Rabu, 28 Mei 2014

Kira Punya Kira Itu Hari Sudah Mari....

Tengok countdown.... Cepatnya masa berlalu! Macam dalam mimpi pun ada.

Ramai yang tanya saya sama ada perasaan nervous tu dah muncul or belum. Tak kurang juga kepada yang mengucapkan tahniah. Ngeeee... thank you!! Yang paling best, ramai yang terkejut tiba-tiba saya hantar kad jemputan. :-))) Plan kami berjaya juga akhirnya. /-) Heee.... baguslah. Mission accomplished. (Pembaca blog dikecualikan).

Dah aturkan semua benda. Syukur alhamdulillah setakat ni berjalan lancar. Thanks to my mum sebab tolong saya banyak benda, and also to Hafiz and family. :-) And of course to my brothers, sisters and my friends yang tolong saya juga.

Both of us maybe bukan seperti couple yang lain. Ntah. Dah nak berlangsung majlis pun still fikir pasal kerja lagi. Kengkadang geram juga. Grrrrr! Other people are so excited for us especially Prof. Dah fikir nak nyanyi lagu apa...... My colleagues yang dua orang tu pun sama juga. By the way, thanks to Tun and Toh Puan for the gift! /-)

Saya amik cuti dua hari sebelum majlis. Boleh dikira lewat jugalah. Kengkawan pun dah tanya kenapa tak cuti lagi. Nak cuti tapi takut ada yang tak settle lagi di pejabat. Nak bagitau, lepas majlis tu ada la saya amik cuti beberapa hari. Suddenly big bos nak datang pula waktu tu. Baru SMS saya tadi tengahari. LaLaLa....

........ . . . .

Same goes to Hafiz. Nak rehat la... tak nak fikir dah pasal kerja la... tapi badan still gerak buat banyak kerja juga.. Nah! Konspirasi betullah Hafiz ni. Tapi walau sesibuk mana pun, kami dah arranged segala-galanya dengan baik sekali. :-) Lumrah orang bekerja. Saya pasti semua orang pun mengalami benda yang sama.
-
-
-
-
-
-
-
-

:-)

Isnin, 26 Mei 2014

Berehat Sebentar Bersama Zira

Cheh. Macam iklan Kit Kat.

Tak.... kebetulan Zira datang KK sebab ada ujian MEDSI kat UMS. Tak best juga tak jumpa langsung. Ngam lagi time tu hari Jumaat, masa rehat panjang dari jam 11.30AM sampai 2.00PM.

Ujian habis awal pula. Jadi amik Zira dari tempat ujian MEDSI then bawa singgah ke office dulu. :-) Nanti keluar awal kena marah pula. Tapi yang budak sorang lagi tu orang call tak pandai nak hangkat. Apodah!

Dah jam 11.30AM terus keluar jalan di 1Borneo. Beli sedikit ole-ole from KK untuk Zira etc. Oh ya. Makan di Sushi King. Ntahlah. Teringin pula nak makan makanan Jepun masa tu. Kad diskaun pun boleh guna sampai Disember 2014 saja. Jadi kena gunakan selagi boleh. ^o^ Hohoho.. Menu pilihan adalah Salmon (kuah teriyaki) dan Zira pula amik mixed bento.

Ceta punya ceta.... then makan aiskrim lagi di Baskin Robins. Tak leh makan laju sebab nanti terkena brain freeze. Sakit woh kepala otak. Haha. Both of us have fun la that day. Walaupun tak lama jumpa tapi banyak juga membeli itu ini.

Manatau lepas ni saya lagi akan ke Tawau, leh stay kat rumah Zira pula. Hari tu dah stay kat rumah Razit.. Wawawawah! Ginilah. Saya dah anggap mereka cam adik-beradik saya sendiri. Jadi kalau ternampak gaya saya yang tak senonoh jangan rasa janggal pulak. Memang saya macam ni. Bukan control ayu punya orang ini. Miahahah.

Salmon!

Saya makan aiskrim coklat... Zira makan aiskrim chip coklat

Sincere to Your Heart

Apa-apa perbuatan dimulakan dengan niat. Bila niat kita baik, perbuatan yang dilakukan pasti akan mendapat berkat. Sometimes orang yang nak buat baik tiba-tibalah datang masalah yang bermacam-macam.
 
Contohnya orang tu nak pergi masjid, masa tu la juga keta tiba-tiba rosak. Biasanya akan datang la musibah seperti itu. Sebaiknya kita harus bersabar dan ingat bahawa semua itu berlaku ada hikmahnya. 

Hidup di dunia ini banyak cabarannya. Saya sendiri pun kadang-kala pandai mengikut perasaan jika masalah itu terlalu membebankan otak. Lumrah manusia... .. . In Shaa Allah akan sentiasa memperbaiki diri.

Bila niat kita untuk melaksanakan suatu perkara demi kebaikan, itu tandanya hati kita masih ada iman. Janganlah kita berbuat sesuatu untuk mendapat pujian, sanjungan atau perhatian kerana hasilnya hanyalah sementara.

-
-
-
-
-
-
Cuba tanya dengan diri sendiri dahulu kenapa kita ingin melakukan perkara tersebut... .. Niat itu penting.


Simpang Mengayau, Kudat yang Cantik


Hari tu masa YABhg Tun buat lawatan ke Kudat, sempat bawa beliau ke Tanjung Simpang Mengayau a.k.a Tip of Borneo. Perasan tak Sabah ada dua 'tanduk' (cuba tengok peta Sabah).... tanduk sebelah kiri tu adalah dimana ia terletak. 

