Jumaat, 2 Mei 2014

Beijing BBQ Steamboat di Kampung Nelayan

Masa 30 April 2014 yang lalu, saya dan Hafiz makan kat Beijing BBQ Steamboat. Sebenarnya tak ada idea naka makan di mana, kebetulan teringin nak makan sesuatu yang ada sup. Jadi di sinilah tempat kami berdua lepak. Masa tu memang ramai orang tapi tak peduli juga.

Restoran ni terletak di Bukit Padang dan sama tempat di restoran Kampung Nelayan juga. Ada dua pilihan kuah sup iaitu tomyam dan sup ayam. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih makanan sesuka hati dan sebanyak manapun di tempat yang disediakan. Ada udang, ketam, sayur-sayuran, mihun, nasi putih, daging, ayam dan banyak lagi. Terpulang sama ada nak masukkan dalam kuah sup atau panggang.

Seorang akan dicas sebanyak RM35++ dan ada special rate untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah. Operation hour adalah setiap hari dari jam 6.30PM - 11.00PM

Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook mereka atau login ke website Beijng BBQ Steamboat.  



Hafiz jadi chef pada kali ini ^o^

Nak tengok banyak lagi tempat di area restoran dan kedai makan best di Kota Kinabalu, sila klik entry saya yang ini. JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KOTA KINABALU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!