Selasa, 15 April 2014

With Love.... Catatan Hari Ini

Still in Penang. Heading to Batu Feringgi. Hari ni discussion boleh tahan. Prof tiba-tiba called suruh pulang hari ni juga. Ada hal urgent. Tak sempat. Esok dah cek available flight pada jam 4.40PM. Masih kerja lagi masa tu.. so akan balik on the next day dan terus masuk office petang.

Okaylah. Nak ceta pasal nangia. Perempuan menangis? Biasalah tu. Orang kata tu senjata wanita untuk buat lelaki lemah. Haha. Perempuan yang asyik-asyik menangis? Hrmmmm.... tu bukan nangis betul kot. Tapi di sini nak ceta pasal lelaki menangis pula.

Pernah tak lelaki menangis untuk anda? Jika lelaki menangis, bermakna dia memang cintakan anda sepenuh hati. Ya... lelaki jarang menangis. Hilang macho wo.....! Tapi tahukah anda bahawa lelaki yang menangis itu sweet? :-)) mia mia mia! Sama dengan lelaki yang sukakan kucing, adalah lelaki yang romantik. :-3 ♥

Yah. Saya seorang pencinta kucing. Apa-apa kucing pun saya on. Sejak dari kecil memang dah pelihara miaw. Now I have a Perssian dan warnanya putih. Nama dia Si Putih. Actually kucing tu datang sendiri ke rumah. Kurus. Lepas tu pipi dia ada kesan luka. Kucing lain pun jahat tak suruh Si Putih tinggal sana. Tapi dah redakan keadaan dan akhirnya kekucing lain boleh terima. Nakal ek. Jadi sampai sekarang kami jaga Si Putih. ^^

Dulu pun ada satu kucing ntah dari mana datang. Kurus gila. Masih kecil lagi. Mungkin dalam dua bulan umurnya. Kami bagi nama dia Si Tikus sebab dia makan banyak macam tikus. Sampai la satu masa tu badan dia yang kurus dah jadi gemuk gila. Apa tak... asyik makan saja. Then yang paling tak best, kucing tu tiba-tiba hilang. Sedih tau... sedih.... gemuk sangat kucing tu. Dan memang tamak.

Baru-baru ni pun kucing saya Carlitto terperangkap di atas atap. Kucing tu selalu panjat naik atap tapi tak tau kenapa hari tu dia takut nak turun balik. Pas tu dia masuk pula dalam zink and tak dapat nak keluar lagi. Sampai keesokan harinya saya fly ke Kuala Lumpur. Ingat nak panggil JPAM untuk amik kucing tu tapi my mum ada bising sikit pasal hal ni. Lastly abang saya bocorkan tepi ceiling. Nak buat macam mana. Kalau tak kucing tu tak leh keluar. Syukur sangat-sangat. Hati masa kat KL asyik tak tenteram. Tambah lagi hal-hal lain. Kepala naik migrain teruk. 

Kelmarin pun gila teruk sakit kepala. Terlalu berfikir kot. Betul-betul tak boleh blah... people also keep asking why I deactivated my Facebook. Tak ada apa-apa sebenarnya. Takut pula ada yang terasa hati kalau tak bagitau.

End dulu la

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!