Menyelam sambil minum air. Kebetulan masa 21 Mei 2014 hari tu ada lawatan ke RMEC Sikuati, Kudat. Tu yang terus pergi melawat ke Simpang Mengayau tu. Hari pun cerah dan laut agak tenang. Memang hari tu adalah hari yang sesuai ^^

Dulu tempat ni digelar sebagai Tanjung Sampang Mangazau (union battle cape) khususnya oleh etnik Rungus. Ini kerana pada zaman dahulu disinilah berlakunya pertempuran dengan Lanun Moro ataupun disebut juga sebagai Sulu Pirates. Mereka suka mendarat kat Simpang Mengayau. Tu yang jadi huru hara tu. (Sumber Wikipedia)


Benda yang paling famos kat Simpang Mengayau ni selain dari batu yang mendatar.... adalah bronze globe. Ni dari saya kecil sampai la sekarang, structure ni masih teguh lagi. Sekeliling dah berubah kecuali benda ni.



Bila tengok laut, nampak macam laut tu bulat saja. Cantik! Tak jauh dari sini boleh nampak rumah api di sebuah pulau kecil berdekatan. Dulu saya pernah juga pergi sini tapi ntah tahun bila masa tu. Masa sekolah lagi.... rasanya masa Tingkatan 4 kot. Sekarang dah ada challet dan gerai-gerai kecil kat tepi pantai. Lepas melawat ke sana sempat jugalah kami duduk lepak minum di gerai berhampiran. 

Khamis, 22 Mei 2014

Bunga Ros Lagi :-3

Yai! Dapat bunga ros lagi.

Siapa yang tak minat bunga? Perempuan dan bunga tak boleh dipisahkan. Bila dapat satu jambak lagi, nah! Mata bersinar-sinar. ★_★

Yeap. Kebanyakan bunga yang diterima adalah fresh flowers. Lepas tu saya akan keringkan dan simpan kat bilik. Until now, my nose getting more sensitive jadi sesetengahnya saya kena remove.... :'-( Bukan tak hargai pemberian tapi kalau nak letak kat ruang tamu dah tak ada tempat. Letak di bilik, my hidung jadi sakitttt. Haaarrr.... Mum kira nak buang semua masa kemas bilik hari tu tapi saya insist tak nak remove the one special roses. From Hafiz. Eeee.... nak gaduh ngan mummy dah. Lastly mum kena mengalah. Yeah! So I still have satu jambak bunga yang saya sayang. ^o^

Bila kira-kira balik, cam banyak juga bunga saya dapat. All of the flowers saya abadikan dalam gambar la. Antara bunga favorite saya adalah ros, lili dan carnation. 

Tahukah anda perbezaan memberi bunga fresh dan bunga plastik? Fresh flowers adalah simbol kejujuran cinta manakala bunga palsu adalah cinta yang palsu. Tapi kalau bunga plastik ni tahan lama simpan. Jadi macam mana tu? Hehe.

Walaubagaimanapun, berdasarkan dari pengalaman saya.... bila kita terima bunga, orang yang paling excited adalah orang di sekeliling kita. They will be happy for us, bersorak kegembiraan dan suasana terus jadi meriah. Betul ni. Tak tipu :-b

So after this I hope I will get more flowers sebab saya suka bunga. Willing to spend money to plant lots of bunga. Besides bunga, I also like cactus. However, dua kaktus saya telah berhambur akibat kucing korek dengan sesuka hatinya. Tak tau apa penyakit nak membuang kat sana pula. Habis kaktus menjadi mangsa. Heiiiya!! Bikin marah. And yang lagi cam best tapi tak best, my cat juga suka duduk atas pasu anak kaktus dan menyebabkan anak kaktus saya rosak!!! So I bought  small pagar untuk letak atas pasu kaktus supaya kucing tak duduk sana lagi.

Okay. End. 

Rabu, 21 Mei 2014

Tahniah Iqbal & Effy

Tahniah kepada Iqbal & Effy, pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan. ^^

Okay. Pada 18 Mei 2014, Hafiz ajak hadir ke majlis perkahwinan cousin dia di Megallen, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. Masa cari nama kat meja mana, terserempak ngan Datuk Pendaftar dan Datin. Jadi sembang kejap then saya, Hafiz dan Nora masuk dalam ballroom. Antara tetamu kehormat lain yang hadir adalah Ketua Menteri Sabah, KSU Sabah, Datuk VC dan Datin pun ada... dan ramai lagi. Tarian dan lagu yang dipersembahkan juga menarik sekali. Semua tetamu pun terhibur. 

Suka tengok baju pengantin sebab guna warna pastel. Pelamin pun cantik dan dapat doorgift yang best ^^. ♥ Malam tu enjoy walaupun fikiran tengah kusut fikir esok ayahanda a.k.a big boss nak tiba ke Sabah. Berdenyut juga kepala tapi makan tetap makan ^o^ Hohohoho..

Akhir sekali tahniah kepada pasangan pengantin. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. :-)

Yeay!


Selasa, 20 Mei 2014

Same Room.... Different Deco

Mengemas rumah ni seronok.

