.. Menu pilihan adalah Salmon (kuah teriyaki) dan Zira pula amik mixed bento.

Ceta punya ceta.... then makan aiskrim lagi di Baskin Robins. Tak leh makan laju sebab nanti terkena brain freeze. Sakit woh kepala otak. Haha. Both of us have fun la that day. Walaupun tak lama jumpa tapi banyak juga membeli itu ini.

Manatau lepas ni saya lagi akan ke Tawau, leh stay kat rumah Zira pula. Hari tu dah stay kat rumah Razit.. Wawawawah! Ginilah. Saya dah anggap mereka cam adik-beradik saya sendiri. Jadi kalau ternampak gaya saya yang tak senonoh jangan rasa janggal pulak. Memang saya macam ni. Bukan control ayu punya orang ini. Miahahah.

Salmon!

Saya makan aiskrim coklat... Zira makan aiskrim chip coklat

2 ulasan:

  1. yeahh...!! best jalan2...tp kejap..gantunggg...
    mehh datang tawau kak...stay saja di rmh saya....^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah... mau jugak datang nih!

      Padam

Terima kasih!