Sabtu, 5 April 2014

Not Exactly a Tudung.... ^^

Suka sangat dengan tudung warna pink ni.

Sebenarnya ni dibuat daripada kain pario. Hah?? Kain pario? Kain yang orang pakai bila jalan-jalan di pantai tu?

Gini cetanya. Hari tu masa ke Indonesia, dapat gift daripada SMA Deponegoro. Bila tengok balik gift tu, ada pelbagai jenis barangan seperti kalender, pen, buku nota dan kain pario (atau sarong). Ingatkan bukan kain sarong sebab packaging dia sangat comel macam gulungan riben. Rupanya bila dah rendam dalam air, kembang menjadi kain pario. 

Kainnya lembut dan cantik. Tapi saya jarang sangat nak berpario ni. -_- Daripada simpan macam tu sahaja, baik saya buatkan tudung. Saya minta mum tolong belahkan pario tu menjadi dua dan jahit kembali dibahagian tepi. Akhirnya saya ada dua tudung dengan corak yang sama ^^ Weeehhhooooo.... Eh! Bukan dua tapi empat tudung kerana saya mempunyai dua kain pario sebenarnya. Satu warna pink macam dalam gambar dan satu lagi warna merah + kuning.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!