Jadi saya dan adek pun bersemangatlah pergi membeli barang untuk mengemas bilik. Beli wallpaper la... langsir ready made la apa la. Sebenarnya langsir my mum dah buatkan. Cuma nampak gelap pula. Jadi tukar langsir baharu..... Kebetulan langsir yang ready made tu nampak cantik. Apa lagi... beli terus la. 

Semangat nak tampal wallpaper. Nampak senang saja orang kat Youtube tu tampal, sekali tengok tak juga senang. Wohohooo.. Lastly pasang kat bilik my adek sajalah sebab bilik dia kecil sikit. Dan barang-barang tak berapa banyak nak kena pindah. Nak beli wallpaper dan banyak lagi barang-barang cantik, boleh singgah kedai Kaison.

Ni la wallpaper yang saya dan adek lekat. Boleh tahan jugalah hasilnya untuk amateur seperti kami. XD Harap bertahan lama la

Langsir baharu.Warna hitam putih. Suka corak daun. Hari tu sebelum beli langsir ni, mum dah buatkan langsir. Mula-mula nak pilih corak bunga matahari, warna putih hitam. Tapi tak cukup panjang pula. Sama design cam ni cuma corak tukar ke bunga matahari. ^^ Corak ni pun cantik juga. 

Kenapa saya letak La Tour Eiffel di meja tepi katil saya? Ha... begini cetanya. Saya suka Eiffel Tower kerana sejarahnya yang menarik. Structure ni dah lama dibina iaitu semenjak tahun 1887. Sekarang usianya dah 127 tahun. Walaubagaimanapun struktur ini masih utuh dan dikunjungi oleh berjuta pelancong pada setiap tahun. Terletak di Champ De Mars dan sering dikaitkan dengan kisah cinta yang romantik, tapi saya melihat Eiffel Tower dari sudut yang berbeza. Saya suka sejarah. Oleh kerana sejarah pembinaan Eiffel Tower begitu unik, saya tertarik dengan struktur ini. Tidak ada struktur sebegini rupa selain Menara Eiffel. (Rindu nak cakap French balik ngan kawan-kawan belajar dulu. So we did it sometimes dalam Facebook).

Perasan tak table lamp dalam gambar ni? Sebenarnya itu adalah barangan vintage dan masih berfungsi hingga ke hari ini. Lampu tu dah lama. Rasanya dah 30 tahun atau lebih kot. Sekarang dah tak ada jual lampu macam tu lagi. Saya ada various collection of vintage item dan saya harap boleh ceritakan tentang benda ini di entry akan datang. ^^

Bila me and my friends cakap bahasa Perancis. (Eksen!)

 Saya suka Eiffel kerana ini. :-)

To Share or Not to Share

Ada banyak benda yang anda boleh share dalam blog anda. Lifestyle, fashion, hiburan dan macam-macam lagi. Tapi ada juga benda yang kita tak boleh share sesuka hati kerana hanya akan membawa masalah.


To share
Seronok kalau dapat kongsi info kepada yang lain. Biasanya para pembaca akan tertarik jika blog anda mempunyai gambar-gambar menarik, tips yang baik, blog yang sentiasa update dan tidak terlalu sarat dengan tulisan. Tidak salah juga untuk kongsikan kisah atau pengalaman anda. Jika anda mempunyai pembaca setia, dah tentu mereka akan sentiasa mengikuti perkembangan anda dari masa ke semasa. Tulislah yang baik-baik supaya setiap maklumat yang dikongsikan boleh dimanfaatkan. Kongsikan tips memasak, product review, 10 senarai permainan PC terbaik sepanjang masa atau nasihat dalam percintaan kepada teman pembaca sekalian mengikut genre blog anda.

Selain menaip blog untuk mengisi masa lapang, tugas seorang blogger juga adalah menghiburkan dan menyampaikan maklumat kepada para pembaca. Gambar yang didalam blog menjadi lebih menarik jika ianya adalah gambar milik sendiri dan tidak pernah lagi diterbitkan di mana-mana tempat. Layout yang menarik juga dapat menarik perhatian pembaca sekalian. ^^

Apakah kemahuan pembaca? Jika ingin mengetahui apa sebenarnya yang dicari oleh pembaca, anda boleh lihat melalui trafik blog anda. Ia sedikit sebanyak membolehkan anda membuat analisa dan membantu mencapai kemahuan pembaca melalui entry yang diterbitkan.

Ada banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama dan ada kalanya perkara tersebut tidak perlu disiarkan.


Not to share
Blog diterbitkan dan boleh dibaca oleh individu diseluruh dunia, tertakluk dengan setting yang dikenakan. Setengah isu begitu sensitif dan tidak boleh ditulis sesuka hati terutama hal melibatkan agama dan politik, takut mengundang kontroversi. Setiap perkara yang ingin disiarkan perlu dipastikan agar isi kandungan tidak menganggu kenteraman mana-mana pihak.

Tidak perlulah menceritakan hal peribadi yang kurang enak dibaca seperti cerita pasangan anda yang suka buat hal, cerita hidup anda yang kurang gembira atau lain-lain lagi. Persepsi pembaca juga akan turut berubah dan pastinya mereka akan menganggap anda sebagai seorang pesimis. Ya betul. Sesetengah orang menjadikan blog sebagai online diary. Tetapi adakah masalah 'rumah tangga' juga perlu diceritakan? Saya berkata tidak.

Gaya penulisan itu penting. Bahasa yang digunakan juga penting. Tidak salah untuk menggunakan bahasa pasar untuk blog lebih santai. Tetapi penggunaan bahasa yang kurang sopan tentunya tidak manis dipandang serta tidak sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. 

