Selasa, 29 April 2014

Nak Makan Best... Datang Penang

Tak habis ceta Penang lagi. Kali ni nak highlight pasal makanan sahaja. Kalau saya lama sikit kat Penang, confirm tambah naik la berat badan saya ni. Hahaha.

Tak apa. Tahun ni In Shaa Allah akan ke Penang sekali lagi atau beberapa kali lagi. 

Masa pergi Penang hari tu saya sempat makan beberapa makanan best. Kat Sabah pun ada cuma rasa dan cara hidangan tentulah berbeza sedikit.


Sotong kangkung. Saya peminat sotong kangkung. Kalau kat Sabah kita order sotong kangkung, dia tak bagi besar macam ni. Cukup makan untuk sorang saja. Kat Penang hari tu orang tu offer nak makan sotong kangkung dua rasa. Saya pun OK OK sajalah. Sekali sampai datang sotong kangkung dalam pinggan besar, then ada satu pinggan besar lagi sotong kering. Puas makan. Makan 5 orang pun susah nak abis. Total RM33 untuk sotong kangkung dua rasa.

Makan kerang bakar pinggan besar memang best. Memang best!!

Gado-gado.... Superb!

Laksa Penang yang wajib dimakan kepada sesiapa yang pergi Penang

Lai Chi Kang. Untuk buang panas dalam badan

Ada banyak lagi makanan Penang yang saya miss. Misalnya Pasembur, kue tiaw goreng (ada udang besar)... etc... Ingat hari tu nak try Pasembur tapi sotong kankung pun ada juga. Takkan nak pilih semua sekali. Jadi kena amik salah satu. Woooo.....

Tak apa! Next time!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!