Jumaat, 4 April 2014

Minuman Bijiran Bewarna Merah Jambu dari GoodMorning :-)

Minum minuman bijiran bewarna pink di office membuatkan saya ceria ^^

Taaadaa! Memperkenalkan V Plus Classic daripada GoodMorning yang sedap ini. Cara membuatnya mudah saja. Masukkan serbuk ke dalam cawan dan tuangkan dengan air panas. Sedia untuk diminum.

Sebenarnya ceta dia macam ni. Hari tu saya pergi farmasi nak beli ubat. Lepas tu nampak ada iklan minuman di dekat kaunter. Jadi saya pun tanya apa ni. Yang best tu sebab minuman ni warna pink. Orang kaunter tu explain la bla... bla... bla... Tanpa membuang masa saya pun pergi beli minuman ni.....

Harga RM35 sebungkus dan mengandungi 12 paket. Dalam tin pun ada dijual juga dengan harga RM90. 

Minuman ini sangat berkhasiat kerana ia dicampur dengan 18 jenis bijirin, tidak mengandungi bahan pewarna, sugar free, lactose free dan 100% natural. Juga mempunyai sijil halal oleh JAKIM dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website GoodMorning Global.


5 ulasan:

  1. Thanks for sharing, nanti bolehlah saya pergi beli ^^

    Saya ingin sharekan sekiranya memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my untuk dapatkan info

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Farmasi mane jual..watson ade ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat area Kota Kinabalu, farmasi Sunlight dan farmasi Aslam ada jual. Di Watson tak pasti. Tapi kat online ada jual seperti di Lazada

      Padam
  3. sedap tak? ada jual ke di pasaraya ke dekat farmasi je? apa sebenarnya manfaat yang kita dapat? menggemukkan badan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Minuman ini sedap. Selain di farmasi, bijirin ini ada dijual di Guardian. Minuman bijirin bukan sahaja membantu membekalkan tenaga (terutama waktu pagi masa nak pergi kerja), untuk diet dan makanan seimbang, mengawal berat badan, sumber vitamin dan mengurangkan risiko penyakit dalam badan.

      Padam

Terima kasih!