- End -

Sabtu, 17 Mei 2014

Rafflesia Chicken Hut, Kota Kinabalu

Kali ni kami berdua makan di Rafflesia Chicken Hut yang terletak di Damai, Kota Kinabalu. Selain itu, restoran ini juga mempunyai cawangan di Shppping Complex Karamunsing, Kota Kinabalu dan juga di The Mall, Kuala Lumpur.

Argue ngan Hafiz sebab dia kata dia pernah bawa saya makan sini dulu. Duduk kat meja hujung sana tapi saya kata tak pernah. Tu makan kat Pizza Hut. Then dia kata tak. So lepas tu apa-apalah...

Nak order kena pergi dekat kaunter. Selain nasi ayam ada juga menu lain yang cam best. Servis okay. Makanan cepat sampai. Persekitaran juga selesa. Makanan pun tak mahal sangat. Hari tu makan total RM28+ sahaja. ^^ (Nasi ayam roasted RM6.80. Nasi ayam butter RM7.80. Sayur RM5. Manggo juice RM3.80. Teh tarik RM3.80).

Silalah berkunjung ke Rafflesia Chicken Hut.


Jumaat, 16 Mei 2014

Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 2

Sebelum ni dah baca kisah muka saya yang diserang banyak jerawat secara tiba-tiba. Kalau belum sila klik Pengalaman Muka Berjerawat dan Cara Saya Mengurangkannya - Part 1.

Kali ni nak promote satu lagi produk yang sangat bagus dan boleh didapati dengan harga yang murah, iaitu sabun JF Skin Solutions Anti-Acne Face & Body Care Soap. Sabun ini boleh didapati di mana-mana Watsons atau farmasi berhampiran dengan harga tidak lebih RM10. 

Cetanya begini....

Hari tu kebetulan pergi masuk Watsons. Tengah cari barang, tiba-tiba jumpa sabun ni pula. Masa tu berfikir juga nak beli atau tak sebab kulit dah baik dari jerawat. Cuma ada timbul sedikit kemerahan lagi. Timbulnya kemerahan ini akibat saya cuba pakai krim pelindung (selama diserang jerawat tak pakai krim muka dah. So muka ada sedikit gelap berbanding dahulu.... -_- Takut juga kalau pakai then jerawat timbul balik. Lagipun ubat Akni Care saya dah habis. Nak pergi beli ubat tu kena datang klinik dulu. Harga juga boleh tahan. Akhirnya saya beli jugalah sabun ni sebab kalau tak cuba takkan tau hasilnya.

Baru beberapa hari saya pakai sabun ni, dah menampakkan kesan. Jerawat yang merah dah tak ada lagi. Semua dah kecut. Syukur sangat! Sabun ni mengandungi sulfur sebanyak 10% dan berdasarkan dari review atau testimoni lain yang saya baca, rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan produk ini. Begitu juga saya. Kalau nak maklumat lebih lanjut mengenai produk ini, boleh layari laman web JF Skin Solutions.

Sabun ini sesuai juga kepada anda yang mempunyai jerawat di belakang badan atau mempunyai kulit yang berminyak. Terus terang saya katakan bahawa hasilnya sangat menakjubkan. Dan saya boleh menggunakan krim pelindung cahaya matahari seperti dahulu lagi. ^^

Sekarang saya hanya menggunakan sabun JF Skin Solutions untuk mencuci muka. Gunakan dua kali sehari iaitu siang dan malam. + spray Waazu

Keadaan kulit saya sekarang (15 Mei 2014). Hanya tinggal parut

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 UMS : My Perspective

Majlis ini diadakan pada 15 Mei 2014 di Dewan Kuliah Pusat ke-2, UMS.

Mula-mula nak ucapkan tahniah buat semua penerima anugerah. Cari punya cari meja... nah! Jumpa dah meja nombor 79. Kali ni kakitangan yang diraikan menikmati makanan dari Le Meridien Hotel.  Menu best juga la ada ayam, ikan, mixed vege, nasi goreng dan sago + honeydew. Persembahan pula adalah daripada kakitangan a.k.a artis Sabah dan pelajar Sekolah Seni.

Antara nasihat penting yang diberikan oleh Datuk Naib Canselor adalah segala perbuatan yang dilakukan perlu bermula dengan niat. Tanpa niat yang betul, bukan sahaja pekerjaan yang dilakukan tidak diberkati malah hasil yang diusahakan juga tidak memadai. Selain dari dari bekerja, kita seharusnya juga meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak. Maksudnya disini time management itu penting. Keluarga adalah yang terpenting dalam hidup ini. Jangan diabaikan kerana terlalu sibuk mencari pendapatan sehinggakan kita lupa akan manisnya hidup.

Majlis bersurai kira-kira pada jam 1.00PM. ^^ Segalanya berjalan dengan lancar

Tahniah buat rakan-rakan saya yang berjaya mendapat anugerah tak kira Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ataupun Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Kepada yang tidak berjaya, tahun ini boleh cuba. In Shaa Allah rezeki sampai. :-)

 Suka bunga!

Me and adek

Semua penerima anugerah

Bunga yang telah diculik selepas habis majlis. HoHoHo

Isnin, 12 Mei 2014

Happy Birthday Prof!

