Jumaat, 9 Mei 2014

Akhirnya Hujan ^^

Setelah dikhabarkan cuaca panas sehingga bulan September dan tiba-tiba pulak hari tu tak ada elektrik di hampir kesemua tempat (di Kota Kinabalu dan sekitarnya), akhirnya pada hari ini hujan turun dengan lebatnya. Syukur Alhamdulillah. :-)

Di office memang sejuk. Dah la tak bawa selimut polkadot purple! Tinggalkan kat rumah sebab hari tu pergi cuci. -_- Tahan sejuk sajalah. Brrrrr!

Hari ni balik awal skit berbanding biasa. Makan ngan Hafiz then balik dengan senang hati. Ntahlah tapi saya suka ceta pasal pengetahuan am, sejarah, sains, bla bla bla. Kali ni Hafiz kena dengar saya explained pasal Pompeii... apa yang menyebabkan kota itu musnah dan bagaimana keadaannya. Seronok tau ceta benda-benda gitu. Hari tu masa lepak di Sugarbun Tanjung Aru lagi la swot. Tanya soalan Sains. Hahaha! Bak kata saya selalu kepada kawan saya... 'paduli ku hapa!'. Aih... rindu pula masa tu. Selalu sebut perkataan yang sama tiap kali berjumpa. Akhirnya kawan saya pun dah terikut dah.

(Nah! Baru sebut pasal tak ada elektrik, dah jadi betul-betul. Nasib baik sekejap saja).

Hari ni my mum tak ada kat rumah. Tinggal kat rumah my sis sebab sis baru deliver baby ^^. Jadi sekarang saya tengah relax tengok TV. (Sambil muka tengah tampal mask. Toing!).


View hujan turun dari bangunan Canselori UMS

-
-
-
-
-
-

Semalam dikejutkan lagi dengan insiden bunuh diri terjun dari bangunan Centre Point. Harap-harap kejadian begini tak berlaku lagi di masa akan datang.... :'( 

Okaylah. Nak relax dulu ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!