Sepatutnya birthday Prof adalah pada 13hb tapi memandangkan hari tu adalah cuti sempena Hari Wesak, maka hari lahir disambut sehari awal. Hehehe....

Gini cetanya. Driver not available waktu tu, jadi kami terpaksa mencuri pakai driver Prof sekejap. Kebetulan Prof tengah meeting, okay set la. Pecut ke Secret Recipe 1Borneo. Toing! Tak ada jual Apple Crumble Cheese. Jadi kena pilih available cakes only la iaitu Tiramisu, Moist Choc dan Black Forest. Eventually pilih Black Forest. ★_★ Then suruh budak yang jual kek tu tulis krim atas kek... bla bla bla.... pecut balik ke office.

Walaupun sambutan birthday ni singkat tapi tetap meriah. Kebetulan saya puasa, jadi mereka tarpaukan banyak kek pula untuk saya. Tak habis saya makan sampai kena bawa balik rumah. Ngeh!

Dan apa-apa pun.... kami mengucapkan Happy Birthday to Prof!! ^^ yeah. Semoga panjang umur murah rezeki.

Kek Prof. Yum yum!

Tak habis makan. Bawa balik rumah :-3

Ahad, 11 Mei 2014

Kes Buang Bayi yang Berleluasa

Tadi pagi baca pasal satu lagi kes buang bayi. Pelajar tingkatan 4 buang bayi ke dalam tangki pam tandas. Terkedu baca berita ni.

Pada pendapat saya... ada beberapa faktor yang menyebabkan kes buang bayi terjadi.

1. Kurang kasih sayang keluarga. Peranan ibubapa penting dalam mendidik anak-anak dan tanggungjawab itu tidak boleh diserahkan 100% kepada guru atau tenaga pengajar. Selain itu, sentiasa perhatikan tingkah laku anak-anak agar mereka tidak terlalu bersosial tidak kena tempat. Walau sesibuk mana kita bekerja, waktu untuk keluarga juga diperlukan.

2. Media. Dunia sekarang begitu canggih. Terpulang sama ada teknologi digunakan untuk kebaikan atau perkara buruk. Elakkan diri dari melayari laman web berunsur negatif kerana ia hanya akan mengundang ketagihan. Selain itu, kes jenayah lain juga akan berlaku sekiranya perkara ini diambil mudah.

3. Pujuk rayu. Perempuan jangan cepat sangat cair dengan pujuk rayu sang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Fikir apa akibatnya di kemudian hari. Jika seorang lelaki itu benar-benar mencintai anda, dia tidak akan berani berbuat sedemikian dan meninggalkan anda setelah terjadi perkara yang tidak diingini.

4. Kurang kesedaran. Kadang-kala individu tidak menyedari apa akan terjadi sekiranya perkara ini berlaku. Berfikir sebelum mengambil tindakan sewenang-wenangnya. Begitu juga segelintir masyarakat yang tidak ambil peduli tentang kes seperti ini. Bagi mereka, kes ini sudah biasa berlaku dan bukan lagi menjadi masalah besar. Maka, kes pembuangan bayi semakin berleluasa.

Walaupun begitu, masih ada ruang untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Ya. Mungkin kerana panik, takut akan pengetahuan keluarga, tidak ingin dicemuh rakan-rakan dan takut akan tindakan disiplin sekiranya hal ini diketahui.... si ibu bertindak sedemikian.

Anak adalah anugerah Allah s.w.t. Sayangi mereka kerana mereka adalah darah daging kepada kedua ibubapa yang berkenaan. Jika terlanjur melakukan perkara yang tidak diingini, jangan sampai dibuang anak tersebut. Mereka inginkan dakapan dan kasih-sayang. Bukan dihurung semut atau dibiarkan kesejukan.Alangkah sedihnya... .. seorang anak kecil yang tidak mampu berbuat apa-apa ditinggalkan keseorangan begitu sahaja.

Marilah bertaubat kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk orang yang benar-benar ingin menyesali kesilapan yang dilakukan. Jangan mudah terpedaya dengan lelaki durjana yang tidak bertanggungjawab. Iman tetap di dalam hati. Cuma akal fikiran dan gerak hati diperlukan untuk menggerakkan keimanan bagi menghalang hal ini berlaku.

Jangan buang bayi...

Hari Ahad - Masak Nasi Ayam dan Burger Kampung

Hari Ahad adalah hari bersenang lenang. Macam biasa hari ni bangun awal, then buat segala domestic work termasuk cuci kain, sapu lantai dan lain-lain. Cuma hari ni kurang sihat skit sebab penyakit alahan menyerang. Bersin teruk. Jadi kena rehat dulu untuk kurangkan sakit. (Much better now ^^).

Hari ni cuba masak nasi ayam hainan dan kiranya jadi jugalah. Cuma lupa amik gambar pula. Ngeh! Lepas tu tengahari masak burger kampung. Setakat ni komen dari abang dan adik semua bagus. Adik kata cam burger yang kena jual kat gerai. Ooohhh yeaaahhh!! :-b Boleh buka bisnes la ni nampaknya. Hehehe... teringin sebenarnya nak buka bisnes kecil-kecilan. Jual kuih muih ke.... jual nasi lemak ke.... jual tudung ke.... nak juga. Lepas ni nak belajar buat kek la kot. Kek kukus pun best. :-) Haha. 

Tengahari cuaca gelap. Nampaknya hari nak hujan. Syukurlah. Tak perlu siram bunga.

Esok dah start kerja balik. Teringat pagi tu ada meeting. Bulan ni macam-macam event. Minggu depannya lagi big boss datang. Kena ready semuanya. Hati berdebar juga sambut kedatangan big boss. Phew! Tapi tak apa. Nama dah kerja, apa-apa pun kena berani. Kena multitasking. Tak pandai buat kerja pun kena belajar untuk pandai buat. Kan? ^^ Ilmu ada di mana-mana. 

Okaylah. Sampai sini dulu.

Burger daging. Roti yang disapu majerin yang begitu garing ★_★

Sabtu, 10 Mei 2014

One Fine Day :-)

Eyyyaiiii!! Hari ni ikut Hafiz tengok tapak aktiviti untuk 18 Mei 2014 di Kimanis. :-)

Sebelum tu pagi-pagi lagi dah buat segala domestic works termasuk cuci kain, jemur kain, sapu lantai etc. Dan yang paling best hari ni masak sup jagung, panggang sosej dan buat kerabu mangga. ^^ Weeehhoooo. 

Singgah sebentar di Papar untuk makan tengahari. Hafiz dan kawan-kawan lain makan, tapi saya tak makan sebab tadi kat rumah dan makan dah. Tiba-tiba ada satu kucing warna oren datang ke meja kami. Dia duduk then baring. Manja betul. ^^ 

Dah siap pergi melawat, sempat singgah ke tamu Papar. Bermacam-macam yang dijual kat sana. Sayur-sayuran, buah-buahan, kuih muih, ikan panggang, minuman dan pakaian. Seronok tengok. Rambang mata. Ngehehehe...... *_*


Petang tu cuaca cantik sekali. Mula-mula hujan then okay dah. Bila tengok di luar tingkap keta, langit sangat indah. Then yang bestnya dapat tengok api keluar dari serombong  di area Petronas cari gali tu. Selalu juga nampak tiap kali nak lalu balik kampung, tapi perasaan time tengok tu excited. Haha. Ntah apa-apa la saya nih.

Dot.

Jumaat, 9 Mei 2014

Akhirnya Hujan ^^

Setelah dikhabarkan cuaca panas sehingga bulan September dan tiba-tiba pulak hari tu tak ada elektrik di hampir kesemua tempat (di Kota Kinabalu dan sekitarnya), akhirnya pada hari ini hujan turun dengan lebatnya. Syukur Alhamdulillah. :-)

Di office memang sejuk. Dah la tak bawa selimut polkadot purple! Tinggalkan kat rumah sebab hari tu pergi cuci. -_- Tahan sejuk sajalah. Brrrrr!

Hari ni balik awal skit berbanding biasa. Makan ngan Hafiz then balik dengan senang hati. Ntahlah tapi saya suka ceta pasal pengetahuan am, sejarah, sains, bla bla bla. Kali ni Hafiz kena dengar saya explained pasal Pompeii... apa yang menyebabkan kota itu musnah dan bagaimana keadaannya. Seronok tau ceta benda-benda gitu. Hari tu masa lepak di Sugarbun Tanjung Aru lagi la swot. Tanya soalan Sains. Hahaha! Bak kata saya selalu kepada kawan saya... 'paduli ku hapa!'. Aih... rindu pula masa tu. Selalu sebut perkataan yang sama tiap kali berjumpa. Akhirnya kawan saya pun dah terikut dah.

(Nah! Baru sebut pasal tak ada elektrik, dah jadi betul-betul. Nasib baik sekejap saja).

Hari ni my mum tak ada kat rumah. Tinggal kat rumah my sis sebab sis baru deliver baby ^^. Jadi sekarang saya tengah relax tengok TV. (Sambil muka tengah tampal mask. Toing!).


View hujan turun dari bangunan Canselori UMS

-
-
-
-
-
-

Semalam dikejutkan lagi dengan insiden bunuh diri terjun dari bangunan Centre Point. Harap-harap kejadian begini tak berlaku lagi di masa akan datang.... :'( 

Okaylah. Nak relax dulu ^^

Feeling Meh -_-


Stalker
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jealousy
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"He is mine!"
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Duckface fail
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Copycat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
GIRLS MATTER..... Feeling......

-
-
-
-
-
-
This one is not a matter

Rabu, 7 Mei 2014

Mula Kembali Rutin Lama

Sebelum big day kena pastikan semuanya in order. (Baju kena pastikan muat) Hahaha. Dan lain-lain lagi. Jadi start pada hari ini saya mulakan kembali rutin yang dah sekian lama ditinggalkan.... jogging! ^^ Weeee...!!!!

Bermula dari Bangunan Canselori, terus turun singgah di office Hafiz dulu. Then straight ke stadium sukan. Hari ni Hafiz tak berapa sihat tapi kena paksa juga pergi jogging supaya dapat keluarkan toksin dari badan. Tak leh biar layan sangat penyakit. Nanti antibodi tak kuat. Asyik makan ubat, tak ada ubat.. mulalah sakit. Haissshhh!

Dah puas keluarkan peluh, singgah ke kedai burger Nice di King Fisher. Tu kedai burger kengkawan Hafiz kat office. Salute la pagi kerja... petang cari side income. Mudah-mudahan rezeki sentiasa dimurahkan.

Oh ya! Tadi tengahari makan kat kedai ikan bakar di Alam Mesra. Terletak berhadapan dengan kedai Tamma. Best juga makanan di kedai tu. Amat menyelerakan. Ada lagi satu kedai makan kat sana tapi sampai sekarang tak pergi lagi. Kawan saya dah balik-balik suh singgah. In Shaa Allah akan pergi. :-) Jarang pergi area Alam Mesra yang sebelah dalam sikit. Itulah pasal. 

Air teh yang aunty kat Tawau pernah hidangkan saya tu pun saya tak beli lagi. Padahal stokis ada di Alam Mesra. Tapi air teh tu memang best la. Tak perlu letak gula pun dah manis. Boleh buang panas dalam badan. Tak ingat nama dia tapi sure best!

Pas tu sempat singgah lagi ke kedai Tamma membeli brooch bunga yang sangat comel. Dapat harga murah. Baju-baju yang dijual juga ada diskaun. Sempena pembukaan kedai kot. Rambang mata tengok ☆_☆

Sebelum stop menulis di entry ini, nak ucapkan tahniah kepada my sissy la sebab dah deliver baby pada pagi ini. So my anak buah dah ada 3 orang ^^ HoHoHo! Our family getting bigger and bigger! Next one should be my sis in law :-))))) kehappian suda nih!

Jogging!

Pemandangan yang cantik

Beli satu, RM2... beli 3... RM5. ^^

Isnin, 5 Mei 2014

Google Sky

I enjoy star gazing in the dark night sky, finding any celestial object and searching for the planets. I am just the another amateur astronomer. :-) For me... Science is the best subject.

Hari ni entire town blackout termasuk UMS dan rumah saya. Jalan di bandar sesak sebab ada traffic light yang tak hidup. Sampai di rumah, gelap gelita. Tapi kegelapan itu juga kegembiraan buat saya. Sneak out keluar rumah, watching the night sky and enjoying em for one to two hours. Sometimes alone, sometimes with my brother and sometimes dengan kucing saya.

Pernah ternampak benda lain tu ada jugalah. Tapi tak selalu. Anda faham apa maksud saya? |-) heeee.. Perasaan bila tengok langit.... hati rasa tenang. Dalam fikiran tak ada fikir selain keindahan dan kerdipan bintang. Cantik! Ditambah lagi dengan kesejukan angin malam..... rasa best saja.

So I plan to go to Bukit Kokol someday and take photos of the milky way. The best time is midnight with a dark surrounding.

Sekarang tak perlu susah untuk mencari kedudukan planet dan buruj. Dengan bantuan Google Sky Map yang boleh di download free dari Google Play Store, everything will be much easier. :-)

Dah jumpa banyak jenis buruj. ^^ Bukan itu sahaja, jika berkesempatan.... kenali buruj-buruj tersebut dengan mengetahui sejarahnya. Seperti Castor dan Pollux, dua bintang cerah milik Germini yang mewakili sang kembar. Ataupun Cetus, yang digambarkan sebagai raksasa yang ingin mengorbankan nyawa Adromeda. Bagaimana pula dengan Pegasus, kuda bersayap yang terbang di kayangan? Masing-masing ada cerita tersendiri.

:-)


View dari Google Sky Map

Okay! Selesai!

Dengan sukacitanya satu lagi perkara dah selesai dibuat. Kad jemputan! Tinggal nak diedarkan sahaja selepas nama siap disenaraikan. Hari tu dah senarai tapi nak buat perubahan sedikit ^^

Walaubagaimanapun, saya gembira dengan hasil yang ada. Simple but beautiful! Actually design sama ngan Hafiz cuma Hafiz warna lain.. Jadi okaylah kan? Total cost... eerrrr..... biar rahsia. Kalau nak tempah kad jemputan cantik, boleh ke kedai Kad Kahwin yang terletak di Ground Floor, 1Place Mall, Putatan, Sabah. Banyak lagi jenis kad lain yang comel, ikut trend atau yang nampak mewah.

Sebenarnya dah pergi ke kedai tempahan kad jemputan... then esoknya pergi lagi sebab nak confirmkan design banner pula. Oleh kerana tak begitu jauh dari rumah...jadi saya tak ada masalah sangat. After dari kedai Kad Kahwin, kami menuju ke Poliklinik Permai di area Kota Kinabalu sebab kebetulan Hafiz tiba-tiba selsema pula. 

View sikit la


Lepas tu makan kat Lucy Kitchen di 88 Marketplace, Kepayan. Kali ni makan mihun goreng special yang diserved dengan ayam goreng, sambal udang, kacang, ikan bilis goreng, hirisan timun dan sunny egg. Walaupun begitu, sunny egg dan sambal udang terpaksa dilepaskan T.T woooo....... (taboo)

Kelmarin kiranya semua okaylah. Kucing parsi saya kat rumah yang ghaib sekejap tu pun dah balik dah. Kekucing ni tau jam berapa kena bagi makan. Jadi masa tu la mereka pulang rumah. Hehe.

Aihh.... cam lapar pulak

Ahad, 4 Mei 2014

Tentang Cinta dan Ikatan

Percintaan yang terbaik adalah cinta yang mempunyai ikatan perkahwinan, cinta yang sah dan diredhai. Cinta yang ada perasaan tanggungjawab dan dengan cinta itulah... In Shaa Allah akan merubah kehidupan menjadi lebih indah dan bahagia. :-)

Saya mengaku, masa saya sekolah dulu saya tak ada boyfriend. In fact saya bukan budak popular. Sibuk buat hal sendiri. Hahah. Lagipun jenis ikut cakap mum. Kalau mum kata tak suka bercinta-cinta masa sekolah, memang tak berani lawan cakap. 

Bercinta lama tanpa ikatan ni banyak cabaran. Macam-macam boleh terjadi. Macam ada seseorang pernah ceta ngan saya kisah dia zaman dulu. Dah bercinta 13 tahun, akhirnya kahwin ngan orang lain. Ada lagi sorang.... bercinta 10 tahun sejak sekolah, lastly.... berpisah. Tapi tak semua begitu. Ada juga yang dah lama bercinta dan akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Means di sini, kita cuba yang terbaik tapi jodoh tetap di tangan Tuhan.

Bagaimana pula dengan yang dah berkahwin? Takkan tak ada cabaran? Ada! Malah lagi banyak cabaran yang perlu dihadapi. Dengan keredhaan Allah dan restu dari ibubapa, In Shaa Allah rintangan dapat diatasi bersama. ^^ 

Betul kata orang, jika orang itu adalah jodoh kita.... kita akan merasai satu feeling yang berbeza. Susah nak describe macam mana tapi nak kata miracle pun boleh jadi juga la. Datang pada masa, tempat dan keadaan yang tak disangka. ^^ Bak kata lain... 'you fall in love with the most unexpected person at the most unexpected time'. Lepas tu terpulang bagaimana seseorang handle it with care. :-)

.....

Falling in love and having relationship are two different things.

Jumaat, 2 Mei 2014

Resepi Cucur Bubuk

Jom goreng cucur bubuk!

Bahan-bahan

- Tepung gandum
- Sedikit tepung rangup pisang goreng (optional)
- Bubuk kering
- Sayur kubis yang dipotong halus
- Bawang besar yang dipotong dadu halus
- Secubit garam
- Sedikit gula
- Secubit serbuk kunyit (optional - bagi tepung nampak keemasan)

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dan gaulkannya. Panaskan minyak. Sesudah minyak panas, bahan-bahan tersebut bolehlah digorengkan. Api jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat. Dah nampak warna keemasan, cucur boleh diangkat dan ditoskan. Sedap dimakan bersama sos cili.


Selamat Hari Pekerja, 1st of May! : Aktiviti Saya

Kalau nak kata hari pekerja, memang jawapannya saya duduk berehat di rumah. Alangkah indahnya perasaan bermalas-malasan di rumah. Wuh!!

Okay la. Pagi tu saya macam biasalah bangun awal. Then jam 6 pagi, hantar my adek ke airport sebab budak tu nak pergi Kuala Lumpur. Dah siap hantar adek, balik rumah, kacau-kacau kucing... lepas tu buat senaman. Dah berpeluh banyak..... sempat pergi buat sarapan. Kali ni masak cucur bubuk. Bubuk tu udang yang kecil-kecil orang selalu buat belacan atau cencaluk. Nak ketahui resepi cucur bubuk boleh klik link ini.

Then dekat tengahari bawa mum makan di Restoran Sinar Mustika, Putatan. Teringin nak makan soto. Haha... Terus pergi beli kain langsir yang memang susah saya pilih (sebab semua cantik... mata jadi rambang). Ingat nak pergi beli kain cadar sebab saya ada mention kat Felix nak membeli kain cadar kalau ada diskaun. Tak jadi pula. Wuhuhuhuhu. 

Petang tu siap-siap sediakan bahan untuk masak makan malam. Tak ada idea nak masak ayam apa. Nak try masak sesuatu yang berbeza. Oleh itu, kali ni masak ayam panggang menggunakan pemanggang ajaib (ikut buku resepi). Ramuannya berbeza sedikit dan bila ayam tu dipanggang, bau harum semerbak kat dapur. Then masak sayur kubis panjang + udang segar. Nak resepi bagitau saya tau!

Saya suka jahit manik baju. Malam tu sambung menjahit manik pula. ^^ 

Itulah aktiviti saya sepanjang cuti hari pekerja. All domestic works tapi fun.

Sayur kubis panjang + udang segar

Ayam panggang istimewa

Si Putih tido

Beijing BBQ Steamboat di Kampung Nelayan

Masa 30 April 2014 yang lalu, saya dan Hafiz makan kat Beijing BBQ Steamboat. Sebenarnya tak ada idea naka makan di mana, kebetulan teringin nak makan sesuatu yang ada sup. Jadi di sinilah tempat kami berdua lepak. Masa tu memang ramai orang tapi tak peduli juga.

Restoran ni terletak di Bukit Padang dan sama tempat di restoran Kampung Nelayan juga. Ada dua pilihan kuah sup iaitu tomyam dan sup ayam. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih makanan sesuka hati dan sebanyak manapun di tempat yang disediakan. Ada udang, ketam, sayur-sayuran, mihun, nasi putih, daging, ayam dan banyak lagi. Terpulang sama ada nak masukkan dalam kuah sup atau panggang.

Seorang akan dicas sebanyak RM35++ dan ada special rate untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah. Operation hour adalah setiap hari dari jam 6.30PM - 11.00PM

Untuk maklumat lanjut sila layari Facebook mereka atau login ke website Beijng BBQ Steamboat.  



Hafiz jadi chef pada kali ini ^o^

Nak tengok banyak lagi tempat di area restoran dan kedai makan best di Kota Kinabalu, sila klik entry saya yang ini. JALAN-JALAN CARI MAKAN DI KOTA KINABALU